Posted by: langitbiru3 | November 10, 2015

KEUTAMAAN PAS & TGHH MENGISLAHKAN PM & UMNO

KEUTAMAAN PAS DAN TGHH MENGISLAHKAN PM DAN UMNO.

Keutamaan Pas dan Kepimpinan TGHH hari ini, yang dijadikan HALATUJU Parti Pas adalah mengislahkan PM dan UMNO, supaya mengubah Dasar dan Sistem Pemerintahan.

Itu kesimpulan yang boleh dibuat dari tulisan ‘Propagandis Zaman’,  Pak Subky Latif.

Langitbiru peminat setia tulisan ‘Propagandis Zaman’, Pak Subky. Dan amat menghormati Pak Subky sebagai seorang tersangat tinggi pengalamannya, ilmunya dan ketajaman tulisan kewartawanan nya.

Namun, saya memohon jutaan maaf kerana memilih untuk berbeza pandangan.

Apakah tulisan ini benar benar ikhlas datang dari lubuk hati dan naluri Pak Subky?

Atau tulisan ini benar benar datang dari  seorang  propagandis partisan, yang peranannya  mempertahankan Presiden dan Parti?

Membaca tulisan Pak Subky ini, seolah-olah tidak percaya datang dari Pak Subky yang saya kenali!

1. Tidak salah untuk Presiden meng-islah PM dan UMNO. Bahkan sangat dialu-alukan sebagai seorang Pendakwah.

Namun, kita fikir sangat sesuai jika dibuat atas kapasiti peribadi sebagai pendakwah,  bukan mewajibkan  seluruh ahli parti berbuat demikian!

Sangat sesuai jika dibuat atas kapasiti peribadi dan pendakwah, lebih lebih lagi atas kapasiti peribadi, Presiden pernah  mengeluarkan ‘Amanat HjHadi’ awal 80an.

Bagaimanapun, jika Presiden mahu ‘mewajibkan’ semua ahli wala’ dan tsiqah kepada Ijtihad nya, bawalah perkara ini, pendekatan nya di Muktamar.

Jelaskan sejelas-jelasnya sebagaimana jelasnya memberi Khutbah Jumaat kepada semua ahli. Penjelasan dan penerangan ‘once for all’ di Muktamar, sangat penting untuk mengelakkan salah faham, buruk sangka dan persepsi hingga membawa kepada perpecahan.

Adalah jelas, Keutamaan Pengislahan PM dan UMNO tidak dibincangkan di JK Pas Pusat (sebelum Muktamar Jun 2015) dan tak pernah di bentangkan di Muktamar.

Presiden mahu semua ahli FAHAM dan WALA’ serta TSIQAH dengan Ijtihad nya,  TETAPI tidak pernah menghuraikan dengan terperinci Ijtihad nya,  bagaimana ahli nak faham dan jelas?

Bila ahli tidak faham, jangan pula di-broker dan di-barua-kan!

Jangan di-jebon-kan.

Jangan juga di-tolol-kan.

Jangan dianalogikan ‘salakan anjing serigala’.

Dan sangat tidak adil di-munafik haraki, dibanggakan ‘Tapisan Allah’, kerana ahli tidak faham Ijtihad.

2. Kembali kepada tulisan Pak Subky,  saya tertarik analogi perbandingan Kisah Nabi Musa keliru dengan tindakan  Nabi Hidzir.

Seolah-olah sebahagian ahli keliru dengan tindakan Presiden.

Nabi Musa seorang Rasul yang besar. Kisah Baginda dengan Nabi Hidzir adalah proses menuntut ilmu,  satu pengajaran dan tarbiah untuk Baginda. Meskipun seorang Rasul yang besar dan utama,  ada lagi perkara atau ilmu yang Baginda tidak ketahui.

Perbandingan itu kurang tepat, kerana kekeliruan ahli terhadap Presiden bukan soal menuntut ilmu, pengajaran dan tarbiah, tetapi pendekatan politik mengislahkan PM dan Umno.  Tersasar perbandingan tersebut!

Pak Subky cuba memberitahu,  Presiden punyai ilmu yang sangat tinggi, hingga tidak tercapai oleh akal sekalian ahli untuk memahami tindakan Presiden.  Maka,  ahli wajib wala’ dan tsiqah ke atas Presiden,  jangan bertanya , jangan komplen sebagaimana seharusnya tindakan Nabi Musa ke atas Nabi Hidzir?

Sebaliknya kita berkata, kenapa (Presiden seorang Ulama’ besar)  tidak diambil pengajaran Nabi Musa, walaupun seorang Rasul yang besar dan utama, masih ada perkara dan ilmu yang tidak diketahui Baginda. Dan Baginda sedia belajar menuntut ilmu dari seorang Nabi.

3. Pak Subky menjelaskan pendekatan Presiden adalah lanjutan misi kenabian yang dibawa oleh para Rasul.

Nabi Ibrahim dengan Namrud.

Nabi Musa dengan Firaun.

Nabi Muhammad saw dengan Kabilah Quraisy dan Raja Najasyi.

Benar, Para Rasul di atas tidak berusaha menjatuhkan Raja atau menyuruh Raja turun takhta.

Misi para Rasul adalah berdakwah kepada Raja soal batasan IMAN dan KUFUR. Menyeru meninggalkan kesesatan kepada Akidah Tauhid, beriman kepada Allah swt.

Soal PAS dengan UMNO, bukan soal batasan IMAN dan KUFUR.

Status Presiden UMNO dan UMNO tidak sama dengan Status Raja Firaun,  Raja Namrud,  dan Raja Najasyi.

Sebagaimana tulisan Pak Subky, Pas dan UMNO,  hanya berbeza soal Dasar dan Sistem, yang mana Pas mendakwa ianya tidak mengikuti Syariat.

Jika demikian,  Misi Dakwah para Rasul ke atas Raja2 yang Kufur (kecuali Raja Najasyi), tidak sama dengan misi Islah Presiden ke atas PM dan UMNO!

Maka,  jika Tok Guru jumpa Najib,  tidak boleh dianggap sama Nabi Ibrahim jumpa Namrud dan Nabi Musa jumpa Firaun.

4. Pak Subky menyebut Presiden pernah berkata, menukar orang(pemimpin) tidak menjamin bertukar Dasar dan Sistem.

Sebaliknya kita berkata,  menukarkan Dasar dan Sistem juga tidak menjamin Pemimpin itu komited dan Istiqamah dengannya.

Bukankah Pas yang sekian lama membawa Politik Islam, sangat komited dan Istiqamah SOAL PEMIMPIN/KHALIFAH  dan Kepimpinan, mestilah dari mereka yang bertakwa.

Dan ini dipelupori dalam Pas Konsep Kepimpinan Ulama’, dan pernah dibuktikan di Kelantan di bawah arwah TGNA.

Maka kita berkata, KEUTAMAAN hari ini bagi Rakyat Malaysia dan Parti Politik adalah menggantikan Pemimpin dan Kepimpinan dari kalangan orang yang beriman dan bertaqwa serta bijaksana yang mampu mengubah Dasar dan Sistem Negara.

Tidak boleh salah satu, kedua2 nya,  yakni Pemimpin dan Dasar/Sistem perlu ditukar sekaligus serentak.

4. Dan Pakatan Rakyat sudah amat hampir mencapainya.  Hanya perlu sokongan undi  tambahan 5% kepada 52% yang telah dicapai.

Mengapa dihentikan momentum ini dan digantikan dengan strategi Pengislahan PM dan Umno?

5. Apapun, itu semua TAFSIRAN Pak Subky ke atas tindakan Presiden.

Bukan PENJELASAN dari lisan lidah Presiden sendiri.

Kita fikir,  jika Pengislahan kepada PM dan UMNO sudah nampak kejayaanya, sekurang kurangnya  tidak berlaku drama Derma 2.6bil dan 1MDB!

6. Kita berpandangan, bukan satu kecerdikan politik JIKA kita berusaha MENG-ISLAHKAN PM dan Umno,  menyebabkan  Puluhan Ribu ahli keluar Parti.

Bukan satu kebijaksanaan politik juga Peng-Islah-an PM dan UMNO ini dilakukan ketika mana majoriti rakyat menolak UmnoBN.

Dan bukan satu kebijaksanaan politik juga Peng-Islahan ini dilakukan ketika mana Umno nyawa-nyawa ikan, seperti telur di hujung tanduk.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: