Posted by: langitbiru3 | August 30, 2013

“UMNO JANGAN POLITIKKAN AIR”

The MalaysianInsaf bersetuju sepenuhnya Anak-Anak Muda Pakatan Rakyat Pulau Pinang menubuhkan badan bertindak membantah tindakan MB Kedah mempolitikkan isu air mentah ke Pulau Pinang. Tema atau slogan badan bertindak tersebut, “UMNO Jangan Politikkan Air” adalah sangat tepat.
 
UMNO tak perlu menjuarai Isu Air di seluruh Negara. Selepas Isu Air Selangor, yang dengar khabarnya gaji Pengerusi Syabas berjumlah RM400,000.00 sebulan, belum diselesai sepenuhnya, kini UMNO Kedah mengikuti jejak sekutunya di Selangor cuba mempolitikkan pula air mentah ke Pulau Pinang. 
 
Mukhriz jangan memalukan Mahathir! Sepanjang 22 tahun Mahathir sebagai PM, tidak pula UMNO Kedah menimbulkan Isu Air Mentah Pulau Pinang. Mukhriz sepatutnya menunjukkan kepada rakyat Kedah Agenda Ekonomi yang komprehensif dan bersepadu serta menyakinkan rakyat Kedah. Selain cadangan Mukhriz memajukan Eko-Pelancungan bernilai 1.2 Billion di Langkawi (dengan membatalkan Projek Pendidikan Tan Sri Azizian, Maahad Tahfiz Sains Langkawi), tiada satupun agenda ekonomi yang memberangsangkan dilakukan oleh Mukhriz untuk rakyat Kedah. Atau Mukhriz sudah kekeringan idea untuk menjana ekonomi Kedah hingga menuntut pampasan air dari Pulau Pinang? Mukhriz, jangan memalukan Mahathir!
 
Seperkara lagi, air mentah itu adalah air sungai semulajadi oleh Allah swt untuk semua makhlukNya termasuk manusia, yang dari hulunya bermula di Kedah, di hilirnya Pulau Pinang dan bermuara di Pulau Pinang. Bukannya air mentah itu disalur dengan paip-paip air besar dari Kedah ke Pulau Pinang sebagaimana paip-paip air besar ke bandar-bandar besar di Arab Saudi, khususnya Mekah dan Madinah. Pasca PRU 2008, UMNO masih gagal menunjukkan mereka matang berpolitik bila cengkeman kuasa kian longgar dan lemah! 
 
Jangan lupa pula Isu Air Kelantan yang senantiasa dijadikan bahan Kempen Utama UMNO Kelantan dalam setiap PRU atau PRK. AIR adalah KEPERLUAN ASAS YANG PALING ASAS. Ianya menjadi tanggungjawab utama Kerajaan Persekutuan samada menyediakan kemudahan air bersih atau menyediakan dana untuk pembangunan air bersih di Kelantan. Rakyat Kelantan 95% adalah Melayu-Islam, maka tiada alasan kukuh dan konkrit untuk UMNO Kelantan mempolitikkan isu air bersih di Kelantan. Najib dituntut menunjukkan kematangan politik yang baik setanding dengan bapanya Allahyarham Tun Abdul Razak. Air hak rakyat, keperluan asas paling asas rakyat, menjadi tanggungjawab asas Kerajaan Persekutuan. Air didahulukan, rakyat wajib didahulu dan diutamakan oleh Najib sesuai dengan janji slogan 1Malaysianya. Najib jangan memalukan Tun Razak!
 
UMNO, JANGAN POLITIKKAN AIR SELANGOR!
UMNO,JANGAN POLITIKKAN AIR KELANTAN!
UMNO, JANGAN POLITIKKAN AIR PULAU PINANG!
 
Mukhriz, jangan memalukan Mahathir!
Najib, jangan memalukan Tun Razak!
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: