Posted by: langitbiru3 | December 20, 2015

Dari Amanat Kg Paradong ke Multaqa.

Surah Al-Anfal, Verse 61:

وَإِن جَنَحُوا لِلسَّلْمِ فَاجْنَحْ لَهَا وَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakalah kepada Allah. Sesungguhnya Ia Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Surah Al-Anfal, Verse 62:

وَإِن يُرِيدُوا أَن يَخْدَعُوكَ فَإِنَّ حَسْبَكَ اللَّهُ هُوَ الَّذِي أَيَّدَكَ بِنَصْرِهِ وَبِالْمُؤْمِنِينَ

Dan jika mereka bertujuan hendak menipumu, maka sesungguhnya cukuplah Allah (menjaga dan memberikan perlindungan) kepadamu. Dia lah yang menguatkanmu dengan pertolonganNya dan dengan (sokongan) orang-orang yang beriman.

Pertama kali 2 ayat di atas “diperkenalkan secara rasmi” di Mimbar Khutbah Jumaat, Masjid Rusila, Marang, Terengganu Kite.

Sudah agak lama. Dan sejak itu jugalah, kedua2 ayat itu kerap dijadikan topik kuliah dan tazkirah. Juga dalam Usrah Haraki serta pelbagai program ilmiah parti.

Seperti biasa, sewaktu berkumandang di Mimbar Masjid Rusila, ia dilafazkan secara umum. Tidak spesifik ditujukan kepada mana2 pihak. Umum!

Dengan siapa untuk makmum Jumaat untuk berdamai, tidak dinyatakan dengan terang dan jelas. Pihak mana yang cenderung untuk berdamai tidak disebut dengan jelas. Dan pihak mana yang mahu menipu juga tidak dinyatakan dengan pasti.

Logik akal nya, siapa yang bermusuh selama ini dengan Pas? Siapa yang selalu menipu Pas? Itu seluruh seantaro Malaysia tahu, secara tradisi sekian lama hampir 6 dekad, tidak lain tidak bukan adalah Umno.    

Kenyataan terbuka secara umum, tidak spesifik kepada sesiapa, sudah jadi satu “trademark” Tok Guru.

Amanat Kg Paradong juga satu kenyataan terbuka secara umum.  Dengan siapa kita berjihad dan mati syahid kerananya tidak disebut dengan terang, jelas dan nyata. Ia secara umum. Akan tetapi, ianya diucapkan di kampong, sebuah kampong, bukan di bandaraya. Maka bahasa nya adalah bahasa yang paling mudah untuk difahami oleh orang kampong. Natijahnya,  orang kampong sendiri membuat “tafsir dan memahaminya”, maka berlakulah sembahyang 2 imam, perkahwinan  diakadnikahkan semula dan jatuh haram memakan sembelihan orang2 yang difahami itu.  

Sama jugalah dalam PRU13  isu Pil Kuda. Seantaro Malaysia melihat dan mendengar di kaca televisyen, Pas terpaksa bertanding di kerusi PKR kerana ada calun PKR terlibat dengan Pil Kuda. Juga tidak dinyatakan dengan jelas, terang dan nyata, siapa calun tersebut. Ia satu kenyataan umum yang terbuka. Wal hal, bagi orang Pantai Timur, pil kuda adalah satu gejala sosial yang sukar dibendung di Pantai Timur. Kerana kenyataan  umum yang tidak spesifik ini, Mahkamah bersetuju ia bukan satu fitnah.

Itulah “trademark” nya.

Maka pihak mana yang cenderung untuk berdamai, dan pihak mana yang ada kebarangkalian mahu menipu, tidak dinyatakan secara spesifik.

TAPI, majoriti faham, yang dimaksudkan adalah Umno.
MAKA, jika sesiapa yang menuduh Pas mahu berdamai dengan Umno, ia segera dipatahkan sebagai perbuatan FITNAH, kerana Mimbar Rusila tidak pernah menyebut sedemikian! Bolehjadi jika mereka saman sesiapa yang buat FITNAH, jatuh muflis orang tersebut!

Selepas sekian lama 2 ayat itu dikupas lagi dan lagi, baik di peringkat cawangan, kawasan, negeri mahupun pusat,  maka JALANNYA mula dibuka oleh UMNO di Perhimpunan Agong 2015.

Bagi menunjukkan Umno sangat sangat bersungguh sungguh, dibalas hantaran 2 ayat di atas dengan satu ayat perintah dari Surah Al-Baqarah, berpegang teguhlah kamu dengan Tali Allah. Ketua Kabilah Umno siap memberi TAFSIR ayat dengan lengkap dengan muka manis dan senyuman bibir yang anggun menawan. Ia berlaku di Multaqa Alumni Al-Azhar anjuran Jabatan Perdana Menteri.

Bagi ‘mengikat’ “berbalas hantaran” ayat ayat ini, dicatatkan dalam satu Resolusi Bersama, Pas dan Umno perlu bekerjasama demi Perpaduan Ummah khusus Di Malaysia.

Sudah tentu, di pihak sana YAKIN, inilah kejayaan Dakwah Pas kepada mad’u nya selama ini. Sebelum Umno, pihak sana juga berhujah, PERKASA yang perkasa juga berjaya menerima usaha DAKWAH pihak sana. Maka pihak sana menyambung hujah, inilah kehebatan dan kebijaksanaan ketua kabilah dalam berpolitik dan berdakwah. ……Umno & Perkasa sudah berubah!

Bahkan seawal pasca PRU2008 yang “gemilang” bagi Pembangkang, Ketua Kabilah berkata, Umno hari ini sudah berlaku anjakan paradigma yang tidak lagi menyatakan Politik Suku Agama Suku. Sekaligus, barangkali memadamkan Amanat Kg Paradong yang jatuh kafir jika mengatakan Politik Suku Agama Suku.

Oh… banyak lagi kenyataan umum yang terbuka yang menunjukkan ‘minat’ ke arah itu. Umno tidak seburuk Firuan. Apa guna kemenangan jika berlaku huru-hara. Dan banyak lagi “trademarks” nya yang “sukar” difahami.

Cuma, bila ahli “sukar” memahami, tindakan ahli tidak pula dipantau, ditegur, diperbetulkan sama seperti Pasca Amanat Kg Paradong. Bahkan tindakan keterlaluan “tiada akhlak” ahli ke atas ahli yang lain, langsung tidak dihiraukan. Seolah-olah direstui nya pula! Yang demikian itu, punca kepada perpecahan yang teruk.

Tapi di pihak sana tetap menyatakan, inilah Tapisan Allah!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: