Posted by: langitbiru3 | February 1, 2014

PRK N25, KAJANG: SIAPA SEBENARNYA RESAH GELISAH MENGHADAPI PRK KAJANG?

Secara logiknya, PKR lah yang resah gelisah! Apatah lagi mereka meletakkan Ketua Umum nya ke dalam resiko politik yang sangat tinggi. Anwar MESTI mendapat undi majoriti yang jauh lebih tinggi berbanding dengan mantan ADUNnya. Jika Anwar menang dengan majoriti yang kecil dan lebih rendah dari sebelumnya, imejnya sebagai PEMIMPIN UTAMA PR akan tercalar. Yang tercalar sama, bukan sahaja PKR, tetapi PAS dan DAP sebagai rakan sekutu utama. BERMAKNA, N25 Kajang, PR umumnya dan PKR khususnya terasa resah gelisah.
 
Secara realitinya, UMNOBN mula senak perut, loya-loya dan resah gelisah. Najib, dari zaman teramat muda, menongkah hierarki Kepimpinan UMNO dengan sangat mudah, sentiasa mengambil pendekatan “playsafe”. Bagaimanapun, beliau sebenarnya mempunyai pemikiran politik yang biasa, bukan luar biasa sangat pun! Kerana laluannya ke puncak kepimpinan UMNO sangat mudah, beliau tidaklah “berguru” atau mendapat tunjuk ajar yang khusus daripada Presiden UMNO atau pemimpin lama UMNO. Adakah Najib anak didik Mahathir? Dari segi pendekatan politik yang diambilnya, tidak mencerminkan beliau bekas anak didik Mahathir!
 
Anwar, di zaman awalnya sangat rapat dengan Fadhil Noor, terutamanya semasa dalam ABIM. Keakraban itu memberi pengajaran dan pelajaran yang sangat bermakna kepada Anwar. Dalam UMNO, Anwar mendapat bimbingan yang cukup baik dari Mentornya, Mahathir. Fadhil Noor, satu-satunya pemimpin utama PAS yang berjaya membaca  pemikiran politik Mahathir. Fadhil Noor berjaya mewujudkan asas yang kuat kepada PAS, menjadi sebuah parti masa depan. 
 
Ramai yang berfikir, Anwar sudah nampak permainan politik Mahathir dalam era Najib. Mahathir “menyerang” Pak Lah dari segenap penjuru, menggunakan kekuatan dan pengalamannya sepenuhnya untuk menekan Pak Lah supaya berundur. Maka, tidak terperanjat, Muhyiddin secara jelas mahukan Pak Lah berundur. BAGAIMANAPUN, Mahathir sangat sedar dan arif, natijah serangannya bertali arus kepada Pak Lah, bukan sahaja Pak Lah “tersungkur”, bahkan UMNO juga turut “tersungkur”!
 
MAKA, berdasarkan pengalamannya itu, Mahathir tidak boleh “menyerang” Najib, sebagaimana beliau menyerang Pak Lah. KERANA, jika Mahathir berbuat sedemikian, akan melengkapkan 2 batu nesan untuk UMNO! Bagaimanapun, KELEMBIKKAN NAJIB dalam menerajui UMNO dan Negara, sangat sangat tidak disenangi oleh MAhathir. Mahathir juga ada agenda untuk Puteranya, Mukhriz. Nak tak nak, demi kelangsungan karier Politk puteranya, Mahathir tidak boleh membedal Najib secara keterlaluan!
 
Selain Mahathir, Daim dan Putera Raja dari Kelantan,  Tengku Razaliegh juga tidak bersetuju dengan langkah-langkah Kerajaan Najib, khususnya dalam bidang Ekonomi. Seperti Mahathir, DAIM juga tidak bertindak secara aggresif, KERANA itu sahaja (Najib), pemimpin yang layak dalam UMNO. Mahathir pernah menyebut sebelum PAU baru-baru ini, kita tiada pilihan lain, Najib sahaja yang ada!!  Jangan lupa juga, tekanan dari. Zainudin Maidin@zamkata 
 
Anwar memahami dan menyedari tekanan yang sangat kuat dari dalaman UMNO ke atas Najib. Najib berada pada posisi paling lemah dalam karier politiknya. Berkuasa, tetapi sokongan parti beransur-ansur longgar. Kerap kali, Najib sentiasa bersendirian dalam beberapa isu besar, pemimpin UMNO tidak mengeluarkan kenyataan intelek untuk menyokong Najib. 
 
Isu semasa, terutama soal kos sara hidup yang membebankan rakyat, kadar inflasi yang sentiasa naik, tidak pernah turun, tapi naik dan naik sejak Disember 2012 serta kemuncaknya soal “Kangkung”, membuatkan UMNOBN tersangat takut, resah gelisah untuk menghadapi PRK. 
 
CARA MUDAH BAGI UMNOBN adalah MEREMEHKAN PRK N25, KAJANG. Kerana UMNOBN berada pada posisi defensif !!!! UMNOBN tiba-tiba bersifat seperti tok lebai yang sangat alim. PRK satu pembaziran! Tiada yang membazirkan duit rakyat dalam PRK ini sebenarnya. Kerana yang bertanding adalah 2 parti politik. JANGAN AMBIL DUIT RAKYAT untuk menghadapi PRK! Itu yang sewajibnya. MEMBAZIR, bilamana UMNOBN ambil dan guna duit rakyat, untuk gula-gulakan pengundi!
 
YANG PALING RESAH GELISAH adalah UMNO. Mudah sahaja UMNO nak melepaskan diri, HANTAR MCA masuk bertanding. 
 
SEJARAH Perak 2008 masih segar. DEMI KUASA, UMNO sanggup lakukan apa saja, Prinsip Macheavelli sudah sebati dengan UMNO. Di Selangor, UMNO sangat bijak mengumpan pemimpin pertengahan PKR yang bertelagah. Mereka ini mendapat “inspirasi” untuk mensabotaj Kerajaan Selangor. Khir Toyo cuma tinggal RM600juta duit Kerajaan Selangor kepada Khalid. TAPI Khalid sudah berjaya mengumpul billion ringgit untuk rakyat Selangor. Selangor negeri terkaya di Malaysia. NAJIB PERLUKAN SELANGOR! Apa cara sekalipun,NAJIB MAHUKAN SELANGOR. 
 
Memahami senario ini, Anwar “Mengorbankan “Pawnnya””, untuk menyerang balas gerakan catur Najib. Seorang rakan memberi komen mudah, “Well planned and calculated move to checkmate Najib”.
 

APA LANGKAH NAJIB SETERUSNYA?  
 
 
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: