Posted by: langitbiru3 | December 16, 2015

Pas-Pasma-Amanah wajar berdamai.

Pas-Pasma-Amanah Wajar Berdamai.

Satu Malaysia tahu, Pasma dan  Amanah adalah pecahan dari Pas. Ia satu rentetan perselisihan yang lama semasa dalam Pas. Anehnya,  perselisihan itu bermula Pasca Tsunami Politik 2008, kemenangan luar biasa parti-parti  pembangkang.

Mengapa selepas kemenangan besar,  bermula perselisihan dalaman @ politiking dalaman?

Pasma lahir ketika ‘kemuncak’ Krisis Menteri Besar Selangor. Pasma menjangkakan Pakatan Rakyat bakal berkubur ekoran pergolakan yang berlaku. Dan Pasma menyalahkan Kepimpinan Pas sebagai ‘punca’. Maka alasan kewujudan Pasma adalah mempertahan kan dan mengukuhkan Pakatan Rakyat.

Pasma lantang bersuara mengkritik Kepimpinan Pas. Pada masa yang sama, susulan Krisis MB Selangor,  pertembungan “Kumpulan G18” dengan “Kumpulan Presiden” kian memuncak.

Dan akhirnya,  Muktamar ke 61, diperlihatkan “Jalan Keluar” kepada politiking dalaman yang sangat sengit, Pasca Muktamar lahirlah Amanah.

Barisan Kepimpinan Pas baru @ Pasukan Presiden dilihat semakin intim dengan Umno. Lunak dan lembut dengan Umno, jauh berbeza dari kebiasaan Pas yang terkenal tegas ‘Nahi Mungkar’nya terhadap Umno. Pembaharuan Pendekatan  Kepimpinan ini mengeruhkan lagi keadaan perselisihan dengan Pasma-Amanah. 

Itu semua sudah menjadi sejarah.

Bagaimana pun, impaknya di kalangan ahli ahli di bawah sangat mendalam hingga menyebabkan keharmonian di kampung kampung yang selama ini berjuang bersama selama 3-4 dekad begitu tergugat dan terkesan. Masjid masjid tempat bersama juga menjadi ‘muram’. Tiada lagi bersalaman dengan penuh akrab dan kasih sayang, hanya sekadar bersalam. Lebih menyedihkan, mimbar mimbar masjid juga dijadikan tempat ‘menyerang’ lawan. Keharmonian selama ini ‘hilang’ begitu saja.

Sewajarnya,  pemimpin2 Pas-Pasma-Amanah perlu hentikan semua ini dan mengembalikan keharmonian suatu masa dulu. 

Untuk itu, Pas-Pasma-Amanah perlu cari jalan perdamaian. Buang yang keruh ambil yang jernih. Berlapang dada dengan pilihan masing2. Masing2 mempunyai matlamat yang sama,  mendaulatkan Islam ke dalam Sistem Pentadbiran Negara. Tapi jalur pemikiran dan pendekatan yang berbeza.

“Berpisah untuk Bersatu” mengembeling tenaga dan fikiran mencapai matlamat yang sama.

Yang sangat penting,  perpaduan dan keharmonian di kampung kampung akan kembali bertaut seperti sediakala. 

Jangan sesama saudara seagama ini berterusan bertelingkah hingga ‘yang menang jadi arang, yang kalah jadi abu’. Sesungguhnya, perbalahan ini tiada menguntungkan sesiapa, kecuali ‘musuh’ lama.

Kembalilah bersatu kerana Allah swt.

“Berpisah untuk Bersatu”.

Langitbiru
Rabu 16 Disember 2015.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: