Posted by: langitbiru3 | August 27, 2013

SIAPA ANTI-ULAMA’ ?

 

Pengertian ulama’. Kata dasarnya dalam Bahasa Arab adalah ‘Alim. Jamak dari perkataan ‘Alim itu adalah Ulama’. Kemudian perkataan ‘Alamah iaitu orang yang benar-benar mengerti atau mengetahui dengan mendalam hakikat sesuatu. Maka dari sudut bahasa, Ulama adalah orang yang benar-benar berilmu.
 
Ilmu ertinya pengetahuan. Dengan ilmu, baru boleh mengetahui dan memahami sesuatu dalam perkara masing-masing. Hidup perlu kepada ilmu sebagai panduan. Ilmu Agama Islam itu adalah satu panduan hidup yang lengkap dan sempurna yang berasaskan Quran dan Sunnah. 
 
وَمِنَ النَّاسِ وَالدَّوَابِّ وَالْأَنْعَامِ مُخْتَلِفٌ أَلْوَانُهُ كَذَلِكَ إِنَّمَا يَخْشَى اللَّهَ مِنْ عِبَادِهِ الْعُلَمَاء إِنَّ اللَّهَ عَزِيزٌ غَفُورٌ (35:28)
 
Dan demikian (pula) di antara manusia, binatang-binatang melata dan binatang-binatang ternak ada yang bermacam-macam warnanya (dan jenisnya). Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah ULAMA. Sesungguhnya Allah Maha perkasa lagi Maha Pengampun. (Al-Fathir, 28) 
 
 
Orang yang takut kepada Allah ialah orang-orang yang berilmu. Berdasarkan kepada ayat Fatir: 28. di pangkal ayat Allah mengguna perkataan “Innama”. Menurut ahli nahu bahawa huruf “innama” itu ialah adaatu hasr yang ertinya “alat untuk membatas”. Sebab itu ertinya yang tepat dan jitu ialah “ hanya orang-orang yang berilmu jua yang akan merasa takut kepada Allah. Kerana kalau tidak ada ilmu tidaklah orang akan takut kepada Allah. Kerana timbulnya satu ilmu setelah diselidiki. Maka jelaslah bahawa pangkal ayat tadi Allah telah berfirman “tidakkah engkau lihat” maka kalau tidak dilihat tidaklah akan tahu. Kalau sudah dilihat dan diketahui dengan sendirinya akan mengertilah bagaimana kebesaran Allah , kekuatanya dan keagunganya, merasa dirinya kerdil di hadapan kekuasaan Allah, dengan ini akan menimbulkan takut . Kalau takut telah timbul nescaya timbullah ketundukan , lalu segala perintahnya dilaksanakan dan larangannya dihentikan.” (Prof. Dr. H. Abdul Karim Amrullah (Hamka), 1984: 300-301. )(idrisahmad.wordpress)
 
Menurut Ibn Kathir, tidak lain orang yang merasa takut kepada Allah itu hanyalah ulama’yang telah mencapai matlamat ma’rifat, iaitu mengenali Tuhan menilik hasil kekuasaanNya dan kebesaranNya. Maha Besar, Maha Kuasa, yang Maha Berilmu yang mempunyai sifat kesempurnaan dan yang mempunyai Asma’ al-Husna. Apabila makrifat bertambah sempurna dan ilmu terhadapnya bertambah matang, ketakutan kepadanya bertambah besar dan bertambah banyak.(idrisahmad.wordpress)
 
Begitu juga al-Qurtubi menyebut bahawa ulama’ ialah seorang yang takut kekuasaan Allahdan yakin Allah berkuasa membalas atas maksiat yang di lakukan. Daripada Ibn. Abbas berkata ulama’ ialah yang mengetahui tentang Tuhannya yang Rahman dan tidak syirik kepada Allah, dan menghalalkan apa yang dihalalkan Allah dan menghalalkan apa yang dihalalkan Allah dan memelihara peringatan Allah dan mengetahui bahawa semua yang dilakukan di bawah pengetahuannya. (Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad al-Ansari al-Qurtubi, juz 7:343-344.) (idrisahmad.wordpress)
 
Al-Imam al-Maraghi ketika menafsirkan ayat dalam surah al-Fatir, Ulama’ ialah orang yang takut azab Allah dengan banyak melakukan kepadanya. Dengan ilmu yang mereka pelajari datanglah keyakinan, jika dibuat maksiat akan dibalas dengan siksa, demikian kalau dibuat baik maka mereka akan dibalas dengan syurga.
 
Menurut Dato’ Dr. Harun Din, perkataan ulama’ merujuk kepada yang mendalami pengetahuan agama. Yang mendalami Agama Islam diistilahkan dengan al-ulama’. Ada alif dan lam. Ini bererti bahawa ulama’ adalah istilah khusus yang dimaklumi bahawa hanya diguna pakai untuk yang mengetahui dan mendalami tentang agama Islam sahaja. 
 
 
KELEBIHAN DAN KETINGGIAN DARJAT PARA ULAMA’
 
Terdapat banyak hadis-hadis sahih termasuk ayat-ayat Al-Quran yang menyebut ketinggian darjat para ulama’. Sudah tentu, hadis yang tak asing lagi ialah hadis ini yang selalu disebut oleh guru-guru agama; 
 
“Para alim-ulama itu adalah pewaris para nabi (yakni yang meneruskan untuk menghidup-hidupkan ilmu agama serta melaksanakan syariatNya).” 
 
Sesuai dengan darjat ulama’ sebagai pewaris Nabi, maka ganjarannya adalah syurga.
 
“Tidakkah engkau semua suka aku tunjukkan , siapakah semulia-mulianya ahli syurga itu? Mereka berkata: tentu saja , ya Rasulullah”. Beliau bersabda, mereka itu ialah alim ulama dari umatku”
 
Ternyata, Rasulullah saw amat kasih dan sayang kepada para pewarisnya, ulama’
 
“Sesungguhnya keutamaan seseorang alim melebihi seseorang yang beribadat, adalah seperti keutamaanku melebihi orang yang terendah dari umatku”
 
Hatta, memandang kepada orang alim ulama’ itu sudah mendapat ganjaran yang tersangat besar. 
 
“Sekali pandang kepada orang alim itu lebih aku sukai daripada ibadat selama setahun, berpuasa (pada siang hari setahun itu) dan mendirikan (sembahyang pada malam hari setahun tersebut).”
 
 
Ibn. Abbas menyatakan darjat ketinggian para ulama’` di atas orang Mukmin biasa adalah sekira-kira 700 tahun perjalanan dan jauh di antara satu darjat dengan darjat yang lain adalah 500 tahun. (Azzawajir 1/89). 
 
Perhatikan kata-kata Ibn Abbas  yang menyebut ketinggian ulama’ di atas orang Mukmin (bukan orang Muslim), menunjukkan betapa tingginya darjat para ‘alim ulama’.
 
Dengan demikian itu, Luqman Hakim pernah menasihati anaknya;
 
 
“Wahai anakkku duduklah dengan ulama’ dan rapatkan kedua lutut kamu sesungguhnya Allah menghidupkan hati dengan ilmu seperti menghidupkan bumi dengan turunnya hujan”

 
“Jangan kamu duduk bertengkar dengan ulama’ maka kelak kamu akan hina dan jangan kamu bertengkar dengan orang yang bodoh maka mereka akan memaki kamu sebaliknya kamu sabar bagi orang yang yang lebih tinggi ilmu daripada kamu dan orang yang lebih rendah ilmu daripada kamu. Maka hendaklah kamu bersama dengan ulama’ dan sabar bagi mereka dan mengambil daripada mereka ilmu” (Muhammad Ibn. Abdul Bar bin Asim al-Namari, 1994:43.)
 
Kita belum tentu dinaikkan darjat oleh Allah swt dari seorang Muslim kepada seorang Mukmin. Jika kita sudah mencapai hakikat kedudukan seorang mukmin, jarak kita dengan Ulama’ masih jauh, 700 tahun perjalanan. Hatta, jika kita mencapai status ahli ibadat, keutamaan ulama’ itu seperti keutamaan Rasulullah saw melebihi orang yang terendah dari umatnya. Dan jangan kita lupa, Rasulullah menyebut ‘alim ulama’ dari umatnya adalah semulia mulia ahli syurga. 
 
Jika demikian, bolehkah kita menyebut seseorang mukmin itu ANTI-ULAMA’ ?
 
Jika demikian, bolehkah juga seseorang mukmin itu mengaku, AKU ULAMA’ ?
 
 
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: