Posted by: langitbiru3 | September 5, 2013

ANWAR: “MARI LAKSANAKAN UG13”.

 

 
Isu Kerajaan Perpaduan (UG) timbul lagi!  Langitbiru dari awal menyokong Kerajaan Campuran/Kerajaan Perpaduan BN dan PR. Yang Langitbiru bantah sekeras-kerasnya adalah Kerajaan Perpaduan antara BN dengan salah satu dari parti gabungan PR. 
 
Anwar dalam perutusan sempena Hari Kemerdekaan negara ke-56 baru-baru ini menyatakan kesediaan untuk bertemu dengan kerajaan bagi menyelesaikan masalah negara. Anwar turut menggesa pertemuan segera diadakan antara PR dan BN.
 
“Titik pertemuan BN dan PR perlu segera dicari bagi menyelamatkan negara di samping menyeru melupakan kesalahan masing-masing sempena hari kemerdekaan negara esok,” kata Anwar dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya.
 
Apabila Anwar menyebut TITIK PERTEMUAN”, ia mengundang kepada pelbagai tafsiran. Dalam politik, titik pertemuan adalah kuasa, iaitu kuasa politik. Apabila 2 kuasa politik bertemu dititik pertemuan, bererti 2 kuasa itu “bergabung” menjadi satu kuasa iaitu titik pertemuan. Dalam konteks kuasa BN dan PR, kuasa titik pertemuan itu bermakna Kerajaan Perpaduan.
 
Ini diperkuatkan lagi dengan kata Anwar, MENYERU MELUPAKAN KESALAHAN MASING-MASING”. Seruan ini bermakna, Anwar menerima dan redha keputusan PRU13, sebagaimana seruan Najib kepada PR sejurus BN mencapai majoriti mudah di Parlimen. Kalau Anwar menerima keputusan PRU13, apa pula yang Najib terima? Bila rundingan 2 hala, kedua-duanya mahu menang, akhirnya menerima situasi menang-menang. Situasi menang-menang itulah perkongsian kuasa sebagai Kerajaan Perpaduan. 
 
Anwar bagaimanapun mengenepikan tafsiran pertemuan itu sebagai Agenda UG. Beliau berkata, antara topik yang boleh dibincangkan bersama ialah membabitkan isu kaum dan agama yang mencetuskan ketegangan akhir-akhir ini; masalah ekonomi negara yang semakin merudum dan masalah jenayah yang semakin membimbangkan rakyat di seluruh negara.
 
“Datuk Seri Najib Razak harus terbuka untuk berbincang kerana banyak dasar dan program yang boleh disepakati bersama. Pendekatan PR untuk mengajak BN berbincang bukan bagi membentuk sebuah kerajaan perpaduan tetapi perbincangan terbuka yang biasa diamalkan kerajaan demokrasi”.
 
Dato’ Arif Sabri @ Sakmangkol AK47 juga menolak rundingan meja bulat PR-BN  sebagai Agenda UG. 
 
“Anwar bukan mengajak berbincang mengenai penubuhan kerajaan perpaduan. Buat apa ajak bergabung dengan parti yang akan kalah akhirnya? Dia mengajak mengadakan rundingan meja bulat antara Umno/BN dan Pakatan Rakyat mencari jalan menyelesaikan masalah nasional seperti rasuah, polarisasi kaum, keadaan keselamatan dalam negara, pengurusan ekonomi dan sepertinya. Tidak timbul pun idea menubuhkan kerajaan perpaduan. Baru ajak berunding meja bulat, pimpinan Umno naik sasau dan sawan babi meracau tak tentu hala”.
 
Nurul Izzah juga menyatakan maksud yang sama, berbincang mengenai hal ehwal negara. 
Bagaimanapun, apakah dalam rundingan itu, pihak Pakatan Rakyat memberi 1001 cadangan dan cara penyelesaiannya, yang mana Barisan Nasional perlu laksanakan? Manakala Barisan Nasional hanya mendengar dan mencatit segala cadangan Pakatan Rakyat? Itu bukan namanya Rundingan Damai, atau Rundingan 2 Hala, atau Rundingan Meja Bulat! Itu maknanya BN ‘consult’ PR untuk menyelesaikan masalah Negara! Rundingan Damai, atau Rundingan Meja Bulat bermakna kedua-dua pihak berkongsi pendapat dan berkongsi kuasa untuk menyelesaikan masalah Negara. Perkara itu hanya tercapai melalui perkongsian kuasa Kerajaan Perpaduan.
 
Langitbiru menyokong sepenuhnya Agenda UG BN-PR, demi kesejahteraan Rakyat dan Negara.
 
“MARI LAKSANAKAN UG13”, INILAH FORMULA TERBAIK MASA KINI.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: