Posted by: langitbiru3 | September 18, 2013

MULTAQA ULAMA PAS: APA YANG TAK KENA?

Multaqa Ulamak sudah berlalu. Resolusi yang diberi keutamaan media masa tempatan adalah kajian semula Tahaluf-Siyasi dengan PKR. Hampir semua media masa membuat kesimpulan Dewan Ulama PAS mahu “bercerai” dengan PKR. Benarkah itu yang dimaksudkan? 
 
Pepatah Melayu menyebut, “ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut ditarik tepung tidak retak”, “Seperti memalu ular dalam benih: ular biar mati, benih jangan rosak”. Itu yang Langitbiru boleh rumuskan dari Resolusi Multaqa Ulama. Bermakna, Multaqa Ulama mengambil pendekatan bijaksana dan berhemah menyelesaikan masalah dengan PKR yang “belum selesai”. Ulama tidak mahu usaha gabungan iaitu Pakatan Rakyat bercerai-berai, tetapi memberi isyarat sangat jelas kepada PKR agar menghormati PAS. Sudah pasti, itu peranan yang perlu dimainkan oleh mana-mana Dewan Harian PAS, iaitu melontar sesuatu isu dan masalah untuk diambil perhatian khusus oleh Pimpinan Pakatan Rakyat. Lontaran isu sebegini, tidak wajar dilakukan oleh Pimpinan Tertinggi PAS, kerana ia boleh mengundang masalah besar dalam Pakatan Rakyat. Bagaimanapun, bagi yang arif tentang perangai politik orang Melayu, lontaran isu sedemikian sebenarnya juga idea Kepimpinan Tertinggi. 
 
Apabila Ketua AMK “menghentam” TGHH tempoh hari, ianya sebenarnya juga idea dari Kepimpinan Tertinggi PKR. Ketua AMK “ditugaskan” melontarkan isu tersebut ke tengah gelanggang Pakatan Rakyat. Itu juga perkara yang perlu dimainkan oleh mana-mana parti politik. Jadi, Dewan Ulama PAS melakukannya dengan baik dan bijaksana, membantah secara “halus” tindakan PKR terutamanya pembahagian kerusi Pilihanraya. PAS “terpaksa” menyerah banyak kerusi “boleh menang” kepada PKR, sedangkan PKR sendiri tiada jentera parti dan jentera pilihanraya yang mantap di kawasan tersebut.
 
Tiada berlaku pertindihan kerusi, yang berlaku PKR “melanggar” kerusi PAS di beberapa tempat. PKR juga tidak mengambil berat prinsip PAS dan prinsip bersama Pakatan Rakyat seperti kes Kota Damansara. BENAR, kerusi KD milik PKR. Bagaimanapun tindakan PKR meletakkan calun Pemimpin Tertinggi Parti Sosialis dikira melannggar ketetapan bersama, iaitu PR menolak Parti Sosialis sebagai Parti Gabungan PR. PAS tidak mempertikaikan pegangan agama atau akidah calun PKR di KD, tetapi PAS pertikaikan “penyertaan” Parti Sosialis Malaysia sebagai calun KD yang bertanding atas tiket PKR. Nampak PKR tidak sensitif dengan bantahan sekutu utama PAS.
 
DUN Sungai Aceh menyaksikan satu lagi pertembungan PKR dan PAS. DUN Sg Aceh sebenarnya milik PAS yang dipinjamkan kepada PKR semasa PRU2008. PAS menuntut kembali kerusi DUN Sg Aceh. Dan pada dasarnya PKR sudah bersetuju. PAS Pulau Pinang mengumumkan nama-nama calun PRU13. Bagaimanapun, PKR selang 2 hari kemudiannya mengumumkan akan bertanding di DUN Sg Aceh. Khabarnya, pengumuman tersebut hanya dilakukan melalui khidmat pesanan ringkas kepada portal berita utama, bukan secara lazimnya dilakukan oleh parti politik. Bagaimanapun, manipulasi portal berita utama seolah-olah menunjukkan PAS yang bersalah dalam isu DUN Sg Aceh.
 
Di Terengganu, kesemua calun-calun PAS sudah mendapat watikah masing-masing, cuma belum diumumkan secara kebiasaan kepada umum. Tiba-tiba PKR Terengganu diketuai Azan Ismail, terlebih dahulu mengumumkan akan bertanding di 4 kerusi DUN Terengganu. Lawan-tetap-lawan kata Azan. Nak lawan siapa? PAS atau UMNO? Azan ismail sendiri bertanding di DUN Bandar. Hakikatnya, PKR tiada satu rantingpun di DUN Bandar, tiada jentera pilihanraya yang mantap. Sangat tidak wajar PKR bertanding di kawasan DUN Bandar. 3 kerusi DUN lagi akhirnya ditandingi oleh PAS  selepas rundingan dibuat antara PAS dan PKR.
 
PKR sekali lagi melanggar kerusi PAS di Labuan. PRU13, PKR sebenarnya sangat yakin akan mampu menang, sebab itu PKR menuntut kerusi Parlimen yang banyak dalam Pakatan Rakyat. PKR parti paling muda antara 3 parti iaitu PAS, DAP dan PKR, tetapi PKR bertanding paling banyak kerusi iaitu 90 kerusi Parlimen, berbanding PAS 73 kerusi parlimen. Tak cukup dengan itu, PKR ‘melanggar” lagi kerusi seperti diatas. Seolah-olah PKR sebenarnya tidak begitu menghormati PAS, seperti “membuli” PAS.
 
Maka, tindakan Resolusi Mutaqa itu tepat pada masanya iaitu memberi mesej kuat kepada PKR, hormatilah sekutu anda, PAS. “Lembah diraih, pantai dititi” rumusan tepat parti PAS melalui Resolusi Multaqa. 
 
Resolusi Multaqa tidak menyatakan PAS keluar Pakatan Rakyat, atau putuskan hubungan dengan PKR, tetapi minta dikaji hubungan dengan PKR. Yang perlu dikaji adalah soal pembahagian kerusi dan hal hal yang berbangkit untuk kebaikan bersama.  Kalau PKR prihatin, sepatutnya mereka sedar tabiat mereka seperti, Ikannya belum dapat, airnya sudah keruh” dalam soal pembahagian kerusi PRU13 baru-baru ini. 
 
Kita baru mencapai pengayuh, orang sudah tiba ke seberang. Tiada apa yang tak kena dengan Resolusi Multaqa Ulama.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: