Posted by: langitbiru3 | September 11, 2013

BILA KETUA PEMUDA PAS “TERUJA” DENGAN KETUA PEMUDA UMNO

Isu “Kabinet Bayangan Pakatan Rakyat” sudah lama diperkatakan oleh UMNO. Isu ini dipalu lagi dan lagi, semakin hari semakin kuat menjelang PRU13, tetapi Pemimpin Pakatan Rakyat bijak menangani asakan propaganda Barisan Nasional. Isu itu lenyap bersama masa yang berlalu.
 
Bagaimanapun, Pasca PRU13, isu tersebut dibangkitkan lagi, tetapi kali ini oleh pemimpin Pakatan Rakyat sendiri iaitu dari Parti PAS, melalui Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan. Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin segera menyokong bahkan menggesa Pimpinan Pakatan Rakyat segera menamakan “Kabinet Bayangan Pakatan Rakyat”.
 
Anwar segera menempelak Ketua Pemuda UMNO yang menyibuk soal dalaman Pakatan Rakyat. Anwar nasihatkan Khairy perlu fokus kepada tugasnya sebagai Menteri. Bagaimanapun, Anwar tidak pula menempelak Ketua Pemuda PAS yang menuntut diadakan Kabinet Bayangan!
 
Apa yang ada dalam benak fikiran Nasrudin tidaklah diketahui melainkan tuan punya badan. Menjadi satu kemusykilan bagaimana Ketua Pemuda PAS boleh bersehaluan dengan Ketua Pemuda UMNO menuntut Pimpinan Pakatan Rakyat mengistiharkan Kabinet Bayangan. Jika sama-sama sehaluan menyokong satu tuntutan yang sama, apakah matlamatnya juga sama?
 
“Keterujaan” Ketua Pemuda PAS terhadap Ketua Pemuda UMNO dapat dilihat melalui artikelnya dalam MalaysianInsider bertajuk “Kehebatan anak menantu dalam PAS”. Bagi Nasrudin Hassan, Khairy Jamaludin adalah pemimpin pemuda yang hebat dan satu kesilapan bagi Mahathir dan pemimpin UMNO mempertikaikan kewibawaan Khairy. Khairy bagi Nasrudin, bukan faktor utama kejatuhan Pah Lah. Bukti Khairy berwibawa bagi Nasrudin, Khairy akhirnya dilantik sebagai Menteri Penuh oleh Najib.
 
 
“Pengarang artikel kebangkitan pengaruh menantu ini cuba mengaitkan Ustaz Zaharudin Mohamad seperti Khairy Jamaludin dalam Umno yang kononnya menjadi faktor kejatuhan pemerintahan Pak Lah Badawi. Teori konspirasi itu berlaku dan digerak kuat oleh Tun Dr Mahathir untuk menjatuhkan Pak Lah dengan memukul Khairy habis-habisan bagi membantu Najib menaiki takhta pucuk kepimpinan BN.
 
Akhirnya, Pak Lah terpaksa mengalah dan berundur lalu menyerahkan kuasa kepada Najib.Ironinya, apabila Najib berkuasa dan mendapat mandat baru melalui pilihan raya ke-13 sebagai Perdana Menteri Malaysia, Khairy kini dilantik menjadi Menteri Belia dan Sukan”.
 
Tidak salah teruja dengan “rival” sebagai satu penghormatan dan satu cabaran kepada diri sendiri. Lee Chong Wei teruja dengan Lin Dan, dan Lin Dan teruja dengan semangat juang Lee Chong Wei yang umumnya dalam dunia badminton tahu mereka berdua adalah musuh ketat. Tetapi, dalam politik, teruja kepada “rival” adalah salah dari segi ethik dan moral politik kerana boleh mengundang fitnah dan perpecahan dalam parti. 
 
Adapun pemimpin UMNO mendesak Kabinet Bayangan Pakatan Rakyat adalah semata-mata untuk mengetahui siapa Perdana Menteri PR? Mereka mahu lihat, adakah Anwar Ibrahim atau HjHadi Awang sebagai Perdana Menteri. Mereka sangat arif dan faham, PKR dan PAS ada penyokong tegar masing-masing. Dato’ Harun Taib selaku Ketua Dewan Ulama PAS “mengistiharkan” HjHadi sebagai PM jika PR menang. Kenyataan tersebut segera disanggah oleh DAP yang berkeras mahukan Anwar sebagai PM. Manakala PKR sudah tentu mahukan Anwar. Jadi, matlamat UMNO adalah untuk pecahbelahkan Pakatan Rakyat melalui PM Bayangan. Itu juga matlamat Khairy Jamaludin. 
 
Apakah pula matlamat Ketua Pemuda PAS? Jangan maksud mulut berkata, maksud hati lain pula! 
 
Seperkara lagi, apakah Kabinet Bayangan PR mampu mengubah sesuatu dalam pentadbiran Negara? Politik adalah KUASA. Tiada KUASA, segala pandangan akan jadi seperti “Anjing Menyalak Bukit”.  Jika Nasrudin tidak percaya, cubalah beri input dan cadangan kepada Menteri Pendidikan, memandangkan beliau mendakwa dilantik sebagai Menteri Bayangan Pendidikan. Apa pendapat beliau mengenai Cetak Biru Dasar Pendidikan Negara yang sedang dibahaskan sekarang?. Apa pendapat Nasrudin mengenai Cetak Biru Pendidikan Sex di Sekolah Kebangsaan. 
 
Rumusan Langitbiru, saranan Nasrudin Hassan supaya Pakatan Rakyat mewujudkan Kabinet Bayangan adalah tidak relevan dan signifikan. Beliau perlu faham, Malaysia bukannya mengamalkan demokrasi Dasar Dua Parti dalam Negara. DAN beliau perlu ingat, Pakatan Rakyat belum lagi berdaftar sebagai sebuah Gabungan Parti yang berdaftar dengan ROS secara sah. DAN beliau perlu sedar dan ingat, pemimpin UMNO tidak sekali-kali melayan apa jua pandangan dan cadangan dari pemimpin Pakatan Rakyat. Tidak tahulah Langitbiru, kalau Khairy Jamaludin sentiasa dengar cadangan Nasrudin Hassan!
 

Seperkara lagi, sudah sudahlah ketua Pemuda PAS bagi kenyataan melalui Utusan Malaysia! Tolonglah!!!!
 
 
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: