Posted by: langitbiru3 | November 11, 2015

PAS WAJAR IKTIRAF AMANAH

Lumrah, bila berpisah hidup akan dibawa bersama perasaan dan emosi. Barangkali, hanya berpisah mati manusia ‘redha’ kepada Qada & Qadar Allah swt.

Sesuatu yang amat sukar dilakukan manusia dalam  soal perpisahan hidup ini adalah mohon maaf dan/atau memaafkan! Di sana perlu muhasabah diri yang tinggi!

Sebahagian ahli Pas, meninggalkan Pas menubuh Parti baru, wadah baru kata mereka,  iaitu Parti Amanah Negara (Amanah). Apakah ahli Pas umumnya,  dan Kepimpinan Tertinggi Pas khususnya berfikir ia  satu keputusan yang sangat mudah bagi mereka?

Langitbiru berpendapat,  ia satu keputusan yang sangat sukar bagi mereka.  Sangat sukar untuk menyisih diri, menarik diri dan keluar parti yang sekian lama bersama berjuang!

Percayalah.  Ia keputusan yang sangat sukar!!!

Bagi Langitbiru,  masing2 ada saham kepada perpisahan ini. Tidak perlu rasanya kita ungkit perkara yang lepas.  Masing2 melihat dari sudut pandang yang berbeza, maka kesimpulannya juga berbeza.

Sebab itu di sana perlu muhasabah diri yang tinggi.
Perkara yang kritikal impaknya di bawah/masyarakat adalah  ketidakharmonian, maklumlah kita satu usrah, satu parti sebelumnya.

Ketidakharmonian ini sesungguhnya merugikan semua yang terlibat.

Wajar masing2 melihat perpisahan ini dari sudut yang positif.  Setidak tidaknya perlu melihat perpisahan ini mengurangkan politiking dalaman yang sangat kuat dalam Pas,  yang bukan menguatkan parti tetapi melemahkan parti.

Jalur pemikiran dan fikrah kedua2 kumpulan  ini jelas berbeza, tidak sama, terutama soal KEUTAMAAN politik  dan cara PENDEKATAN politik. Walaupun matlamat nya sama. Keperbezaan ini mewajarkan masing2 bergerak dalam wadah yang berasingan. Tetapi perlu mengekalkan sinergi dalam soal ‘Amar Maaruf Nahi Mungkar’ politik dan kepimpinan Negara.

Pas dan Amanah mempunyai 99.9% persamaan. Hanya 0.1% atau ibarat satu titik hitam di atas sehelai kertas putih, perbezaannya. Mengapa kita memilih 0.1% untuk tidak bersama?

Sepatutnya dan sewajarnya, Pas dan Amanah,  yang datang dari susur galur yang sama, pernah berjuang bersama, menjadikan ‘Perpisahan ini kerana Allah swt’, berlapang dada dan kembali bersinergi bersama menentang kezaliman UmnoBN.  Gunakan kekuatan dan pengaruh masing2 ,
bersinergi untuk membawa Malaysia yang lebih adil dan sejahtera.

Buang yang keruh, ambil yang jernih. Kembalilah kepada Al-Quran dan Rasul  bila berselisih pandangan sepertimana Quran nyatakan.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: