Posted by: langitbiru3 | September 11, 2013

“KALIMAH ALLAH” DAN KEPERLUAN IJTIHAD ULAMA

 

Langitbiru 100% tidak layak untuk berijtihad soal agama. Ijtihad itu milik Ulama dalam bidangnya. Perlu diambil ingatan, Ijtihad para Ulama amat wajar dipatuhi walaupun tidak selera dengan pendapat kita orang awam. Kerana orang awam hanya beri pendapat berdasarkan logik akal semata-mata, manakala Ulama berijtihad berdasarkan Quran, Hadis dan Jumhur Ulama. Sebab itu, Ijtihad Ulama, kalau salah dapat satu pahala, kalau betul dapat 2 pahala.

Ijtihad pada pandangan Langitbiru, adalah Ulama berfikir sekuat-kuat hati dan akal fikiran, sekuat-kuat tenaga dan kudrat, berlandaskan Quran, Hadis, dan Jumhur Ulama atas satu perkara baru semasa yang berkaitan dengan  agama.

Analogi pembinaan Kereta Mercedes Benz, asalnya kereta tersebut tidak menarik (dilihat pada masa kini) tetapi itu yang terbaik pada zamannya. Dari masa ke semasa, terdapat pandangan baru, inovasi baru dan kajian terbaru yang mampu menampilkan Kereta Mercedes Benz lebih berkualiti dan berdaya saing, lebih kuat dan pantas, dan lebih menarik penampilannya. TAPI perlu diingat, apa yang ada pada hari ini pada Kereta Mercedes Benz adalah pembaharuan yang dibangunkan daripada kereta asalnya. Bermakna, teori kereta asal tersebut bukan dibuang dan diganti dengan yang baru, tetapi teori pembinaannya asalnya dibangunkan lagi, diperkasakan hingga mencapai apa yang ada pada hari ini.

Begitu juga dengan Ijtihad para Ulama. Imam Malik pernah diminta oleh Khalifah untuk membuat satu Kitab sebagai rujukan rasmi Negara Empayar Islam, tetapi Imam Malik menasihati khalifah jangan berbuat sedemikian. Kerana bagi Imam Malik, Para Sahabat Rasulullah saw sudah bertebaran di seluruh Dunia Islam yang mana terdapat Ulama dari bahagian bumi Islam yang lain terdapat perbezaan pendapat mereka sesuai dengan kedatangan Ilmu Agama ditempat dan masa yang berbeza. DAN Imam Malik meraikan perbezaan ijtihad beliau dengan para Ulama yang lain. Bagaimanapun, Ijtihad itu dibangunkan pada asasnya yang sama, tidak dibuang hujah Ulama-Ulama Terulung yang terdahulu tetapi diperkasakan untuk kegunaan kesesuaian pada hari ini. ITU YANG LANGITBIRU FAHAM PENGERTIAN IJTIHAD.

Dengan hal yang sedemikian, tidak layak bagi mereka yang bukan mendalami Ilmu agama secara khusus untuk berijtihad. Orang awam hanya layak memberi pendapat, maka tidak layak juga untuk orang awam menolak Ijtihad para Ulama.

Soal “Kalimah Allah” ini, amat wajar kita orang awam serahkan sepenuhnya kepada para Ulama untuk berijtihad. DAN sebenarnya, “Kalimah Allah” ini juga tidak sepatutnya dibicarakan oleh Mahkamah Sivil Malaysia.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: