Wan Kamarul said…
darilangitbirupenang.. usahlah duk memekak belasah pemimpin umno.. gi tarbiah dap tu dulu supaya mengenal islam ok?
11:46 AM
Blogger drlangitbiru penang said…
Salam Dato’

Sdr Wan Kamarul,

DAP tak perlu ditarbiah, tapi perlu didakwah!

Yang perlu terbiyah ialah orang Islam yang langgar syariat

Orang Islam yang ragu-ragu dengan hukum Hudud yang terkandung dalam Al-Quran, ITU YANG PERLU DITARBIYAH.

Orang Islam yang menyalahgunakuasa politik dan pemerintahan negara untuk kepentingan peribadi, ITU YANG PERLU DITARBIYAH

Orang Islam yang merompak duit rakyat, ITU YANG PERLU DITARBIYAH

Orang Islam yang:
Bila berkata dia dusta
Bila berjanji dia mungkiri
Bila diberi amanah dia khianat
Bila berselisih pendapat dia melampaui batas

ITU YANG PERLU DITARBIYAH

KALAU SDR WAN KAMARUL ragu-ragu hukum Jenayah Islam yang terdapat dalam Al-Quran itu tidal sesuai menggantikan hukum buatan manusia dari British……MAKA SDR WAN KAMARUL JUGA PERLU DITARBIYYAH!!!

Nabi saw berdakwah kepada bukan Islam supaya masuk Islam.

Jadi DAP itu perlu didakwah, bukan ditarbiyah

Kena daham perbezaan dakwah dengan tarbiyyah!!

NAIK JET PERIBADI KE LUAR NEGARA TU BUKAN SATU WASATIYYAH…..ini pun perlu tarbiyyah!
12:15 AM
Wan Kamarul said…
Darilangitbirupenang, usahlah bajet bagus sangat…

1. KALAU SDR WAN KAMARUL ragu-ragu hukum Jenayah Islam yang terdapat dalam Al-Quran itu tidal sesuai menggantikan hukum buatan manusia dari British……MAKA SDR WAN KAMARUL JUGA PERLU DITARBIYYAH!!!–Ramai sangat saya jumpa spesis macam kamu ni seolah-olah kalau kita tak sokong pas kita menentang al-Quran.Mengapa ya? Kalau saudara kata saya ini ragu-ragu dengan hukum al-Quran bawalah beristifar. Silap-silap kita buat fitnah dekat orang. Mengapa senang sangat kita menghukum orang? Adakah kita terlalu suci atau sudah banyak ilmu di dada untuk menghukum orang? Oleh itu, usahlah kebudak-budakan.

2. Usahlah nak cakap dakwah ke tarbiah ke atau kata-kata sewaktu dengannya.. Faham konsep tarbiah dahulu. Tarbiah terbahagi kepada kepada dua iaitu tarbiah tarhib dan tarbiah targhib. Bukannya duk memaki-hamun orang. boleh belajar dengan tok-tok guru pas. Fahami konsep tarbiah dulu. Cara saudara ini bukan cara nak tarbiah atau berdakwah..tp cara syok sendiri duduk maki hamun orang.Adakah ini cara Islam? Silap-silap boleh timbul riak. Riak adalah syirik paling kecil.

3. Ok, saudara kata kita perlu berdakwah kepada dap. Teruskan dakwah saudara. Sekiranya ada pemimpin-pemimpin dap memeluk agama islam sila maklumkan kepada saya. Dalam sejarah umno, sudah ada dua orang pemimpin mca yang memeluk agama islam di zaman tunku Abdul rahman di mana pas mengatakan kerjasama umno-mca adalah haram kerana bekerjasama dengan orang kafir. tp pas jilat ludah sendiri pada akhir 1990-an apabila berkerjasama dengan dap.

4. Ok, teruskan dakwah saudara kpd dap.. kita ternanti-nantikan pemimpin-pemimpin dap memeluk agama islam.

TQ
8:41 AM
Blogger drlangitbiru penang said…
Mungkin emosi Sdr Wan Kamarul sedikit terusik bila saya menyebut “perlu ditarbiyyah”.

Saya tidak menyatakan Sdr Wan Kamarul ragu-ragu dengan hukum al-Quran. Bahasa Melayu saya kurang baik, TAPI saya yakin sangat mudah untuk difahami.

Saya nyatakan, KALAU. Baca di atas; KALAU SDR WAN KAMARUL ragu-ragu hukum Jenayah Islam yang terdapat dalam Al-Quran itu tidal sesuai menggantikan hukum buatan manusia dari British……MAKA SDR WAN KAMARUL JUGA PERLU DITARBIYYAH!!!

Sebelum itu, saya menjelaskan secara ringkas ciri ciri orang Islam yang perlu ditarbiyyah.

KALAU SDR WAN KAMARUL yakin dan percaya, TANPA ragu-ragu Hukum Jenayah Islam yang terdapat dalam Al-Quran itu SANGAT SESUAI menggantikan hukum buatan manusia dari British…..MAKA SDR WAN KAMARUL TIDAK TERMASUK DALAM KATEGORI PERLU DITARBIYYAH (dalam bab hukum Jenayah Islam).

BAGAIMANAPUN, Sdr Wan Kamarul tetap menyokong dan mengundi UMNO yang mana para pemimpinnya TIADA KOMITMEN, jauh sekali ada Istiqamah untuk menegakkan Hukum Jenayah Islam yang terkandung di dalam Al-Quran. Pelbagai alasan dan dolak dalih dilakukan oleh pemimpin UMNO untuk menjustifikasikan tidak menegakkan Hukum Jenayah Islam. BAHKAN terdapat kenyataan yang menghina Hukum Jenayah Islam yang terkandung dalam Al-Quran. MENUNJUKKAN PARA PEMIMPIN UMNO RAGU-RAGU, TIDAK YAKIN dengan Hukum Jenayah Islam. Tidak pernah dalam Perhimpunan Agung UMNO, terdapat usul supaya Hukum Jenayah Islam dijadikan Undang-undang Negara menggantikan Undang-Undang sedia ada yang dibuat dan diwarisi dari Penjajah British.

“Apakah hukum Jahiliah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin?” (Al-Maidah 50)

Hukum Jahiliyyah adalah apa-apa hukum buatan manusia yang bertentangan dengan Hukum Allah.

Al-Quran mengaitkan Penguasa yang zalim dengan penyebaran kerosakan yang menjadikan sebab kehancuran umat.

“Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu berbuat terhadap kaum Ad? (yaitu) penduduk Iram yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi,yang belum pernah dibangun (suatu kota) seperti itu, di negeri-negeri lain, dan kaum Tsamud yang memotong batu-batu besar di lembah,dan kaum Firaun yang mempunyai pasak-pasak (tentara yang banyak),yang berbuat sewenang-wenang dalam negeri,lalu mereka berbuat banyak kerusakan dalam negeri itu” (Al-Fajr:6-12)

Al-Quran juga mencela orang-orang yang tunduk kepada Penguasa yang zalim.

Dan itulah (kisah) kaum Ad yang mengingkari tanda-tanda kekuasaan Tuhan mereka, dan mendurhakai rasul-rasul Allah dan mereka menuruti perintah semua penguasa yang sewenang-wenang lagi menentang (kebenaran). (Surah Hud: 59)

“Tetapi mereka mengikut perintah Firaun, padahal perintah Firaun sekali-kali bukanlah (perintah) yang benar. Ia berjalan di muka kaumnya di Hari Kiamat lalu memasukkan mereka ke dalam neraka. Neraka itu seburuk-buruk tempat yang didatangi. (Surah Hud 97-98)

Al-Quran tidak membatasi serangannya terhadap para penguasa yang zalim yang menuhankan dirinya, tetapi serangan Al-Quran juga tertuju kepada orang-orang yang menyokong dan mengikuti perintah penguasa yang zalim, bergabung ke dalam kelompoknya dan tunduk kepada kemahuannya. Al-Quran membebankan tanggungjawab kepada mereka, di samping kepada Penguasa.

UMNO tidak menegakkan Hukum Allah yang terkandung dalam Al-Quran, tetapi menegakkan Hukum Jahiliyyah yang di buat oleh Penjajah British, golongan kafir. Maka pemimpin UMNO tergolong di dalam golongan yang zalim.

“Barang siapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang- orang yang kafir”. (Al-Maidah 44)

“Barang siapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim”. (Al-Maidah 45)

“Barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang fasik”. (Al-Maidah 47)

Sdr Wan Kamarul menyatakan Sdr seorang yang percaya dan yakin dengan hukum Allah dalam Al-Quran. Jika yang sedemikian, mengapa Sdr Wan Kamarul masih menyokong, dan mengundi UMNO yang jelas tidak yakin dan ragu-ragu dengan Hukum Allah?

Saya tidak menghukum, sebaliknya membawa Sdr Wan Kamarul berfikir sejenak berdasarkan keterangan di atas.

“Ramai sangat saya jumpa spesis macam kamu ni seolah-olah kalau kita tak sokong pas kita menentang al-Quran.Mengapa ya?”

“Spesis” adalah perkataan yang digunakan untuk binatang, flora, dan bukan untuk manusia! Sepanjang 5 tahun saya menulis di Blog A Kadir Jasin (terimakasih Dato’), saya tidak pernah memaki hamun para pendebat atau pelayar di sini. Tidak pernah juga saya memanggil mereka sebagai “Spesis” !

Saya SEKALI-KALI tidak pernah menyatakan, “kalau kita tak sokong pas kita menentang al-Quran”.
PAS hanyalah sebuah Gerakan Islam dan Parti Politik Islam. PAS komited dan Istiqamah berjuang untuk menegakkan sebuah Negara Islam. PAS itu hanyalah sekumpulan manusia yang bukan maksum, tidak lari dari melakukan kesalahan dan kesilapan.

Tidak menyokong sekumpulan manusia tiada menjadi kesalahan, tetapi menentang sekumpulan manusia yang membawa kebenaran dan memperjuangkan kebenaran melalui jalan dakwah adalah satu perbuatan zalim dan mungkar!

SDR WAN KAMARUL dilihat sangat arif tentang soal Tarbiyyah dan Dakwah. Alhamdulillah. Dan Sdr Wan Kamarul tetap dengan pendirian “Tarbiyyah kepada kaum Kafir (DAP)” sedangkan saya tetap dengan pendirian “Dakwah kepada kaum Kafir”. Kita berbeza pendapat, tiada masalah. Bukan satu perkara besar. PERBEZAAN ini tidak memberatkan saya satu zarah, tidak pula meringankan saya satu zarah!

Advertisements
Posted by: langitbiru3 | December 15, 2013

SUNRISE IN SYDNEY. SUNSHINE IN LAS VEGAS.

 

 
MELIHAT MATAHARI terbit adalah satu nikmat pemandangan yang sangat cantik dan bermakna. Suasana dingin di dinihari dan beransur-ansur hilang kedinginannya dengan terbitnya matahari satu pengalaman yang sangat sukar untuk digambarkan. MAKA, bagi mereka yang bermalam di tepi pantai, pengalaman ini mesti dikejar dan ditunggu-tunggu, jangan dibiarkan terlepas. BAGI mereka yang tidak beriman kepada Allah swt, mereka menikmati pemandangan tersebut tanpa apa-apa perasaan kepada Allah. BAGI mereka yang beriman kepada Allah swt, kecantikan tersebut dengan cepat mengingatkan mereka kepada kebesaran Allah swt, Subhanallah! 
 
Seorang pelayar dalam blog “The Scribe A Kadir Jasin”, dalam artikel “Wanita Chief and the Grandmaster”, menamakan dirinya Zainol, menceritakan perjalanan percutian AhJibGor dan isterinya. Zainol bercerita, “Tahun lepas dia pergi cuti di LA. Mereka sewa kapal terbang Boeing 747. Mereka terbang dari LA ke Sydney nak tengok matahari naik di Sydney. Lepas itu mereka terbang dari Sydney ke Las Vegas untuk tengok kali kedua matahari naik. Sebab Amerika satu hari lambat dari Australia”. Oleh kerana cerita Zainol ini “telah ditapis” dan dibenarkan disiarkan dalam Tuan punya rumah, Dato’ A Kadir Jasin, Tokoh Wartawan Negara, maka saya mengambil kesimpulan kebarangkalian cerita ini benar adalah sangat tinggi. Inilah barangkali maksud WASATIYYAH yang dilaungkan oleh AhJibGor.
 
Dato’ Kadir Jasin, nama yang tidak asing lagi terutamanya dalam bidang kewartawanan dan politik tanah air, sejak akhir-akhir ini “membawa perangai lamanya” seperti semasa Pak Lah menjadi PM, kali ini mengkritik Najib terus terang tanpa berlapik dan berselindung. Sebagaimana serangan Kadir Jasin terhadap Pak Lah dulu, yang akhirnya Pak Lah ‘tunduk” kepada tekanan,  apakah kedudukan Najib juga goyang?
 
Dato’ Kadir sangat-sangat tidak berkenan dengan “peranan” Rosmah dalam kamus Pentadbiran Negara. Bukan pertama kali  Dato’ Kadir menegur dan mengkritik Najib kerana persepsi penglibatan Isterinya Rosmah dalam urusan Negara. Kata Dato’ Kadir, “Saya dah berbuih mulut macam lembu kena penyakit kuku dan mulut agar Rosmah masuk politik, dilantik menjadi menteri. Malah menjadi Perdana Menteri jika mendapat kepercayaan rakyat jelata”. Mungkin Dato’ Kadir tidak dapat menahan “amarahnya” bilamana AhJibGor secara terbuka memuji melangit isterinya sebagai berjasa kepada Negara kerana membantu pelajar Malaysia di Mesir. Dato’ Kadir Jasin secara sinis mencadangkan beberapa Menteri yang tidak “perform” wajar digugurkan kerana Rosmah terlibat di sana sini dalam tugas tugas yang sepatutnya dilaksanakan oleh menteri-menteri berkenaan. 
 
Ketidakpedulian Dato’ Kadir Jasin terhadap AhJibGor semakin terserlah hinggakan Ketua Wanita UMNO, Kak Ijat yang memuji-muji AhJibGor juga “dibelasah” oleh Dato’ Kadir Jasin.Dato’ Kadir Jasin menggunakan “peluru lama” untuk “menembak” Ketua Wanita UMNO dengan kes NFC. Dato’ Kadir seperti mempertikaikan moral dan tanggungjawab Ketua Wanita UMNO berhubung dengan beberapa kenyataan Ketua Wanita itu dalam isu NFC; What about Shahrizat the enchantress herself? The grandmaster does not know? The Pergerakan Wanita does not know? That is why, in NFC case, although she stayed in same house and slept in same bed with her spouse, she did not know what he and their children were doing”
 
Sekarang, Ketua Wanita itu mengaku Pergerakan Wanita adalah tulang belakang UMNO. Antara lain beliau mungkin bermaksud Ketua Wanita yakni beliau adalah tulang belakang kepada Presiden yakni Najib? Jika sedemikian, Najib ada “2 tulang belakang” iaitu The First Lady, Kak Mah dan The Second Lady, Kak ijat?
 

Apa agaknya mimpi tidur Shahrizat? Mungkin suaminya bermimpikan lembu, tapi dia bermimpikan perkara lain!
 
 
Muktamar 2013 baru sahaja melabuhkan tirainya. Pemilihan kali ini disifatkan antara yang paling sengit, menyaksikan majoriti penyandang menang dengan hanya beberapa mukabaru. Yang lebih menarik muktamar kali ini adalah dalam menentukan halatuju parti selepas “tewas” dalam PRU13. 
 
Dalam PRU13, UMNO berjaya memanipulasikan beberapa isu agama, dan “berjaya” menyakinkan orang Melayu di kampong dan pedalaman bahawa PAS sudah hilang halatuju Negara Islam nya, menukarkan kepada Konsep Negara Berkebajikan kerana kononnya mengikut telunjuk PKR dan DAP. Isu “Kalimah Allah” berjaya dimanipulasi sepenuhnya bahawa PAS menggadai prinsip Islam demi sokongan bukan Islam. UMNO sememangnya pandai mencipta propaganda memfitnah PAS dan Kepimpinan PAS.
 
PRU13 sebenarnya, Pakatan Rakyat “overconfidence” atau terlalu yakin akan menang. Bagaimanapun, di saat-saat akhir, Pakatan Rakyat melakukan kesilapan kecil, tetapi impaknya cukup besar. Pertindihan kerusi, walaupun tidak banyak sudah cukup menggoncang keyakinan pengundi terhadap kemantapan Kepimpinan pakatan Rakyat.
 
Sejurus sebelum PRU13, bersidang Muktamar PAS di Kelantan. Mungkin kerana yakin akan menang, Dewan Ulama PAS Pusat, menerusi Ketuanya, Dato’ Harun Taib, mengistiharkan sokongan kepada Presiden PAS, Tuan Guru Hj Hadi sebagai Perdana Menteri jika menang PRU13. Dewan sunyi sepi seketika, tiada laungan takbir menyambut cadangan tersebut. Pengistiharan itu dilihat “bertentangan dengan keputusan bersama” bahawa Dato’ Seri Anwar bakal menjadi Perdana Menteri. DAP menerusi Pengerusinya, Karpal Singh dengan cepat membidas PAS dan bertegas DSAI pilihan DAP sebagai Perdana Menteri.
 
Bagaimanapun, sejurus selepas PRU13, bersidang Muktamar PAS di Stadium Melawati, Selangor baru-baru ini, Dewan bergema dengan laungan takbir, “Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar”, apabila Naib Presiden yang baru dipilih, Husam Musa mengistiharkan PAS bersedia segala kudrat akan memertabatkan Presiden PAS, Tuan Guru Hj Hadi  sebagai Perdana Menteri akan datang. 
 
Apakah terdapat perbezaan antara cadangan Dato’ Harun dengan cadangan Husam? Tidak ada apa-apa perbezaan antara cadangan kedua-dua tokoh PAS tersebut. Yang membezakannya adalah “TIMING” atau masa pengistiharan dibuat. Dato’ Harun Taib mengistiharkannya sejurus sebelum PRU13. Husam sejurus selepas PRU13. 
 
Mengistiharkan sejurus sebelum PRU13 bermakna akan menentukan teraju Kepimpinan Negara (kalau menang). Apakah kesannya? Mengistiharkan di saat saat akhir sedemikian, sedangkan sebelumnya berkali-kali DAP bertegas DSAI bakal menjadi PM dilihat oleh rakyat umumnya dan pengundi khususnya bahawa Pakatan Rakyat tiada kata sepakat siapa bakal Perdana Menteri jika menang PRU13. Kesannya, PAS dilihat tidak ikhlas dengan Ijtihad politiknya sendiri dalam bertahalufsiyasi atau kerjasama politik dengan sekutunya DAP dan PKR. Kesannya, PAS dilihat “tidak menyukai” dan “tidak rela” DSAI jadi Perdana Menteri. Kesannya, pengundi bolehjadi “kecewa” dengan ketidaksefahaman dalam Pakatan Rakyat. Kesannya, mereka yakni pengundi boleh “swing” pada saat akhir undi mereka kepada UMNOBN.
 
Mengistiharkan sejurus selepas PRU13 bermakna akan menentukan halatuju PAS menghadapi PRU14 akan datang. Kali ini , dilihat semua perwakilan PAS sehati sejiwa sebulat suara tekad akan berusaha mengangkat Presiden PAS sebagai Perdana Menteri selepas PRU14. Laungan SATU SUARA “Allahuakbar” bergema di dalam Dewan mendirikan bulu roma sebahagian perwakilan, dan tidak kurang juga menitiskan airmata. Suasana kesepaduan itu memberi isyarat, PAS bersedia bersatupadu menuju satu matlamat, iaitu menjadikan PAS sebagai sebuah parti yang paling dominan dalam Pakatan Rakyat. PAS tidak boleh meminta pengiktirafan rakan sekutu supaya menjadikan PAS sebagai parti dominan, sebaliknya PAS perlu berusaha di atas kaki sendiri menjadikan PAS parti paling dominan. 
 
Sehubungan dengan itu, Muktamar akhirnya menerima “tuntutan” dari Dewan Ulama Pas Pusat, untuk mengkaji semula Tahaluf-Siyasi. Ulama bertegas, kajian perlu untuk menambahbaikan ijtihad tersebut bukan untuk membatalkannya. Antara segmen paling utama dalam tahaluf-siyasi itu adalah pembahagian kerusi pilihanraya. HAKIKAT sebenarnya, PAS dilihat “terlalu mengalah” dengan rakannya, khususnya PKR. PAS bertanding di 73 kerusi Parlimen, manakala PKR bertanding di 99 kerusi Parlimen.  Sesetengah aktivis PAS melihat ini sesuatu yang agak janggal memandangkan PAS lahir pada tahun 1951, berbanding PKR pada tahun 1998. Janggal kerana kerusi yang ditandingi PKR itu sebenarnya kerusi asal PAS sebelum kelahiran PKR. Parti mana paling dominan dalam Pakatan Rakyat bergantung kepada parti mana paling banyak memenangi kerusi di Parlimen. Apakah PAS akan kembali menuntut beberapa kerusi tradisi mereka?
 
Seperkara yang menarik perhatian semua, termasuk UMNO adalah kesungguhan PAS Kelantan untuk melaksanakan Hudud. Ini satu lagi “TIMING” yang sangat tepat. PAS kerap kali difitnah membunyikan “Gendang Hudud” tatkala menjelang Pilihanraya Umum, sebagaimana lagu-lagu raya berkumandang menjelang Aidil Fitri. Kali ini, “Gendang Hudud” dibunyikan sejurus selepas pilihanraya, menunjukkan kepada rakyat PAS benar-benar istiqamah dan bersungguh-sungguh, sekali-kali tidak pernah tergelincir dari perjuangan menegakkan Negara Islam di Malaysia. 
 
Ketiga-tiga perkara di atas, iaitu Pengistiharan Presiden PAS Tuan Guru Hj Hadi bakal Perdana Menteri, penerimaan Muktamar PAS mengkaji semula Tahaluf-Siyasi bersama Pakatan Rakyat, dan “Gendang Hudud” oleh PAS Kelantan, menunjukkan PAS bersedia memperlihatkan “wajah sebenar”nya, atau “isi hati sebenar”nya kepada rakyat umumnya dan kepada rakan dalam Pakatan Rakyat khususnya. JELAS, PAS berada pada landasan yang tepat dan lurus, bukan lagi berliku-liku dalam menuju matlamat perjuangannya. 
 
Ketegasan PAS menyatakan halatujunya secara telus dan terbuka, sedikit sebanyak membuat rakan dalam Pakatan Rakyat, iaitu PKR dan DAP berada “dalam dilemma” atau di persimpangan. 
Posted by: langitbiru3 | November 5, 2013

PRU14: NAJIB SERAH BATON KEPADA ANWAR

Akta Pinjaman (Tempatan) 1959 seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuanmengizinkan tahap maksimun atau tertinggi Hutang Negara daripada KDNK (Keluaran Dalam Negara Kasar) adalah sebanyak 55%.
 
Sejak tahun 2010, nisbah hutang kepada KDNK berada pada paras melebihi 50%. PM Najib pula sejak 2009 telah membuat Bajet Tambahan dua kali setahun berjumlah RM20 billion setiap tahun.
 
Sebelum tahun 2000, perbelanjaan tambahan tidak pernah melebihi RM5 Billion. Bila negara berhutang, ISI RUMAH Malaysia juga berhutang. Nisbah Hutang Isi Rumah kepada KDNK mencatat rekod tersangat tinggi, iaitu tertinggi di Asia Tenggara sebanyak 83%. Hakikar sebenar, sejak tahun 2008, hutang isi rumah Malaysia meningkat pada kadar 12% setiap tahun. 
 
PUNCA Utamanya adalah kerana kenaikan kos saraan hidup yang melambung tinggi dan kenaikan harga barang yang keterlaluan berbanding dengan peningkatan pendapatan rakyat yang sangat sedikit. 
 
Kembali kepada Hutang Negara, 2013 negara kita berhutang RM513 billion, iaitu 53.3% daripada KDNK. 53.3% ini tidak termasuk menjamin hutang oleh GLC sebanyak RM147 billion. Unjuran hutang Negara di akhir tahun 2013 dijangka terus meningkat kepada 54.8%.NEGARA DIAMBANG MUFLIS. 
 
Najib perlu melakukan sesuatu. Hakikat sebenarnya, negara kekurangan wang. Untuk mendapat sumber kewangan sekelip mata, kerajaan akan MENARIK BALIK SUBSIDI barangan dan minyak secara berkala. Selepas minyak, langsung tidak terduga SUBSIDI GULA 34sen ditarik balik. Subsidi apa lagi akan ditarik balik selepas ini? 
 
Cara lain yang sangat berkesan adalah melalui GST (Goods and Services Tax) atau Cukai Barangan Dan Perkhidmatan. 
 
Sekarang, kita mengamalkan cukai SST (Sales and Services Tax) atau Cukai Jualan Dan Perkhidmatan. SST adalah cukai yang dikenakan ke atas “jualan dan perkhidmatan tertentu” yang telah disenaraikan. Cukai Jualan pada kadar 5-10%, manakala Cukai Perkhidmatan pada kadar 5%. Iaitu Cukai Seperingkat. 
 
Manakala, di bawah GST, semua barangan dan perkhidmatan dikenakan DAN pada semua peringkat dari pengeluaran hingga ke pengguna sebanyak 6% pada setiap peringkat.  INI BERMAKNA, KERAJAAN AKAN MENDAPAT HASIL CUKAI YANG BERLIPAT KALI GANDA LUMAYANNYA. 
 
Hari ini, HANYA 1.7 juta rakyat Malaysia yang mampu dan layak membayar cukai,iaitu pendapatan lebih RM2,500.00 sebulan. Bermakna, ramai rakyat Malaysia yang hidup dibawah paras pendapatan RM2,500.00 sebulan. TETAPI, melalui GST, yang dikenali juga sebagai CUKAI PENGGUNAAN atau CONSUMPTION TAX, bermakna, sesiapa sahaja berbelanja dengan membeli apa jua barangan dan perkhidmatan, maka dia akan dikenakan CUKAI secara tidak langsung daripada harga barangan dan perkhidmatan tersebut.   Bermakna, siapa guna (berbelanja) kena bayar, tak guna tak kena bayar. HATTA golongan ASNAF ZAKAT juga terpaksa membayar cukai melalui harga barangan dan perkhidmatan yang digunakan. 
 
BERMAKNA, jika sekarang melalui SST, hanya 1.7juta rakyat yang layak dan mampu dikenakan cukai, TETAPI melalui GST semua 28juta rakyat tanpa mengira taraf hidup dan kemampuan masing-masing, AKAN KENA CUKAI tidak langsung. 
 
Cukai dari 1.7 juta rakyat di bawah SST, berbanding dari 28juta rakyat  melalui GST, bermakna kerajaan akan memperolehi pendapatan LUARBIASA sebanyak 16 kali ganda (28/1.7). Ternyata, SELAIN PENARIKAN SUBSIDI, GST bakal menyumbang dana yang cukup besar kepada Negara. 
 
SEMUA NYA ITU DIBUAT KERANA HUTANG NEGARA DIJANGKA MENCAPAI 60% DARI KDNK SEBELUM PRU14, MELEBIHI PARAS TERTINGGI YANG DIBENARKAN OLEH PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN. 
 
BERMAKNA, “NYAWA” UMNOBN bergantung kepada keberkesanan pelaksanaan GST dan penarikan SUBSIDI secara berkala, bagi mengekalkan hutang negara kurang dari 55% daripada KDNK.
 
Andaikata GST gagal dilaksanakan dengan baik, Najib gagal mendapat dana bersih dalam Negara. Maka hutang Negara akan melebihi 55%. Besar kemungkinan akan mencapai 60% berdasarkan perbelanjaan superduper mega Najib pada hari ini. Bermakna Najib gagal mematuhi Perlembagaan Malaysia. 
 
Bila sampai ke tahap tersebut, Najib akan serah baton pemerintahan Negara kepada Pakatan Rakyat, mungkin kepada Anwar, dengan baki hutang negara yang terlalu tinggi.
 

HAKIKAT SEBENARNYA, INI BERLAKU KERANA UMNOBN MENYAMUN KEWANGAN NEGARA. DASAR PENYAMUN! 
 
 
Posted by: langitbiru3 | October 29, 2013

MAT YO BAWA ISU KALIMAH ALLAH KE PENTAS DUNIA

“Allah is always with me”. Itu perkataan yang tertera di “baju dalam” warna puteh Mat Yo, atau Norshahrul Idlan Talaha, penyerang pasukan bolasepak Kebangsaan Negara, ketika menjaringkan gol tunggal Malaysia melawan Bahrain, Piala Asia.
 
Apa yang membuat Mat Yo menulis perkataan tersebut tidak diketahui, hanya Mat Yo boleh memberi jawapan! Bagaimanapun, sebelum perlawanan yang dilangsungkan TEPAT pada Hari Raya Haji atau Korban, Hari Raya Akbar (Utama) umat Islam itu, Mat Yo menghadapi kecaman dari “Masyarakat Muslim” Malaysia atas insiden di Skypark, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz, Subang.
 
Insiden yang dimulakan oleh isteri Mat Yo yang  “memaki hamun” pakcik guard dengan kata-kata “DAYUS”. Mat Yo dikritik hebat dilaman sosial FB, Twitter, Instagram, blog-blog dan sebagainya. Apakah kerana “mempertahankan diri”, Mat Yo bertekad untuk memakai “baju dalam puteh” bertulis seperti di atas, yang mana beliau akan tunjuk kepada dunia “Melayu Malaysia” khususnya, bahawasanya dia tidak bersalah! Allah bersamanya!
 
Bagaimanapun, tindakannya mempamerkan “baju dalam putehnya” bersama kalimah Allahitu tidak disenangi oleh wartawan sukan Barat yang mengikuti perlawanan Malaysia-Bahrain tersebut. Wartawan Sukan membuat aduan kepada Persatuan Bolasepak Asia (AFC). AFC mengambil tindakan menghantar dan memohon “explanation letter” dari Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Norshahrul Idlan Talaha. Jika disabitkan kesaqlahan, Malaysia dan Norshahrul akan digantung dari menyertai kejohanan bolasepak Asia.
 
SUKAN sudah dikuasai sepenuhnya oleh Barat. Melalui sukan, mereka merancang kejohanan peringkat asia, dunia dan antarabangsa TANPA mengira (atau sudah ambil kira) waktu-waktu khusus untuk Agama Islam.  Negara Islam yang turut mengambil bahagian, sanggup bermain walaupun di bulan Ramadhan, hatta pada HARI RAYA AKBAR (iaitu Raya Haji) bagi Umat Islam. Pada masa yang sama, tidak pernah pula berlaku kejohanan sukan pada hari-hari perayaan Kristian dan Yahudi! 
 
Sekarang, apa jawapan FAM, dan Mat Yo? Dalam sukan, kononnya untuk memupuk semangat muhibbah, tidak dibenarkan membawa masuk ke dalam sukan soal agama, dan perkauman. “Allah” adalah soal agama bagi badan badan sukan dunia yang dikuasai oleh Barat, yang sebahagian besarnya adalah penganut agama Kristian. 
 
Apakah Menteri Sukan Malaysia akan diheret sama dalam kes ini? Apa pula jawapan Khairy, Menteri Sukan merangkap Ketua Pemuda UMNO Malaysia? Menunggu kata dari Khairy!.
 
Perkara “yang dibawa” oleh Mat Yo ini sangat menarik untuk dibahaskan dan dikembangkan terutama soal KETIDAKPRIHATINAN badan sukan dunia yang langsung tidak menghormati hari-hari utama dan peryaan utama Umat Islam.
 

Terimakasih Mat Yo.
 
 
Isu “Kalimah Allah” bermula buat pertama kalinya pada tahun 2009, susulan tindakan “The Herald” membawa kesnya ke Mahkamah. Suatu ketika, “The Herald” menang kes tersebut di Mahkamah Tinggi, yang seorang Hakimnya, bukan beragama Islam. Kemudiannya, “The Herald” kalah di Mahkamah Rayuan, yang 3 Hakimnya, beragama Islam. Apakah “kes” ini berakhir di Mahkamah Rayuan?
 
ISUnya, bukan samada “Kalimah Allah” boleh digunakan oleh bukan Islam umumnya, atau Agama Kristian khususnya. ITU BUKAN ISUNYA. Ternyata, ramai cendikiawan agama, Ilmuan, para Ulama, bahkan orang-orang politik  jauh tersasar dan hilang fokus sebenar dalam membicarakan Isu “Kalimah Allah”. Kita perlu merujuk kepada kes tersebut dan natijah kepada keputusan tersebut.
 
Kes tersebut, “Bolehkah Majalah Mingguan Katholik The Herald Menterjemahkan perkataan “GOD dan LORD” kepada “ALLAH”, Dalam Versi Bahasa Melayunya?”. Pada masa yang sama, mengekalkan perkataan “GOD dan LORD” dalam versi Bahasa Inggeris.
 
Kemudian isunya “dikembangkan”, bolehkah The Herald menggunakan perkataan “ALLAH” dalam Versi Bahasa Melayunya? INI ISU UTAMA. 
 
Sekali lagi Langitbiru tegaskan, tidak timbul isu bolehkan penganut agama Kristian dan lain-lain agama menggunakan perkataan “Kalimah Allah”. 
 
MENTERI DALAM NEGERI, Syed Hamid Albar, telah mengharamkan “The Herald” menerbitkan dan menterjemahkan perkataan “GOD dan LORD” kepada “ALLAH”. Di sinilah bermula isunya.PERLU kita ingat, bahawasanya KEMENTERIAN DALAM NEGERI tanpa kita sedar dan tahu, sudah lama membenarkan DAN MELULUSKAN LESEN PENERBITAN KITAB BIBLE DALAM BAHASA MELAYU DAN  MENGGUNAKAN PERKATAN “ALLAH” MENGGANTIKAN “GOD DAN LORD” DALAM KITAB BIBLE BERBAHASA MELAYU.
 
Apa yang Langitbiru boleh katakan, ISU KALIMAH ALLAH ini adalah natijah, atau kesan, atau susulan kepada kelulusan dan kebenaran Kementerian Dalam Negeri Malaysia kepada Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) menerbitkan BIBLE BAHASA MELAYU dan menterjemah dan menggantikan “LORD dan GOD” dalam Bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu dalam BIBLE Bahasa Melayu. Bermakna, dalam Bible berbahasa Inggeris, mereka masih menggunakan perkataan “LORD dan GOD”. Begitu juga dengan Majalah Mingguan The Herald, yang mengekalkan perkataan “LORD dan GOD” tetapi menggantikannya kepada “ALLAH” dalam penerbitannya dalam bahasa Melayu.
 
PERKARA PERTAMA TERLINTAS DI FIKIRAN LANGITBIRU, APAKAH MEREKA, YAKNI KRISTIAN ADA AGENDA TERSEMBUNYI? 
 
KESIMPULAN AWAL LANGITBIRU, TINDAKAN CFM DAN THE HERALD INI ADALAH SALAH, IAITU PENYALAHGUNAAN PERKATAAN ALLAH,TIDAK KENA PADA TEMPATNYA.
 
Pandangan Langitbiru. Apabila Bible (dalam Bahasa Inggeris) menyebut perkataan “GOD dan LORD”, mereka bermaksud “GOD dan LORD” iaitu “Tuhan yang boleh beranak” sepertimana ASAS Agama Kristian, “TRINITY” atau 3 Tuhan, yang mana “JESUS” itu Anak Tuhan. Oleh yang demikian, apabila mereka terjemahkan perkataan “GOD dan LORD” ke dalam Bahasa Melayu sebagai “ALLAH” adalah terang terangan SALAH dari segi maksudnya ,kerana mereka bermaksud “ALLAH TRINITY” sedangkan Islam , “ALLAH” bermaksud Allah swt yang maha Esa bagi kita beragama Islam.  Bagi Agama Kristian, Isa Anak Allah, bagi Agama Yahudi pula, Uzair Anak Allah. Dengan itu, MAKSUD “ALLAH” Agama Kristian dan Agama Yahudi, tidak sama maksudnya dengan “ALLAH” dalam Agama Islam. 
 
 
وَقَالَتِ الْيَهُودُ عُزَيْرٌ ابْنُ اللّهِ وَقَالَتْ النَّصَارَى الْمَسِيحُ ابْنُ اللّهِ ذَلِكَ قَوْلُهُم بِأَفْوَاهِهِمْ يُضَاهِؤُونَ قَوْلَ الَّذِينَ كَفَرُواْ مِن قَبْلُ قَاتَلَهُمُ اللّهُ أَنَّى يُؤْفَكُونَ (9:30)
9:30 “Orang-orang yahudi berkata: “”Uzair itu putra Allah”” dan orang nasrani berkata: “”Al Masih itu putra Allah””. Demikian itulah ucapan mereka dengan mulut mereka, mereka meniru perkataan orang-orang kafir yang terdahulu. Dilaknati Allah-lah mereka; bagaimana mereka sampai berpaling?”(At-Taubah 30)
 
 
وَقَالُواْ اتَّخَذَ اللّهُ وَلَدًا سُبْحَانَهُ بَل لَّهُ مَا فِي السَّمَاوَاتِ وَالأَرْضِ كُلٌّ لَّهُ قَانِتُونَ(2:116) 
2:116 “Mereka (orang-orang kafir) berkata: “”Allah mempunyai anak””. Maha Suci Allah, bahkan apa yang ada di langit dan di bumi adalah kepunyaan Allah; semua tunduk kepada-Nya.” (Al-Baqarah 116)   
 
 
 
يَا أَهْلَ الْكِتَابِ لاَ تَغْلُواْ فِي دِينِكُمْ وَلاَ تَقُولُواْ عَلَى اللّهِ إِلاَّ الْحَقِّ إِنَّمَا الْمَسِيحُ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ رَسُولُ اللّهِ وَكَلِمَتُهُ أَلْقَاهَا إِلَى مَرْيَمَ وَرُوحٌ مِّنْهُ فَآمِنُواْ بِاللّهِ وَرُسُلِهِ وَلاَ تَقُولُواْ ثَلاَثَةٌ انتَهُواْ خَيْرًا لَّكُمْ إِنَّمَا اللّهُ إِلَـهٌ وَاحِدٌ سُبْحَانَهُ أَن يَكُونَ لَهُ وَلَدٌ لَّهُ مَا فِي السَّمَاوَات وَمَا فِي الأَرْضِ وَكَفَى بِاللّهِ وَكِيلاً (4:171) 
4:171  “Wahai Ahli Kitab, janganlah kamu melampaui batas dalam agamamu, dan janganlah kamu mengatakan terhadap Allahkecuali yang benar. Sesungguhnya Al Masih, Isa putra Maryam itu, adalah utusan Allah dan (yang diciptakan dengan) kalimat-Nya yang disampaikan-Nya kepada Maryam, dan (dengan tiupan) roh dari-Nya. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan rasul-rasul-Nya dan janganlah kamu mengatakan: “”(Tuhan itu) tiga””, berhentilah (dari ucapan itu). (Itu) lebih baik bagimu. Sesungguhnya Allah Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci Allah dari mempunyai anak, segala yang di langit dan di bumi adalah kepunyaan-Nya. Cukuplah Allah sebagai Pemelihara.” (An-Nisa 171)  
 
Hakikat sebenarnya, mereka Ahli Kitab yakni Nasrani dan Yahudi, mereka mengenali Nabi Muhammad saw lebih dari mereka kenali anak-anak mereka sendiri. Mereka mengetahui kebenaran Nabi Muhammad saw, tetapi mereka menyembunyikan kebenaran. Mereka mengenali Allah swt tetapi mereka melampaui batas dan menyeleweng kebenaran.
 
الَّذِينَ آتَيْنَاهُمُ الْكِتَابَ يَعْرِفُونَهُ كَمَا يَعْرِفُونَ أَبْنَاءهُمْ وَإِنَّ فَرِيقاً مِّنْهُمْ لَيَكْتُمُونَ الْحَقَّ وَهُمْ يَعْلَمُونَ (2:146)
2:146 Orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang telah Kami beri Al Kitab (Taurat dan Injil) mengenal Muhammad seperti merekamengenal anak-anaknya sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian di antara mereka menyembunyikan kebenaran, padahal merekamengetahui (Al-Baqarah 146).
 
Oleh hal yang demikian, Rasulullah saw telah mencabar Ahli Kitab bermubahalah kepada Allah dan memohon laknat Allah kepada orang-orang yang dusta. Mereka tahu mereka berdusta, maka mereka tidak menyahut cabaran Rasulullah saw. 
 
فَمَنْ حَآجَّكَ فِيهِ مِن بَعْدِ مَا جَاءكَ مِنَ الْعِلْمِ فَقُلْ تَعَالَوْاْ نَدْعُ أَبْنَاءنَا وَأَبْنَاءكُمْ وَنِسَاءنَا وَنِسَاءكُمْ وَأَنفُسَنَا وأَنفُسَكُمْ ثُمَّ نَبْتَهِلْ فَنَجْعَل لَّعْنَةُ اللّهِ عَلَى الْكَاذِبِينَ(3:61) 
 
3:61 “Siapa yang membantahmu tentang kisah Isa sesudah datang ilmu (yang meyakinkan kamu), maka katakanlah (kepadanya): “”Marilah kita memanggil anak-anak kami dan anak-anak kamu, istri-istri kami dan istri-istri kamu, diri kami dan diri kamu; kemudian marilah kita bermubahalah kepada Allah dan kita minta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang dusta.” (Al-Imran 61)
 
BEGITU JUGA LAH maksud The Herald dalam menggunakan perkataan “ALLAH” di tempat yang dimaksudkan “GOD dan LORD” dalam Majalah Mingguan mereka. MAKA, pada pandangan Langitbiru, ianya juga telah menyalahgunakan perkataan “ALLAH”, tidak kena pada tempatnya. Hanya inilah isu “Kalimah Allah”. TETAPI, entah mengapa dan bagaimana ianya telah “DIKEMBANGKAN” secara umum bolehkah Kristian menggunakan perkataan Allah?
 
Langitbiru sepertimana pendapat Para Ulama, bersetuju “Kalimah Allah” bukan ekslusif untuk orang Islam. Sudah banyak dan panjang lebar hujah-hujah para Ulama, lengkap dengan Sirah, Hadis, Sunnah, dan Ayat-ayat Al-Quran untuk membuktikan “Kalimah Allah” bukan ekslusif untuk orang Islam. Itu Langitbiru setuju dan tiada pertentangan dengan hujah-hujah yang dikemukakan.
 
BAGAIMANAPUN, Langitbiru tertanya-tanya, baik dalam BIBLE BAHASA MELAYU, mahupun THE HERALD BAHASA MELAYU, mengapa mahu diterjemahkan “GOD dan LORD” kepada “ALLAH”, HANYA kepada VERSI BAHASA MELAYU tetapi mengekalkan “GOD dan LORD” dalam VERSI BAHASA INGGERIS?. 
 
Pertamanya, “ALLAH” bukan bahasa Melayu. Ianya adalah bahasa asal yang Allah swt memperkenalkan dirinya ALLAH. MAKA dengan sendirinya terjemahan mereka yakni Bible dan the Herald adalah salah dan langsung tidak tepat. BAHKAN maksudnya juga salah dan langsung tidak tepat. Dengan itu, ianya tidak boleh diteruskan.
 
Keduanya, Mengapa perlunya BIBLE dan THE HERALD dalam Bahasa Melayu?
 
Ini satu persoalan yang sangat penting dan perlu justifikasi yang sangat teliti. Ya, mengapa perlunya diterbitkan dalam Bahasa Melayu, TIDAK DALAM BAHASA MANDARIN ATAU TAMIL?????
 
Justifikasi ASAS adalah, apakah MATLAMAT ASAS berkomunikasi? Bahasa untuk berkomunikasi. Bahasa Jiwa Bangsa. Maknanya, bahasa sangat berkait rapat dengan bangsa atau kaum. Dengan bahasa inilah mereka berkomunikasi menyampaikan maklumat. LAZIMNYA, Kaum Melayu akan berkomunikasi dalam Bahasa Melayu sesama Melayu. Cina dalam Bahasa Mandarin, atau Hokkien, atau Tionghua sesama Cina. Kaum India berkomunikasi dalam bahasa Tamil sesama India. INI REALITI DI MALAYSIA HARI INI. Dengan SEBAB DAN HUJAH itu, kaum masing-masing menerbitkan SURAT KHABAR dalam bahasa masing-masing. Sepanjang umur Langitbiru kenal dan naik turun lif, tidak pernah pula Langitbiru dengar (dalam lif) Cina cakap Bahasa Melayu sesama Cina, India cakap Bahasa Melayu sesama India! Bahkan Kaum Cina bercakap dalam Bahasa Inggeris dengan Kaum India, JARANG-JARANG mereka bercakap dalam Bahasa Melayu KECUALI bila berkomunikasi dengan orang-orang Melayu. Itu Prinsip ASAS komunikasi, iaitu BAHASA.
 
Maka Langitbiru mahu bertanya kepada Penganut Kristian, KEPADA SIAPA kamu mahu berkomunikasi atau menyampaikan hal-hal KEAGAMAAN KRISTIAN dalam BAHASA MELAYU?????
 
Adakah kamu mahu menyampaikannya AGAMA KRISTIAN dalam bahasa Melayu kepada Kaum Cina? Atau Kaum India? Atau kepada mana-mana kaum di Malaysia, kecuali Kaum Melayu?????
 
Atau, KAMU mahu menyampaikan AGAMA KRISTIAN dalam Bahasa Melayu, kepada KAUM MELAYU?????
 
Maka Langitbiru mahu bertanyakan justifikasi KEDUA, iaitu statistik! BERAPA RAMAI orang Melayu beragama Kristian, sehingga amat perlunya BIBLE dan THE HERALD diterbitkan dalam Bahasa Melayu?????
 
Jika berdasarkan statistik tidak ramai Melayu menjadi penganut Agama Kristian, maka pada pandangan Langitbiru, tidak perlu dan tiada “urgency” untuk menerbitkan BIBLE dan THE HERALD dalam Bahasa Melayu.
 
Jika berdasarkan statistik, lebih ramai Kaum Cina dan lebih ramai Kaum India menjadi penganut Agama Kristian, maka lebih wajar dan ada “urgency” BIBLE dan THE HERALD diterbitkan dalam Bahasa Mandarin dan Bahasa Tamil, bukannya dalam Bahasa Melayu!!!!. 
 
 
APAKAH BEGITU MUDAH PENGANUT AGAMA ISLAM DI SEMENANJUNG TERKELIRU DAN “TERMURTAD” BERBANDING DENGAN SABAH-SARAWAK?
 
Langitbiru pernah bekerja dan tinggal di Sarawak selama 2 tahun. Jika persoalan sedemikian dilontarkan, suka Langitbiru mahu menambah, begitu mudahkah Melayu-Islam Semananjung terkeliru dan “termurtad” berbanding dengan Melayu-Islam Indonesia? Untuk mengetahui sejauhmana “mutu” Islam di Borneo dan Indonesia, pergilah kamu mendiami di bumi mereka paling kurang 2 tahun! Langitbiru sudah melihatnya, dan melihat kegiatan Mubaligh Kristian sangat aktif berdakwah menyampaikan agama Kristian. Seorang Ulama, yang berasal dari Sabah, pernah menjadi Mubaligh Kristian, mengaku berjaya memurtadkan 5000 orang Islam di Sabah, sebelum dia sendiri memeluk agama Islam! 
 
LATARBELAKANG DEMOGRAFI TANAH ARAB VS TANAH MELAYU.
 
SEBAGAIMANA Umat Islam sediamaklum, Nabi Muhammad saw adalah NABI DAN RASUL YANG TERAKHIR menyampaikan Agama Islam. Bererti, Nabi Muhammad saw adalah NABI dan RASUL terakhir yang menyebut dan memperkenalkan perkataan “Kalimah Allah” serta pengertian Allah swt. Bererti, sebelum Nabi Muhammad saw, terdapat ribuan para Nabi, dan puluhan para Rasul sudahpun menyampaikan hakikat Allah yang Maha Esa kepada manusia, TERUTAMANYA DI BUMI ARAB. Bererti, sebelum kedatangan Nabi Muhammad saw sebagai Rasul dan Nabi terakhir, sudah RIBUAN BAHKAN JUTAAN manusia DI BUMI ARAB sudahpun menyebut nama Allah, bahkan BAPA NABI bernama ABDULLAH bermaksud, Hamba Allah. Hatta, Abu Jahal sebelum Peperangan Badar, berdoa di hadapan Kaabah dengan menyebut nama Allah. Jadi, “ALLAH” sudah tidak asing lagi bagi penduduk di Bumi Arab. Sesiapa sahaja di bumi Arab, baik sebelum Nabi Muhammad saw, mahupun selepas Nabi Muhammad saw, arif dan tahu “Allah”.
 
Sungguhpun terdapat pelbagai bahasa di bumi Arab, Bahasa Arab dianggap sebagai bahasa utama harian dan bahasa rasmi negeri-negeri Arab. DAN Al-Quran itu diturunkan dalam Bahasa Arab. Dalam bahasa Hebrew, mereka dan Kitab mereka menyebut Tuhan mereka “YAHWEH”, tetapi mereka terjemahkan “YAHWEH” kepada “ALLAH” dalam Kitab Versi Bahasa Arab. Bagaimanapun, sungguhpun diterjemahkan “YAHWEH” kepada “ALLAH” dalam Kitab Versi Bahasa Arab, masyarakat Arab yang beragama Islam sekali-kali tidak mudah terkeliru kerana kerana mereka “secara automatik” sudah tahu, bila disebut Allah, “Allah Mana” yang mereka maksudkan. Mereka tidak akan terkeliru, KITAB INJIL DALAM BAHASA ARAB, DENGAN KITAB AL-QURAN DALAM BAHASA ARAB, yang sememangnya dari asal yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw dalam Bahasa Arab. Ini kerana, Bahasa Arab itu bahasa ibunda mereka. Mereka fasih dan arif dengan pelbagai loghat bahasa Arab, hatta anak-anak yang berumur 5 tahun pun tahu bila membaca terbitan atau buku, mereka tahu “ALLAH AGAMA MANA” yang dimaksudkan tulisan tersebut. Realiti ini sudah ribuan tahun lamanya di BUMI ARAB, BUMI ANBIA.
 
Di BUMI TANAH MELAYU, (Semenanjung Tanah Melayu), Islam dibawa oleh para Pedagang India-Muslim dan Arab. Batu bersurat Terengganu dan Kerajaan Empayar Melaka sebagai buktinya. Sebelum kedatangan ISLAM di Tanah Melayu, ORANG MELAYU tidak pernah kenal dan tahu perkataan ALLAH. HANYA selepas diperkenalkan oleh pedagang India-Muslim dan Arab, barulah ORANG MELAYU kenal dan tahu perkataan Allah (dan Islam). Maknanya, sudah berabad lamanya Kaum Melayu yang beragama Islam hanya kenal “Allah” itu “khusus dan ekslusif” untuk Islam. Tidak sebagaimana orang-orang Arab seperti penjelasan di atas.
 
Sungguhpun demikian, terdapat ramai Melayu-Islam yang melanjutkan pelajaran agama Islam di bumi Arab, maka mereka sedar dan arif, “Allah” bukan “khusus dan ekslusif” untuk Islam TETAPI untuk seluruh ALAM. Allah disebut oleh sekalian manusia bahkan binatang dan tumbuh-tumbuhan menyebut dan bertasbih kepada Allah swt.
 
Bagaimanapun, untuk mengubah kefahaman dan keyakinan secara mendadak kepada Melayu-Islam bahawa ALLAH bukan ekslusif untuk Islam, tentu sekali mendatangkan banyak pertentangan dari Melayu-Islam. Apatah lagi Kaum Melayu terkenal dengan betapa susahnya untuk mengubah pandangan dan pendirian mereka terhadap “perkara-perkara” baru.  Jika mereka mudah diperngaruhi, sudah lama PAS boleh memerintah di Malaysia!!!!!
 
Oleh hal yang demikian, menterjemahkan “GOD dan LORD” dalam kitab BIBLE dan The Herald, boleh mengelirukan masyarakat Melayu-Islam Malaysia.
 
 
BEGITU MUDAH MEREKA TERKELIRU DAN “TERMURTAD”?
 
Jika ada seseorang Muslim yang menempelak sebegini, Langitbiru ucapkan tahniah kepadanya kerana tinggi ilmunya dan keimanannya tidak mudah terkeliru dengan segala dakyah musuh-musuh Islam. Barangkali mereka melihat Umat Islam Malaysia hari ini, 90% daripadanya mendirikan solah 5 waktu secara berjemaah dan istiqamah di masjid masjid di seluruh Negara. 
 
Langitbiru mulakan dengan Sistem Pendidikan/Pelajaran Malaysia yang diajar di sekolah-sekolah kebangsaan. Mata Pelajaran atau subjek Agama Islam. Sejauh mana tingginya mutu pendidikan Agama Islam dalam Sistem Pendidikan Malaysia? Langitbiru percaya dan yakin, majoriti umat Melayu-Islam Malaysia belajar di sekolah kebangsaan. MAKA majoriti boleh menilai sejauhmana keberkesanan mutu pendidikan agama tersebut. Banyak yang diajar Ilmu Fardhu Ain dan ayat-ayat “amar ma’ruf”. Langsung tiada Ilmu Politik Islam! Ayat-ayat ancaman siksaan juga terlalu sedikit. Ayat-ayat suruhan menjauhi ZINA juga tidak diajar! Apa yang Langitbiru boleh simpulkan, Ilmu Agama Islam diajar sangat “superficial”, tidak menyeluruh, “cukup-cukup makan”, seperti “melepas batuk ditangga”. 
 
Memburukkan keadaan, mata pelajaran Agama Islam ini dianggap “tidak penting” dalam peperiksaan utama seperti SRP, SPM. Walaupun sedemikian “superficialnya” mata pelajaran pendidikan Agama Islam, majoriti pelajar Melayu-Islam gagal mendapat gred cemerlang hanya mendapat gred “cukup-cukup makan” dalam pencapaian peperiksaan di atas. Natijahnya, lahirlah manusia ke masyarakat Malaysia yang kualiti Ilmu Agama Islam yang hanya “cukup-cukup makan” sahaja. Dengan yang sedemikian, Melayu-Islamlah yang paling ramai terjebak ke dalam kancah sosial yang negatif seperti dadah, mat rempit, zina berleluasa, buang anak baru lahir hidup-hidup, GRO, dan segala elemen negatif dijuarai oleh Melayu-Islam.
 
Apakah mereka ini tidak mudah dikelirukan dengan satu penerbitan majalah Kristian yang membincangkan soal ketuhanan dan akidah dalam konteks agama mereka TETAPI menggunapakai nama Allah? Apakah mereka ini tidak mudah dikelirukan dengan penerbitan majalah, penterjemahan beberapa ayat-ayat Bible dalam bahasa Melayu yang menggunakan nama Allah? Sayugia Langitbiru ingatkan, LAGIKAN AL-AZHAR, para orientalis Yahudi-Kristian suatu masa pernah berjaya menyelusupi masuk ke Universiti bahkan menjadi Ulama Al-Azhar dengan beberapa penerbitan buku-buku ilmiahnya. Dengan kehendak Allah, Allah menghantar seorang Ulama Besar ke Al-Azhar dan berjaya mengesan jarum-jarum halus para musuh Islam!
 
Walaupun mereka ini “sangat jauh” dengan ajaran dan kehidupan Islam, selagi mereka tidak mensyirikkan Allah, mereka tetap seorang Muslim. Dan tugas pemerintah adalah menjaga akidah umatnya. Ini mengingatkan Langitbiru tentang kata-kata Abu Bakar yang akan bertanggungjawab di hadapan Allah sekiranya seekor unta sesat ditebing sungai. JADI, bagaimana sekiranya dengan penggunaan “kalimah Allah” bagi mereka yang berniat jahat kepada Islam, telah berjaya menyesatkan seorang dua umat Islam? Siapakah yang berani berdiri dan bertanggungjawab di hadapan Allah swt nanti?
 
Keduanya, latarbelakang Melayu-Islam yang miskin. Ramai pula dalam kategori “miskin tegar”. Bukankah kita diingatkan kemiskinan itu hampir kepada kekufuran? Inilah juga senjata utama Missionari Kristian yang mensasarkan golongan Islam yang miskin.
 
 
TELUNJUK LURUS KELINGKING BERKAIT.
 
Kita telah mendengar, ramai cerdik-pandai dan para ulama mengatakan bahawa “kita” yakni orang Islam tiada halangan untuk penganut Kristian dan bukan Islam untuk menggunakan “Kalimah Allah” asalkan TIADA PENYALAHGUNAAN DAN PENYELEWENGAN. 
 
Kembali kepada isu sebenar, The Herald mahu menerbitkan Majalah Mingguan Kristian Katholik dalam Bahasa Melayu dan menggunakan kalimah “Allah” menggantikan “GOD dan LORD”. 
 
APAKAH KESAN DAN NATIJAHNYA JIKA MAHKAMAH RAYUAN MEMBENARKAN PENGGUNAAN KALIMAH ALLAH OLEH THE HERALD?
 
Perlu kita fahami, kes kes di Mahkamah berdasarkan amalan di Mahkamah British, akan menjadi rujukan untuk kes-kes yang akan datang. Ini bermakna, jika Mahkamah Rayuan membenarkan “kemenangan” kepada The Herald, kesannya bukan sahaja Kristian Katholik boleh melalui majalah mingguannya menggunakan kalimah “Allah” BAHKAN mana-mana agama dan kepercayaan lain selain Islam juga boleh menerbitkan majalah keagamaan mereka dan menterjemahkan “Tuhan” mereka sebagai “Allah”. Apakah ini tidak akan mendatangkan kekeliruan kepada masyarakat Melayu-Islam Malaysia? Sebagaimana hujah Langitbiru sebelumnya, perkara ini tidak menjadi masalah besar kepada masyarakat Arab kerana mereka telah biasa dan arif penggunaan perkataan Allah di bumi Arab.
 
BAGAIMANA KITA BOLEH MENGAWAL TIADA PENYALAHGUNAAN KALIMAH ALLAH TERSEBUT?
 
Ini satu tugas yang amat sukar. Contohnya, kerajaan melarang penayangan filem-filem yang berunsur seks, lucah dan khurafat. Kerajaan juga melarang lagu-lagu nyanyian yang liriknya bertentangan dengan Agama Islam.  Apakah berlaku penguatkuasaan tersebut? Berapa banyak filem-filem di bawa masuk dan disiarkan di TV serta lagu-lagu artis Barat yang mengagungkan syaitan dan seks bebas? Ada penguatkuasaan?
 
Maka demikianlah juga amat sukar untuk mengawal penerbitan majalah, buku-buku, cerpen dan sebarang penulisan dan penerbitan yang menggunakan kalimah “Allah” ditempat yang betul, tiada penyalahgunaan, sedangkan “Allah” bagi agama mereka yang selain dari Islam, adalah bercanggah dengan “Allah” yang dimaksudkan oleh Islam. 
 
Dalam konsep perubatan, MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MNEGUBATI. Konsep ini boleh digunapakai dalam konteks penggunaan kalimah Allah dalam bidang penerbitan. Kalau diketahui amat sukar untuk mengawal, terutama bagi mereka yang sebenarnya berniat jahat dan menyeleweng, maka lebih baik menggunakan langkah awal membendung penerbitan tersebut dengan “mengharamkan” penggunaan kalimah Allah dalam majalah penerbitan agama selain dari agama Islam.
 
 
PENJAJAH BRITISH MENGGUBAL PERLEMBAGAAN MALAYSIA.
 
Penjajah British amat sedar dan arif betapa penyebaran agama SELAIN AGAMA ISLAM adalah isu sensitif bagi Melayu-Islam Malaysia.   Dengan itu, diwujudkan dalam Perlembagaan Perseketuan Malaysia, kebolehan Yang Di Pertuan Agong menghalang pengembangan dan penyebaran  Agama lain selain Islam di Malaysia. Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa negeri-negeri boleh mewartakan undang-undang menghalang orang-orang bukan Islam menyebarkan dakyah agama mereka kepada orang Islam.
 
Perkara 11(4) iaitu berkaitan sekatan penyebaran agama bukan Islam kepada orang Islam.
“Undang-undang Negeri dan mengenai Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, Undang-undang Persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan ugama antara orang-orang yang menganuti ugama Islam”
 
HAKIKAT sebenarnya, peruntukan perlembagaan Perkara 11(4), tidak pernah digunakan oleh Kerajaan Malaysia untuk menghalang atau mendakwa mana-mana individu atau badan-badan agama BUKAN ISLAM kerana penyebaran agama mereka. Sebaliknya, kes kes murtad, yang terkenal seperti Kes Lina Joy dan Aishah Bukhari, juga tidak memihak kepada Islam. 
 
SEBENARNYA, Langitbiru teringat kepada satu ayat Al-Quran dari Surah Al-Baqarah,   
 
وَلَن تَرْضَى عَنكَ الْيَهُودُ وَلاَ النَّصَارَى حَتَّى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ قُلْ إِنَّ هُدَى اللّهِ هُوَ الْهُدَى وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءهُم بَعْدَ الَّذِي جَاءكَ مِنَ الْعِلْمِ مَا لَكَ مِنَ اللّهِ مِن وَلِيٍّ وَلاَ نَصِيرٍ (2:120)
 
2:120 “Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “”Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)””. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.” (Al-Baqarah 120)
 
Sepertimana hujah Langitbiru di atas, Langitbiru tiada halangan untuk Kristian Dan Bukan Islam menggunakan Kalimah Allah dalam kehidupan seharian mereka. Kerana “ALLAH” bukan ekslusif untuk Islam. Jika mereka membaca “Bismillah” sebelum makan, maka teruskanlah. Jika mereka menyebut “Alhamdulillah” bila menerima berita gembira, teruskanlah. Jika mereka menyebut “Subhanallah” atau membesarkan Allah sebelum memberi ucaptama, teruskanlah. Jika mereka mengatakan “Allah” menurunkan hujan, teruskanlah. HATTA jika mereka membuat upacara ratib dengan menyebut nama Allah dalam Gereja, Kuil, To’ Kong dan dalam premis agama mereka yang lain, teruskanlah, kerana Allah akan menjaga namaNya. 
 
TETAPI JIKA MEREKA MENGGUNAKAN PERKATAAN ALLAH DALAM PENERBITAN MAJALAH, SURAT KHABAR, BUKU-BUKU AGAMA DAN APA JUA PENERBITAN BERTULIS YANG DISEBARKAN KEPADA UMUM, IANYA WAJAR DICEGAH DAN DIHARAMKAN. 
 
Bukan Langitbiru BERSANGKA BURUK kepada Penganut Kristian, tetapi Langitbiru mengambil langkah berjati-hati dalam soal penjagaan akidah umat Islam Malaysia. KADANG-KADANG terfikir, HEBATNYA Umat Islam Malaysia yang selalu bersangka baik kepada agama lain, tetapi selalu bersangka buruk sesama Islam!!!
 
Maka dengan ini, Langitbiru menyokong Ustaz Harun Taib, Ketua Dewan Ulama PAS, Ustaz Haron Din, Timbalan Mursyidul-Am PAS, dan Mufti Kelantan yang menyambut baik dan menyokong keputusan Mahkamah Rayuan menghalang Kristian Katholik menggunakan “kalimah Allah” dalam Majalah Mingguan The Herald Versi Bahasa Melayu. 
 

DAN dalam kehidupan seharian kita sebagai Muslim, bila masa agaknya, Ayat 120 Surah Al-Baqarah itu relevan, signifikan, dan digunapakai oleh umat Islam?
 
 
Posted by: langitbiru3 | September 18, 2013

MULTAQA ULAMA PAS: APA YANG TAK KENA?

Multaqa Ulamak sudah berlalu. Resolusi yang diberi keutamaan media masa tempatan adalah kajian semula Tahaluf-Siyasi dengan PKR. Hampir semua media masa membuat kesimpulan Dewan Ulama PAS mahu “bercerai” dengan PKR. Benarkah itu yang dimaksudkan? 
 
Pepatah Melayu menyebut, “ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut ditarik tepung tidak retak”, “Seperti memalu ular dalam benih: ular biar mati, benih jangan rosak”. Itu yang Langitbiru boleh rumuskan dari Resolusi Multaqa Ulama. Bermakna, Multaqa Ulama mengambil pendekatan bijaksana dan berhemah menyelesaikan masalah dengan PKR yang “belum selesai”. Ulama tidak mahu usaha gabungan iaitu Pakatan Rakyat bercerai-berai, tetapi memberi isyarat sangat jelas kepada PKR agar menghormati PAS. Sudah pasti, itu peranan yang perlu dimainkan oleh mana-mana Dewan Harian PAS, iaitu melontar sesuatu isu dan masalah untuk diambil perhatian khusus oleh Pimpinan Pakatan Rakyat. Lontaran isu sebegini, tidak wajar dilakukan oleh Pimpinan Tertinggi PAS, kerana ia boleh mengundang masalah besar dalam Pakatan Rakyat. Bagaimanapun, bagi yang arif tentang perangai politik orang Melayu, lontaran isu sedemikian sebenarnya juga idea Kepimpinan Tertinggi. 
 
Apabila Ketua AMK “menghentam” TGHH tempoh hari, ianya sebenarnya juga idea dari Kepimpinan Tertinggi PKR. Ketua AMK “ditugaskan” melontarkan isu tersebut ke tengah gelanggang Pakatan Rakyat. Itu juga perkara yang perlu dimainkan oleh mana-mana parti politik. Jadi, Dewan Ulama PAS melakukannya dengan baik dan bijaksana, membantah secara “halus” tindakan PKR terutamanya pembahagian kerusi Pilihanraya. PAS “terpaksa” menyerah banyak kerusi “boleh menang” kepada PKR, sedangkan PKR sendiri tiada jentera parti dan jentera pilihanraya yang mantap di kawasan tersebut.
 
Tiada berlaku pertindihan kerusi, yang berlaku PKR “melanggar” kerusi PAS di beberapa tempat. PKR juga tidak mengambil berat prinsip PAS dan prinsip bersama Pakatan Rakyat seperti kes Kota Damansara. BENAR, kerusi KD milik PKR. Bagaimanapun tindakan PKR meletakkan calun Pemimpin Tertinggi Parti Sosialis dikira melannggar ketetapan bersama, iaitu PR menolak Parti Sosialis sebagai Parti Gabungan PR. PAS tidak mempertikaikan pegangan agama atau akidah calun PKR di KD, tetapi PAS pertikaikan “penyertaan” Parti Sosialis Malaysia sebagai calun KD yang bertanding atas tiket PKR. Nampak PKR tidak sensitif dengan bantahan sekutu utama PAS.
 
DUN Sungai Aceh menyaksikan satu lagi pertembungan PKR dan PAS. DUN Sg Aceh sebenarnya milik PAS yang dipinjamkan kepada PKR semasa PRU2008. PAS menuntut kembali kerusi DUN Sg Aceh. Dan pada dasarnya PKR sudah bersetuju. PAS Pulau Pinang mengumumkan nama-nama calun PRU13. Bagaimanapun, PKR selang 2 hari kemudiannya mengumumkan akan bertanding di DUN Sg Aceh. Khabarnya, pengumuman tersebut hanya dilakukan melalui khidmat pesanan ringkas kepada portal berita utama, bukan secara lazimnya dilakukan oleh parti politik. Bagaimanapun, manipulasi portal berita utama seolah-olah menunjukkan PAS yang bersalah dalam isu DUN Sg Aceh.
 
Di Terengganu, kesemua calun-calun PAS sudah mendapat watikah masing-masing, cuma belum diumumkan secara kebiasaan kepada umum. Tiba-tiba PKR Terengganu diketuai Azan Ismail, terlebih dahulu mengumumkan akan bertanding di 4 kerusi DUN Terengganu. Lawan-tetap-lawan kata Azan. Nak lawan siapa? PAS atau UMNO? Azan ismail sendiri bertanding di DUN Bandar. Hakikatnya, PKR tiada satu rantingpun di DUN Bandar, tiada jentera pilihanraya yang mantap. Sangat tidak wajar PKR bertanding di kawasan DUN Bandar. 3 kerusi DUN lagi akhirnya ditandingi oleh PAS  selepas rundingan dibuat antara PAS dan PKR.
 
PKR sekali lagi melanggar kerusi PAS di Labuan. PRU13, PKR sebenarnya sangat yakin akan mampu menang, sebab itu PKR menuntut kerusi Parlimen yang banyak dalam Pakatan Rakyat. PKR parti paling muda antara 3 parti iaitu PAS, DAP dan PKR, tetapi PKR bertanding paling banyak kerusi iaitu 90 kerusi Parlimen, berbanding PAS 73 kerusi parlimen. Tak cukup dengan itu, PKR ‘melanggar” lagi kerusi seperti diatas. Seolah-olah PKR sebenarnya tidak begitu menghormati PAS, seperti “membuli” PAS.
 
Maka, tindakan Resolusi Mutaqa itu tepat pada masanya iaitu memberi mesej kuat kepada PKR, hormatilah sekutu anda, PAS. “Lembah diraih, pantai dititi” rumusan tepat parti PAS melalui Resolusi Multaqa. 
 
Resolusi Multaqa tidak menyatakan PAS keluar Pakatan Rakyat, atau putuskan hubungan dengan PKR, tetapi minta dikaji hubungan dengan PKR. Yang perlu dikaji adalah soal pembahagian kerusi dan hal hal yang berbangkit untuk kebaikan bersama.  Kalau PKR prihatin, sepatutnya mereka sedar tabiat mereka seperti, Ikannya belum dapat, airnya sudah keruh” dalam soal pembahagian kerusi PRU13 baru-baru ini. 
 
Kita baru mencapai pengayuh, orang sudah tiba ke seberang. Tiada apa yang tak kena dengan Resolusi Multaqa Ulama.

 

Posted by: langitbiru3 | September 11, 2013

“KALIMAH ALLAH” DAN KEPERLUAN IJTIHAD ULAMA

 

Langitbiru 100% tidak layak untuk berijtihad soal agama. Ijtihad itu milik Ulama dalam bidangnya. Perlu diambil ingatan, Ijtihad para Ulama amat wajar dipatuhi walaupun tidak selera dengan pendapat kita orang awam. Kerana orang awam hanya beri pendapat berdasarkan logik akal semata-mata, manakala Ulama berijtihad berdasarkan Quran, Hadis dan Jumhur Ulama. Sebab itu, Ijtihad Ulama, kalau salah dapat satu pahala, kalau betul dapat 2 pahala.

Ijtihad pada pandangan Langitbiru, adalah Ulama berfikir sekuat-kuat hati dan akal fikiran, sekuat-kuat tenaga dan kudrat, berlandaskan Quran, Hadis, dan Jumhur Ulama atas satu perkara baru semasa yang berkaitan dengan  agama.

Analogi pembinaan Kereta Mercedes Benz, asalnya kereta tersebut tidak menarik (dilihat pada masa kini) tetapi itu yang terbaik pada zamannya. Dari masa ke semasa, terdapat pandangan baru, inovasi baru dan kajian terbaru yang mampu menampilkan Kereta Mercedes Benz lebih berkualiti dan berdaya saing, lebih kuat dan pantas, dan lebih menarik penampilannya. TAPI perlu diingat, apa yang ada pada hari ini pada Kereta Mercedes Benz adalah pembaharuan yang dibangunkan daripada kereta asalnya. Bermakna, teori kereta asal tersebut bukan dibuang dan diganti dengan yang baru, tetapi teori pembinaannya asalnya dibangunkan lagi, diperkasakan hingga mencapai apa yang ada pada hari ini.

Begitu juga dengan Ijtihad para Ulama. Imam Malik pernah diminta oleh Khalifah untuk membuat satu Kitab sebagai rujukan rasmi Negara Empayar Islam, tetapi Imam Malik menasihati khalifah jangan berbuat sedemikian. Kerana bagi Imam Malik, Para Sahabat Rasulullah saw sudah bertebaran di seluruh Dunia Islam yang mana terdapat Ulama dari bahagian bumi Islam yang lain terdapat perbezaan pendapat mereka sesuai dengan kedatangan Ilmu Agama ditempat dan masa yang berbeza. DAN Imam Malik meraikan perbezaan ijtihad beliau dengan para Ulama yang lain. Bagaimanapun, Ijtihad itu dibangunkan pada asasnya yang sama, tidak dibuang hujah Ulama-Ulama Terulung yang terdahulu tetapi diperkasakan untuk kegunaan kesesuaian pada hari ini. ITU YANG LANGITBIRU FAHAM PENGERTIAN IJTIHAD.

Dengan hal yang sedemikian, tidak layak bagi mereka yang bukan mendalami Ilmu agama secara khusus untuk berijtihad. Orang awam hanya layak memberi pendapat, maka tidak layak juga untuk orang awam menolak Ijtihad para Ulama.

Soal “Kalimah Allah” ini, amat wajar kita orang awam serahkan sepenuhnya kepada para Ulama untuk berijtihad. DAN sebenarnya, “Kalimah Allah” ini juga tidak sepatutnya dibicarakan oleh Mahkamah Sivil Malaysia.

Posted by: langitbiru3 | September 11, 2013

BILA KETUA PEMUDA PAS “TERUJA” DENGAN KETUA PEMUDA UMNO

Isu “Kabinet Bayangan Pakatan Rakyat” sudah lama diperkatakan oleh UMNO. Isu ini dipalu lagi dan lagi, semakin hari semakin kuat menjelang PRU13, tetapi Pemimpin Pakatan Rakyat bijak menangani asakan propaganda Barisan Nasional. Isu itu lenyap bersama masa yang berlalu.
 
Bagaimanapun, Pasca PRU13, isu tersebut dibangkitkan lagi, tetapi kali ini oleh pemimpin Pakatan Rakyat sendiri iaitu dari Parti PAS, melalui Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan. Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin segera menyokong bahkan menggesa Pimpinan Pakatan Rakyat segera menamakan “Kabinet Bayangan Pakatan Rakyat”.
 
Anwar segera menempelak Ketua Pemuda UMNO yang menyibuk soal dalaman Pakatan Rakyat. Anwar nasihatkan Khairy perlu fokus kepada tugasnya sebagai Menteri. Bagaimanapun, Anwar tidak pula menempelak Ketua Pemuda PAS yang menuntut diadakan Kabinet Bayangan!
 
Apa yang ada dalam benak fikiran Nasrudin tidaklah diketahui melainkan tuan punya badan. Menjadi satu kemusykilan bagaimana Ketua Pemuda PAS boleh bersehaluan dengan Ketua Pemuda UMNO menuntut Pimpinan Pakatan Rakyat mengistiharkan Kabinet Bayangan. Jika sama-sama sehaluan menyokong satu tuntutan yang sama, apakah matlamatnya juga sama?
 
“Keterujaan” Ketua Pemuda PAS terhadap Ketua Pemuda UMNO dapat dilihat melalui artikelnya dalam MalaysianInsider bertajuk “Kehebatan anak menantu dalam PAS”. Bagi Nasrudin Hassan, Khairy Jamaludin adalah pemimpin pemuda yang hebat dan satu kesilapan bagi Mahathir dan pemimpin UMNO mempertikaikan kewibawaan Khairy. Khairy bagi Nasrudin, bukan faktor utama kejatuhan Pah Lah. Bukti Khairy berwibawa bagi Nasrudin, Khairy akhirnya dilantik sebagai Menteri Penuh oleh Najib.
 
 
“Pengarang artikel kebangkitan pengaruh menantu ini cuba mengaitkan Ustaz Zaharudin Mohamad seperti Khairy Jamaludin dalam Umno yang kononnya menjadi faktor kejatuhan pemerintahan Pak Lah Badawi. Teori konspirasi itu berlaku dan digerak kuat oleh Tun Dr Mahathir untuk menjatuhkan Pak Lah dengan memukul Khairy habis-habisan bagi membantu Najib menaiki takhta pucuk kepimpinan BN.
 
Akhirnya, Pak Lah terpaksa mengalah dan berundur lalu menyerahkan kuasa kepada Najib.Ironinya, apabila Najib berkuasa dan mendapat mandat baru melalui pilihan raya ke-13 sebagai Perdana Menteri Malaysia, Khairy kini dilantik menjadi Menteri Belia dan Sukan”.
 
Tidak salah teruja dengan “rival” sebagai satu penghormatan dan satu cabaran kepada diri sendiri. Lee Chong Wei teruja dengan Lin Dan, dan Lin Dan teruja dengan semangat juang Lee Chong Wei yang umumnya dalam dunia badminton tahu mereka berdua adalah musuh ketat. Tetapi, dalam politik, teruja kepada “rival” adalah salah dari segi ethik dan moral politik kerana boleh mengundang fitnah dan perpecahan dalam parti. 
 
Adapun pemimpin UMNO mendesak Kabinet Bayangan Pakatan Rakyat adalah semata-mata untuk mengetahui siapa Perdana Menteri PR? Mereka mahu lihat, adakah Anwar Ibrahim atau HjHadi Awang sebagai Perdana Menteri. Mereka sangat arif dan faham, PKR dan PAS ada penyokong tegar masing-masing. Dato’ Harun Taib selaku Ketua Dewan Ulama PAS “mengistiharkan” HjHadi sebagai PM jika PR menang. Kenyataan tersebut segera disanggah oleh DAP yang berkeras mahukan Anwar sebagai PM. Manakala PKR sudah tentu mahukan Anwar. Jadi, matlamat UMNO adalah untuk pecahbelahkan Pakatan Rakyat melalui PM Bayangan. Itu juga matlamat Khairy Jamaludin. 
 
Apakah pula matlamat Ketua Pemuda PAS? Jangan maksud mulut berkata, maksud hati lain pula! 
 
Seperkara lagi, apakah Kabinet Bayangan PR mampu mengubah sesuatu dalam pentadbiran Negara? Politik adalah KUASA. Tiada KUASA, segala pandangan akan jadi seperti “Anjing Menyalak Bukit”.  Jika Nasrudin tidak percaya, cubalah beri input dan cadangan kepada Menteri Pendidikan, memandangkan beliau mendakwa dilantik sebagai Menteri Bayangan Pendidikan. Apa pendapat beliau mengenai Cetak Biru Dasar Pendidikan Negara yang sedang dibahaskan sekarang?. Apa pendapat Nasrudin mengenai Cetak Biru Pendidikan Sex di Sekolah Kebangsaan. 
 
Rumusan Langitbiru, saranan Nasrudin Hassan supaya Pakatan Rakyat mewujudkan Kabinet Bayangan adalah tidak relevan dan signifikan. Beliau perlu faham, Malaysia bukannya mengamalkan demokrasi Dasar Dua Parti dalam Negara. DAN beliau perlu ingat, Pakatan Rakyat belum lagi berdaftar sebagai sebuah Gabungan Parti yang berdaftar dengan ROS secara sah. DAN beliau perlu sedar dan ingat, pemimpin UMNO tidak sekali-kali melayan apa jua pandangan dan cadangan dari pemimpin Pakatan Rakyat. Tidak tahulah Langitbiru, kalau Khairy Jamaludin sentiasa dengar cadangan Nasrudin Hassan!
 

Seperkara lagi, sudah sudahlah ketua Pemuda PAS bagi kenyataan melalui Utusan Malaysia! Tolonglah!!!!
 
 
Posted by: langitbiru3 | September 8, 2013

DOMINASI KEKUASAAN ULAMA DALAM PAS: “PAS FOR ULAMA”

 

 
 
Pandangan TGNA agar Presiden dan Timbalan Presiden semestinya dari kalangan Ulama segera mendapat maklumbalas dan liputan pelbagai pihak. Ketua Dewan Ulama, Dato’ Harun Taib dengan segera menyetujui cadangan tersebut, bahkan sebelumnya, Dewan Ulama PAS Pusat, pernah mencadangkan agar jawatan Presiden, Timbalan Presiden dan Naib Presiden wajib dari kalangan Ulama. Pandangan ini adalah untuk meneruskan tradisi Kepimpinan Ulama dalam PAS. 
 
Menyorot kembali sejarah, Kepimpinan Ulama dan Majlis Syura Ulama PAS pusat bermula pada Muktamar PAS tahun 1982. Golongan Ulama secara terbuka menentang Kepimpinan Dato’ Asri, Yang Di Pertua Agung PAS Pusat, dengan slogan “Murakbar Asri”. Dewan Pemuda PAS Pusat telah mengemukakan usul agar Ucapan Dasar Yang Di Pertua Agung PAS ditolak kerana YDP Dato’ Asri memuji Kerajaan BN (Mahathir) menubuhkan Bank Islam dan Universiti Islam Antarabangsa. Usul tersebut diterima menjadi sejarah Ucapan Dasar YDP pertama ditolak oleh Muktamar. Asri berjaya “dijatuhkan” dan serentak dengan itu, Dewan Pemuda mengusul penubuhan Majlis Syura Ulama PAS yang sekaligus berfungsi sebagai Badan Kepimpinan Tertinggi selepas Muktamar. Mursyidul-Am PAS Pusat menjadi Pemimpin Tertinggi Parti. Bagi melengkapkan dominasi kekuasaan Ulama, Presiden PAS juga berjaya dipilih dari kalangan ulama iaitu Yusuf Rawa. 
 
Kepimpinan Ulama dalam PAS sudah terjamin dengan kukuh dan kuat dalam Perlembagaan PAS, iaitu Majlis Syura Ulama PAS Pusat, sebagai Badan Kepimpinan Tertinggi PAS, disamping Mursyidul-Am PAS sebagai Pemimpin Tertinggi Pas Pusat. Ini bermakna, kekuasaan Ulama dalam kepimpinan PAS tidak boleh dan tidak akan diganggu gugat oleh sesiapa kecuali Muktamar.
 
Apakah monopoli atau dominasi kekuasaan kepimpinan PAS dari kalangan Ulama selama 31 tahun ini wajar diteruskan? Atau perlu pembaharuan sesuai dengan kehendak semasa masyarakat Malaysia?
 
Majlis Syura Ulama PAS, sebagai Badan Kepimpinan Tertinggi PAS, disamping Mursyidul-Am PAS sebagai Pemimpin Tertinggi PAS amat wajar dipertahankan dan diteruskan. 
 
Bagi Langitbiru, terjemahan dan tafsiran Kepimpinan Ulama PAS sudah cukup memadai dengan kekuasaan Majlis Syura Ulama dan Mursyidul-Am. Dalam analogi    Sistem Kenegaraan , Mursyidul-Am itu bertindak sebagai Khalifah. Manakala Presiden pula sebagai Panglima Perang yang memegang amanah Khalifah dan Negara bertempur dan berjihad di medan perang. 
 
Presiden dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, secara analoginya sebagai Panglima Perang dan Ketua Turus Bala Tenteranya. Panglima Perang dan Ketua Turusnya wajib dipilih dari kalangan mereka yang benar-benar ahli dan layak dalam bidang peperangan. Dalam konteks politik Malaysia, PAS berjuang dan berperang di “Padang Demokrasi Sekular”. 2 kriteria utama bagi pejuang PAS mengharungi “Padang Demokrasi Sekular” iaitu keimanan/ketaqwaan yang tinggi sebagai benteng pertahanan dan ilmu pengetahuan sebagai senjata ampuh memerangi musuh. Kedua-dua kriteria itu wajib ada dalam barisan bala tentera PAS. 
 
Rasulullah saw tidak begitu mengetahui struktur mukabumi Lembah Badar sehingga dicadangkan oleh sahabat Baginda, Khubaid memilih satu kawasan berhampiran sumber air sebagai markas perang. PAS perlu mengambil kisah Perang Badar. Inilah contoh terbaik (kombinasi lengkap-melengkapi satu sama lain) ketaqwaan (Khalifah) dan ilmu pengetahuan (ahli) menghadapi musuh di medan perang. 
 
PAS amat memerlukan kombinasi lengkap-melengkapi satu sama lain melalui kombinasi Ulama-Profesional. Selayaknya kombinasi suami-isteri, isteri sebagai pakaian suami, suami sebagai pakaian isteri. Suami (Ulama) sebagai Ketua Rumahtangga, Isteri sebagai Pengurus Rumahtangga, masing-masing tahu tugas dan tanggungjawab yang mempunyai matlamat yang sama, kesejahteraan rumahtangga dunia dan akhirat.  
 
 
PROFESIONAL SEBAGAI PELENGKAP ATAU PERKAKAS?
 
Kita sudah sediamaklum, Badan Kepimpinan Tertinggi PAS adalah Majlis Syura Ulama. Mursyidul-Am sebagai Pemimpin Tertinggi Parti. Majlis Syura Ulama semuanya adalah Ulama, tiada seorangpun dari kalangan profesional. Di samping Majlis Syura Ulama, PAS juga ada Dewan Ulama PAS Pusat. Walaupun Dewan Ulama adalah Dewan Harian, tetapi realitinya dilihat sebagai Dewan yang sangat berpengaruh dan berkuasa. Ini kerana sebahagian besar Ahli Dewan Ulama PAS juga menganggotai Majlis Syura Ulama. Bermakna, Dewan Ulama PAS secara realitinya adalah Badan Kepimpinan Kedua Tertinggi PAS. Andaikata diteruskan secara tradisi, Presiden dan Timbalan Presiden wajib dari kalangan Ulama, maka Ulama mempunyai kuasa sangat DOMINAN.
 
Logiknya, jika Ulama terlalu sangat dominan kekuasaannya, kehadiran bukan ulama atau profesional sebenarnya tidak lagi berfungsi sebagai pelengkap kepimpinan parti, dengan kata lain profesional tidak begitu diperlukan dalam organisasi Kepimpinan PAS. Profesional hanya layak melaksanakan segala arahan parti (Ulama). Istilah kombinasi  atau keseimbangan Ulama-Profesional tidak akan menjadi kenyataan jika sebelah pihak terlalu dominan kuasanya. 
 
Monopoli atau dominasi kuasa Kepimpinan Ulama ini seolah-olah wujud tembok pemisah antara Ulama dan Profesional. Seolah-olah wujud sistem kasta dalam PAS. Seolah-olah keimanan dan ketaqwaan itu diukur melalui sijil-sijil sarjana, master atau PhD Pengajian Islam, atau Lepasan Tinggi Pondok. Seolah-olah profesional itu lebih rendah atau tidak setaraf keimanan dan ketaqwaan mereka berbanding mereka yang ada sijil agama. Dengan itu, profesional tidak boleh diyakini dan dipercayai untuk menerajui kepimpinan. Jika begini persepsi para ulama kepada profesional, bermakna para ulama memandang profesional sebagai perkakas, bukan pelengkap! 
 

Jika demikian keadaannya, slogan “PAS for All” tidak lagi relevan sebaliknya lebih sesuai digantikan dengan “PAS for Ulama”
 
 

« Newer Posts - Older Posts »

Categories

%d bloggers like this: