Posted by: langitbiru3 | December 7, 2013

SELEPAS MUKTAMAR: PAS DI LANDASAN TEPAT, PKR DAN DAP DI PERSIMPANGAN?

Muktamar 2013 baru sahaja melabuhkan tirainya. Pemilihan kali ini disifatkan antara yang paling sengit, menyaksikan majoriti penyandang menang dengan hanya beberapa mukabaru. Yang lebih menarik muktamar kali ini adalah dalam menentukan halatuju parti selepas “tewas” dalam PRU13. 
 
Dalam PRU13, UMNO berjaya memanipulasikan beberapa isu agama, dan “berjaya” menyakinkan orang Melayu di kampong dan pedalaman bahawa PAS sudah hilang halatuju Negara Islam nya, menukarkan kepada Konsep Negara Berkebajikan kerana kononnya mengikut telunjuk PKR dan DAP. Isu “Kalimah Allah” berjaya dimanipulasi sepenuhnya bahawa PAS menggadai prinsip Islam demi sokongan bukan Islam. UMNO sememangnya pandai mencipta propaganda memfitnah PAS dan Kepimpinan PAS.
 
PRU13 sebenarnya, Pakatan Rakyat “overconfidence” atau terlalu yakin akan menang. Bagaimanapun, di saat-saat akhir, Pakatan Rakyat melakukan kesilapan kecil, tetapi impaknya cukup besar. Pertindihan kerusi, walaupun tidak banyak sudah cukup menggoncang keyakinan pengundi terhadap kemantapan Kepimpinan pakatan Rakyat.
 
Sejurus sebelum PRU13, bersidang Muktamar PAS di Kelantan. Mungkin kerana yakin akan menang, Dewan Ulama PAS Pusat, menerusi Ketuanya, Dato’ Harun Taib, mengistiharkan sokongan kepada Presiden PAS, Tuan Guru Hj Hadi sebagai Perdana Menteri jika menang PRU13. Dewan sunyi sepi seketika, tiada laungan takbir menyambut cadangan tersebut. Pengistiharan itu dilihat “bertentangan dengan keputusan bersama” bahawa Dato’ Seri Anwar bakal menjadi Perdana Menteri. DAP menerusi Pengerusinya, Karpal Singh dengan cepat membidas PAS dan bertegas DSAI pilihan DAP sebagai Perdana Menteri.
 
Bagaimanapun, sejurus selepas PRU13, bersidang Muktamar PAS di Stadium Melawati, Selangor baru-baru ini, Dewan bergema dengan laungan takbir, “Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar”, apabila Naib Presiden yang baru dipilih, Husam Musa mengistiharkan PAS bersedia segala kudrat akan memertabatkan Presiden PAS, Tuan Guru Hj Hadi  sebagai Perdana Menteri akan datang. 
 
Apakah terdapat perbezaan antara cadangan Dato’ Harun dengan cadangan Husam? Tidak ada apa-apa perbezaan antara cadangan kedua-dua tokoh PAS tersebut. Yang membezakannya adalah “TIMING” atau masa pengistiharan dibuat. Dato’ Harun Taib mengistiharkannya sejurus sebelum PRU13. Husam sejurus selepas PRU13. 
 
Mengistiharkan sejurus sebelum PRU13 bermakna akan menentukan teraju Kepimpinan Negara (kalau menang). Apakah kesannya? Mengistiharkan di saat saat akhir sedemikian, sedangkan sebelumnya berkali-kali DAP bertegas DSAI bakal menjadi PM dilihat oleh rakyat umumnya dan pengundi khususnya bahawa Pakatan Rakyat tiada kata sepakat siapa bakal Perdana Menteri jika menang PRU13. Kesannya, PAS dilihat tidak ikhlas dengan Ijtihad politiknya sendiri dalam bertahalufsiyasi atau kerjasama politik dengan sekutunya DAP dan PKR. Kesannya, PAS dilihat “tidak menyukai” dan “tidak rela” DSAI jadi Perdana Menteri. Kesannya, pengundi bolehjadi “kecewa” dengan ketidaksefahaman dalam Pakatan Rakyat. Kesannya, mereka yakni pengundi boleh “swing” pada saat akhir undi mereka kepada UMNOBN.
 
Mengistiharkan sejurus selepas PRU13 bermakna akan menentukan halatuju PAS menghadapi PRU14 akan datang. Kali ini , dilihat semua perwakilan PAS sehati sejiwa sebulat suara tekad akan berusaha mengangkat Presiden PAS sebagai Perdana Menteri selepas PRU14. Laungan SATU SUARA “Allahuakbar” bergema di dalam Dewan mendirikan bulu roma sebahagian perwakilan, dan tidak kurang juga menitiskan airmata. Suasana kesepaduan itu memberi isyarat, PAS bersedia bersatupadu menuju satu matlamat, iaitu menjadikan PAS sebagai sebuah parti yang paling dominan dalam Pakatan Rakyat. PAS tidak boleh meminta pengiktirafan rakan sekutu supaya menjadikan PAS sebagai parti dominan, sebaliknya PAS perlu berusaha di atas kaki sendiri menjadikan PAS parti paling dominan. 
 
Sehubungan dengan itu, Muktamar akhirnya menerima “tuntutan” dari Dewan Ulama Pas Pusat, untuk mengkaji semula Tahaluf-Siyasi. Ulama bertegas, kajian perlu untuk menambahbaikan ijtihad tersebut bukan untuk membatalkannya. Antara segmen paling utama dalam tahaluf-siyasi itu adalah pembahagian kerusi pilihanraya. HAKIKAT sebenarnya, PAS dilihat “terlalu mengalah” dengan rakannya, khususnya PKR. PAS bertanding di 73 kerusi Parlimen, manakala PKR bertanding di 99 kerusi Parlimen.  Sesetengah aktivis PAS melihat ini sesuatu yang agak janggal memandangkan PAS lahir pada tahun 1951, berbanding PKR pada tahun 1998. Janggal kerana kerusi yang ditandingi PKR itu sebenarnya kerusi asal PAS sebelum kelahiran PKR. Parti mana paling dominan dalam Pakatan Rakyat bergantung kepada parti mana paling banyak memenangi kerusi di Parlimen. Apakah PAS akan kembali menuntut beberapa kerusi tradisi mereka?
 
Seperkara yang menarik perhatian semua, termasuk UMNO adalah kesungguhan PAS Kelantan untuk melaksanakan Hudud. Ini satu lagi “TIMING” yang sangat tepat. PAS kerap kali difitnah membunyikan “Gendang Hudud” tatkala menjelang Pilihanraya Umum, sebagaimana lagu-lagu raya berkumandang menjelang Aidil Fitri. Kali ini, “Gendang Hudud” dibunyikan sejurus selepas pilihanraya, menunjukkan kepada rakyat PAS benar-benar istiqamah dan bersungguh-sungguh, sekali-kali tidak pernah tergelincir dari perjuangan menegakkan Negara Islam di Malaysia. 
 
Ketiga-tiga perkara di atas, iaitu Pengistiharan Presiden PAS Tuan Guru Hj Hadi bakal Perdana Menteri, penerimaan Muktamar PAS mengkaji semula Tahaluf-Siyasi bersama Pakatan Rakyat, dan “Gendang Hudud” oleh PAS Kelantan, menunjukkan PAS bersedia memperlihatkan “wajah sebenar”nya, atau “isi hati sebenar”nya kepada rakyat umumnya dan kepada rakan dalam Pakatan Rakyat khususnya. JELAS, PAS berada pada landasan yang tepat dan lurus, bukan lagi berliku-liku dalam menuju matlamat perjuangannya. 
 
Ketegasan PAS menyatakan halatujunya secara telus dan terbuka, sedikit sebanyak membuat rakan dalam Pakatan Rakyat, iaitu PKR dan DAP berada “dalam dilemma” atau di persimpangan. 
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: