Posted by: langitbiru3 | December 15, 2013

DEBAT DENGAN WAN KAMARUL, BLOGGER UMNO, DALAM BLOG THE SCRIBE A KADIR JASIN

Wan Kamarul said…
darilangitbirupenang.. usahlah duk memekak belasah pemimpin umno.. gi tarbiah dap tu dulu supaya mengenal islam ok?
11:46 AM
Blogger drlangitbiru penang said…
Salam Dato’

Sdr Wan Kamarul,

DAP tak perlu ditarbiah, tapi perlu didakwah!

Yang perlu terbiyah ialah orang Islam yang langgar syariat

Orang Islam yang ragu-ragu dengan hukum Hudud yang terkandung dalam Al-Quran, ITU YANG PERLU DITARBIYAH.

Orang Islam yang menyalahgunakuasa politik dan pemerintahan negara untuk kepentingan peribadi, ITU YANG PERLU DITARBIYAH

Orang Islam yang merompak duit rakyat, ITU YANG PERLU DITARBIYAH

Orang Islam yang:
Bila berkata dia dusta
Bila berjanji dia mungkiri
Bila diberi amanah dia khianat
Bila berselisih pendapat dia melampaui batas

ITU YANG PERLU DITARBIYAH

KALAU SDR WAN KAMARUL ragu-ragu hukum Jenayah Islam yang terdapat dalam Al-Quran itu tidal sesuai menggantikan hukum buatan manusia dari British……MAKA SDR WAN KAMARUL JUGA PERLU DITARBIYYAH!!!

Nabi saw berdakwah kepada bukan Islam supaya masuk Islam.

Jadi DAP itu perlu didakwah, bukan ditarbiyah

Kena daham perbezaan dakwah dengan tarbiyyah!!

NAIK JET PERIBADI KE LUAR NEGARA TU BUKAN SATU WASATIYYAH…..ini pun perlu tarbiyyah!
12:15 AM
Wan Kamarul said…
Darilangitbirupenang, usahlah bajet bagus sangat…

1. KALAU SDR WAN KAMARUL ragu-ragu hukum Jenayah Islam yang terdapat dalam Al-Quran itu tidal sesuai menggantikan hukum buatan manusia dari British……MAKA SDR WAN KAMARUL JUGA PERLU DITARBIYYAH!!!–Ramai sangat saya jumpa spesis macam kamu ni seolah-olah kalau kita tak sokong pas kita menentang al-Quran.Mengapa ya? Kalau saudara kata saya ini ragu-ragu dengan hukum al-Quran bawalah beristifar. Silap-silap kita buat fitnah dekat orang. Mengapa senang sangat kita menghukum orang? Adakah kita terlalu suci atau sudah banyak ilmu di dada untuk menghukum orang? Oleh itu, usahlah kebudak-budakan.

2. Usahlah nak cakap dakwah ke tarbiah ke atau kata-kata sewaktu dengannya.. Faham konsep tarbiah dahulu. Tarbiah terbahagi kepada kepada dua iaitu tarbiah tarhib dan tarbiah targhib. Bukannya duk memaki-hamun orang. boleh belajar dengan tok-tok guru pas. Fahami konsep tarbiah dulu. Cara saudara ini bukan cara nak tarbiah atau berdakwah..tp cara syok sendiri duduk maki hamun orang.Adakah ini cara Islam? Silap-silap boleh timbul riak. Riak adalah syirik paling kecil.

3. Ok, saudara kata kita perlu berdakwah kepada dap. Teruskan dakwah saudara. Sekiranya ada pemimpin-pemimpin dap memeluk agama islam sila maklumkan kepada saya. Dalam sejarah umno, sudah ada dua orang pemimpin mca yang memeluk agama islam di zaman tunku Abdul rahman di mana pas mengatakan kerjasama umno-mca adalah haram kerana bekerjasama dengan orang kafir. tp pas jilat ludah sendiri pada akhir 1990-an apabila berkerjasama dengan dap.

4. Ok, teruskan dakwah saudara kpd dap.. kita ternanti-nantikan pemimpin-pemimpin dap memeluk agama islam.

TQ
8:41 AM
Blogger drlangitbiru penang said…
Mungkin emosi Sdr Wan Kamarul sedikit terusik bila saya menyebut “perlu ditarbiyyah”.

Saya tidak menyatakan Sdr Wan Kamarul ragu-ragu dengan hukum al-Quran. Bahasa Melayu saya kurang baik, TAPI saya yakin sangat mudah untuk difahami.

Saya nyatakan, KALAU. Baca di atas; KALAU SDR WAN KAMARUL ragu-ragu hukum Jenayah Islam yang terdapat dalam Al-Quran itu tidal sesuai menggantikan hukum buatan manusia dari British……MAKA SDR WAN KAMARUL JUGA PERLU DITARBIYYAH!!!

Sebelum itu, saya menjelaskan secara ringkas ciri ciri orang Islam yang perlu ditarbiyyah.

KALAU SDR WAN KAMARUL yakin dan percaya, TANPA ragu-ragu Hukum Jenayah Islam yang terdapat dalam Al-Quran itu SANGAT SESUAI menggantikan hukum buatan manusia dari British…..MAKA SDR WAN KAMARUL TIDAK TERMASUK DALAM KATEGORI PERLU DITARBIYYAH (dalam bab hukum Jenayah Islam).

BAGAIMANAPUN, Sdr Wan Kamarul tetap menyokong dan mengundi UMNO yang mana para pemimpinnya TIADA KOMITMEN, jauh sekali ada Istiqamah untuk menegakkan Hukum Jenayah Islam yang terkandung di dalam Al-Quran. Pelbagai alasan dan dolak dalih dilakukan oleh pemimpin UMNO untuk menjustifikasikan tidak menegakkan Hukum Jenayah Islam. BAHKAN terdapat kenyataan yang menghina Hukum Jenayah Islam yang terkandung dalam Al-Quran. MENUNJUKKAN PARA PEMIMPIN UMNO RAGU-RAGU, TIDAK YAKIN dengan Hukum Jenayah Islam. Tidak pernah dalam Perhimpunan Agung UMNO, terdapat usul supaya Hukum Jenayah Islam dijadikan Undang-undang Negara menggantikan Undang-Undang sedia ada yang dibuat dan diwarisi dari Penjajah British.

“Apakah hukum Jahiliah yang mereka kehendaki, dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) Allah bagi orang-orang yang yakin?” (Al-Maidah 50)

Hukum Jahiliyyah adalah apa-apa hukum buatan manusia yang bertentangan dengan Hukum Allah.

Al-Quran mengaitkan Penguasa yang zalim dengan penyebaran kerosakan yang menjadikan sebab kehancuran umat.

“Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu berbuat terhadap kaum Ad? (yaitu) penduduk Iram yang mempunyai bangunan-bangunan yang tinggi,yang belum pernah dibangun (suatu kota) seperti itu, di negeri-negeri lain, dan kaum Tsamud yang memotong batu-batu besar di lembah,dan kaum Firaun yang mempunyai pasak-pasak (tentara yang banyak),yang berbuat sewenang-wenang dalam negeri,lalu mereka berbuat banyak kerusakan dalam negeri itu” (Al-Fajr:6-12)

Al-Quran juga mencela orang-orang yang tunduk kepada Penguasa yang zalim.

Dan itulah (kisah) kaum Ad yang mengingkari tanda-tanda kekuasaan Tuhan mereka, dan mendurhakai rasul-rasul Allah dan mereka menuruti perintah semua penguasa yang sewenang-wenang lagi menentang (kebenaran). (Surah Hud: 59)

“Tetapi mereka mengikut perintah Firaun, padahal perintah Firaun sekali-kali bukanlah (perintah) yang benar. Ia berjalan di muka kaumnya di Hari Kiamat lalu memasukkan mereka ke dalam neraka. Neraka itu seburuk-buruk tempat yang didatangi. (Surah Hud 97-98)

Al-Quran tidak membatasi serangannya terhadap para penguasa yang zalim yang menuhankan dirinya, tetapi serangan Al-Quran juga tertuju kepada orang-orang yang menyokong dan mengikuti perintah penguasa yang zalim, bergabung ke dalam kelompoknya dan tunduk kepada kemahuannya. Al-Quran membebankan tanggungjawab kepada mereka, di samping kepada Penguasa.

UMNO tidak menegakkan Hukum Allah yang terkandung dalam Al-Quran, tetapi menegakkan Hukum Jahiliyyah yang di buat oleh Penjajah British, golongan kafir. Maka pemimpin UMNO tergolong di dalam golongan yang zalim.

“Barang siapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang- orang yang kafir”. (Al-Maidah 44)

“Barang siapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim”. (Al-Maidah 45)

“Barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang fasik”. (Al-Maidah 47)

Sdr Wan Kamarul menyatakan Sdr seorang yang percaya dan yakin dengan hukum Allah dalam Al-Quran. Jika yang sedemikian, mengapa Sdr Wan Kamarul masih menyokong, dan mengundi UMNO yang jelas tidak yakin dan ragu-ragu dengan Hukum Allah?

Saya tidak menghukum, sebaliknya membawa Sdr Wan Kamarul berfikir sejenak berdasarkan keterangan di atas.

“Ramai sangat saya jumpa spesis macam kamu ni seolah-olah kalau kita tak sokong pas kita menentang al-Quran.Mengapa ya?”

“Spesis” adalah perkataan yang digunakan untuk binatang, flora, dan bukan untuk manusia! Sepanjang 5 tahun saya menulis di Blog A Kadir Jasin (terimakasih Dato’), saya tidak pernah memaki hamun para pendebat atau pelayar di sini. Tidak pernah juga saya memanggil mereka sebagai “Spesis” !

Saya SEKALI-KALI tidak pernah menyatakan, “kalau kita tak sokong pas kita menentang al-Quran”.
PAS hanyalah sebuah Gerakan Islam dan Parti Politik Islam. PAS komited dan Istiqamah berjuang untuk menegakkan sebuah Negara Islam. PAS itu hanyalah sekumpulan manusia yang bukan maksum, tidak lari dari melakukan kesalahan dan kesilapan.

Tidak menyokong sekumpulan manusia tiada menjadi kesalahan, tetapi menentang sekumpulan manusia yang membawa kebenaran dan memperjuangkan kebenaran melalui jalan dakwah adalah satu perbuatan zalim dan mungkar!

SDR WAN KAMARUL dilihat sangat arif tentang soal Tarbiyyah dan Dakwah. Alhamdulillah. Dan Sdr Wan Kamarul tetap dengan pendirian “Tarbiyyah kepada kaum Kafir (DAP)” sedangkan saya tetap dengan pendirian “Dakwah kepada kaum Kafir”. Kita berbeza pendapat, tiada masalah. Bukan satu perkara besar. PERBEZAAN ini tidak memberatkan saya satu zarah, tidak pula meringankan saya satu zarah!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: