Posted by: langitbiru3 | October 29, 2013

MAT YO BAWA ISU KALIMAH ALLAH KE PENTAS DUNIA

“Allah is always with me”. Itu perkataan yang tertera di “baju dalam” warna puteh Mat Yo, atau Norshahrul Idlan Talaha, penyerang pasukan bolasepak Kebangsaan Negara, ketika menjaringkan gol tunggal Malaysia melawan Bahrain, Piala Asia.
 
Apa yang membuat Mat Yo menulis perkataan tersebut tidak diketahui, hanya Mat Yo boleh memberi jawapan! Bagaimanapun, sebelum perlawanan yang dilangsungkan TEPAT pada Hari Raya Haji atau Korban, Hari Raya Akbar (Utama) umat Islam itu, Mat Yo menghadapi kecaman dari “Masyarakat Muslim” Malaysia atas insiden di Skypark, Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz, Subang.
 
Insiden yang dimulakan oleh isteri Mat Yo yang  “memaki hamun” pakcik guard dengan kata-kata “DAYUS”. Mat Yo dikritik hebat dilaman sosial FB, Twitter, Instagram, blog-blog dan sebagainya. Apakah kerana “mempertahankan diri”, Mat Yo bertekad untuk memakai “baju dalam puteh” bertulis seperti di atas, yang mana beliau akan tunjuk kepada dunia “Melayu Malaysia” khususnya, bahawasanya dia tidak bersalah! Allah bersamanya!
 
Bagaimanapun, tindakannya mempamerkan “baju dalam putehnya” bersama kalimah Allahitu tidak disenangi oleh wartawan sukan Barat yang mengikuti perlawanan Malaysia-Bahrain tersebut. Wartawan Sukan membuat aduan kepada Persatuan Bolasepak Asia (AFC). AFC mengambil tindakan menghantar dan memohon “explanation letter” dari Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dan Norshahrul Idlan Talaha. Jika disabitkan kesaqlahan, Malaysia dan Norshahrul akan digantung dari menyertai kejohanan bolasepak Asia.
 
SUKAN sudah dikuasai sepenuhnya oleh Barat. Melalui sukan, mereka merancang kejohanan peringkat asia, dunia dan antarabangsa TANPA mengira (atau sudah ambil kira) waktu-waktu khusus untuk Agama Islam.  Negara Islam yang turut mengambil bahagian, sanggup bermain walaupun di bulan Ramadhan, hatta pada HARI RAYA AKBAR (iaitu Raya Haji) bagi Umat Islam. Pada masa yang sama, tidak pernah pula berlaku kejohanan sukan pada hari-hari perayaan Kristian dan Yahudi! 
 
Sekarang, apa jawapan FAM, dan Mat Yo? Dalam sukan, kononnya untuk memupuk semangat muhibbah, tidak dibenarkan membawa masuk ke dalam sukan soal agama, dan perkauman. “Allah” adalah soal agama bagi badan badan sukan dunia yang dikuasai oleh Barat, yang sebahagian besarnya adalah penganut agama Kristian. 
 
Apakah Menteri Sukan Malaysia akan diheret sama dalam kes ini? Apa pula jawapan Khairy, Menteri Sukan merangkap Ketua Pemuda UMNO Malaysia? Menunggu kata dari Khairy!.
 
Perkara “yang dibawa” oleh Mat Yo ini sangat menarik untuk dibahaskan dan dikembangkan terutama soal KETIDAKPRIHATINAN badan sukan dunia yang langsung tidak menghormati hari-hari utama dan peryaan utama Umat Islam.
 

Terimakasih Mat Yo.
 
 
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: