Posted by: langitbiru3 | January 4, 2016

BENCINYA PAS KEPADA AMANAH

Kebencian Pas kepada Amanah jauh melebihi kebenciannya kepada UMNO dan DAP.

Itu satu kesimpulan yang boleh dibuat Pasca penubuhan Parti Amanah Negara (Amanah).

Selepas pembersihan ‘Tapisan Allah’ di peringkat Kepimpinan Pas Pusat, pembersihan ‘Tapisan Allah’ akan dilakukan di semua peringkat kepimpinan. Mereka yang menyokong kumpulan habuk dan hampas  tapisan ini dicabar untuk keluar parti dan tubuh parti sendiri. Apabila kumpulan ini keluar parti, Presiden Pas menyatakan sangat gembira dan syukur kerana ‘Tapisan Allah’ ini berlaku dengan sendirinya. (Mungkin yang dimaksudkan  tidak seperti berlaku dalam Kepimpinan Pusat yang perlu melalui proses muktamar)

Selepas kewujudan Parti Amanah ini, Pas masih berterusan mengecam Amanah dan pemimpinnya. Pas mengecam Amanah sebagai ‘Barua dan Boneka’ DAP. Bukan baru, bahkan semasa pemilihan Kepimpinan Pas Pusat, mereka ini digambarkan sebagai ‘disokong dan ditaja’ oleh DAP.

Antara salah satu perbezaan pandangan politik kumpulan ini dengan ‘Kumpulan Presiden’  adalah tahaluf dengan DAP ini perlu dikekalkan.

‘Kumpulan Presiden’ @ Kepimpinan Pas Pasca Muktamar ke 61, berpandangan tahaluf dengan DAP ini wajib diputuskan kerana telah melanggar syarat2 tahaluf.

DAP dan PAS bukan pertama kali ‘disatukan’ dalam satu blok politik.  Mereka pernah bersama dalam Barisan Alternatif  (BA), dan akhirnya mereka berpecah. Puncanya, salah satunya kerana soal hudud. Bagaimanapun, Pas di zaman BA di bawah pimpinan Ustaz Fadhil Nor, tidak ‘menyerang’ atau menzahirkan kebencian kepada DAP seperti Kepimpinan Pas pada hari ini. Bahkan Mursyidul Am Pas masa itu, Tok Guru Nik Aziz juga mengambil pendekatan yang sama. Meskipun Karpal Singh menyebut, ‘Langkah mayat saya dahulu jika nak laksana Hudud’, Tok Guru Nik Aziz tetap hadir pada harijadi Karpal Singh!

Hari ini, DAP ini digambarkan oleh Pas sebagai parti Chauvinist Cina, parti perkauman Cina sebagaimana UMNO lakukan selama ini. DAP dianggap sebagai MUSUH Melayu.  Bahkan tidak keterlaluan jika disebut, PAS telah ambil alih tugas dari UMNO untuk menyerang DAP sebagai parti perkauman Cina!

Lebih buruk dari persepsi Parti Perkauman Cina, MUSUH Melayu, DAP hari ini digelar sebagai MUSUH Islam. Kebencian PAS terhadap DAP ini sangat ketara dan  jelas di peringkat akar umbi, sehingga mereka memanggil DAP sebagai DAPig. “Pig” @ babi itu, dalam budaya Melayu, bila disebut babi, itu menunjukkan kemuncak kemarahan atau kebencian! Itu menunjukkan akar umbi Pas sangat2 benci kepada DAP. Bahkan ramai juga memanggil DAP @ DAPig ini sebagai KAFIR HARBI laknatullah. Kafir yang ‘sah’ dihalalkan darahnya! Semua ini kerana Pemimpin Pas sendiri yang ‘menghukum’ DAP sebagai MUSUH Islam. Dan pemimpin ini tidak pernah menegur atau menasihati ahlinya jangan ‘menghukum’ DAP sedemikian rupa.  

Perkara seperti ini tidak pernah berlaku di zaman Ustaz Fadhil Nor dan Tok Guru Nik Aziz.

Bermakna, kebencian Pas terhadap DAP itu mengatasi kebencian UMNO terhadap DAP.

Dengan kebencian menggunung itu, Amanah digelar sebagai ‘Barua dan Boneka’ DAP. ‘Barua dan Boneka’ ini ‘hukumnya’ ‘MUNAFIK’ bagi  Pas.

Kebencian kepada ‘Kaum Munafik’ itu mengatasi kebencian kepada ‘ Kaum Kafir’.

Tidak terkejut lah, di Muktamar lepas, wakil Dewan Ulama Perak, menyebut dari 10 peluru, 9 dihala kepada Munafik, hanya satu di hala kepada musuh.

Lengkap lah ‘hukuman’ “Tapisan Allah” sebagai golongan ‘Munafik’, maka ahli-ahli akar umbi   berterusan menyerang mereka.

Dengan itu, kebencian ke atas Amanah ini mengatasi kebencian ke atas DAP.

Kontradiksi kepada Kebencian ammarah ini, Ketua Pemuda Pas ‘mengistiharkan’ tamat sudah politik marah ke atas UMNO. UMNO perlu didekati dengan ilmu dan iman.

Tidak syak juga, Ketua Pemuda Pas ini antara ‘mastermind’ dalam strategis PAS hari ini.

Maka kesimpulannya, Pas membenci Amanah ini, mengatasi Pas membenci DAP dan UMNO.

Apakah kebencian ini berdasarkan Syariat atau nafsu ammarah?

Sedangkan Amanah ini HAKIKATNYA bagi Pas,  saling tidak tumpah sebagai satu titik hitam di tengah tengah kertas yang putih. Yang putih pengalaman berdekad dekad bersama itu dilupai, yang titik hitam itu juga yang diingati!

Wajar kah?

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: