Posted by: langitbiru3 | August 19, 2013

KERAJAAN PERPADUAN (UG) BN-PKR: PKR PERLU KELUAR DARI PAKATAN RAKYAT.

 PAS dan DAP memberi penghormatan yang cukup tinggi kepada DSAI selaku “Ketua” Pakatan Rakyat, dengan memberi laluan kepada DSAI menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen untuk 2 penggal berturut-turut. Bagaimanapun, rundingan rahsia antara DSAI atau wakilnya, dengan DSNR atau wakilnya, ke arah perjanjian  damai politik dan pembentukan Kerajaan Perpaduan (UG) PKR-BN, adalah satu pengkhianatan  kepada Semangat Setiakawan, Perjanjian Persefahaman dan Kerjasama Politik antara parti PKR dan PAS/DAP.

 
DSAI sendiri memberitahu portal berita Asia Sentinel mengiyakan “pembangkang” berbincang SECARA RAHSIA dengan Perdana Menteri Mohd Najib untuk membentuk Kerajaan Perpaduan. Siapa “pembangkang” yang dimaksudkan Anwar? Adakah “pembangkang” ini bermaksud PAS,DAP,dan PKR? Atau hanya PKR? Ternyata, “pembangkang” yang dimaksudkan Anwar adalah PKR tanpa PAS dan DAP. Sebab, PAS dan DAP langsung tidak tahu menahu rundingan RAHSIA antara Setiausaha Agung PKR, Sdr Saifudin Nasution dan wakil Najib, Zahid Hamidi. PAS tidak pernah memberi “WATIKAH KUASA” kepada Anwar berunding dgn UMNOBN bagi pihak PAS. Rundingan tanpa pengetahuan PAS/DAP itulah dinamakan RUNDINGAN RAHSIA.  
 
Inilah kali ke 2, Anwar membocor RAHSIA pertemuan dan rundingan antara beliau, atau orang perantaraan beliau dengan Najib atau orang perantaraan Najib. 
 
PERTEMUAN RAHSIA SEBELUM PRU13.
Kali pertama, adalah bulan April 2013, sebelum PRU13, di mana pertemuan rundingan berlaku melalui orang tengah, bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla, kononnya kedua-dua belah pihak bersetuju menerima segala keputusan PRU13. Pada awalnya, pendedahan tersebut mendapat reaksi negatif bagi aktivis parti khususnya PAS. Aktivis PAS melihat tiada keperluan mendesak untuk Anwar berunding dengan Najib tatkala Jentera Pilihanraya Parti bekerja bertungkus lumus untuk kemenangan. Kemudiannya, pada Majlis Angkat Sumpah dan Sidang Pertama Parlimen, Anwar dan Najib duduk bersama dalam keadaan cukup mesra. Sudah pasti, blogger PKR memuji Ketua Umumnya bersikap profesional dan matang. 
 
Amat mengejutkan bila majalah The Edge Review mendedahkan ,mereka sudah menyiarkan berita mengenai kemungkinan perjanjian damai antara Najib dan Anwar pada April 2013, tetapi ia tidak diendahkan oleh media arus perdana negara ini.
 
Berdasarkan lapuran The Edge Review, rundingan rahsia dengan Jusuf Kalla sebagai orang tengah adalah kemungkinan perjanjian damai rahsia antara Anwar dan Najib. Bagaimana dalam keadaan Pakatan Rakyat sedang bersiap sedia menghadapi UMNOBN untuk PRU13, tetapi pada masa yang sama wujud rundingan damai antara Anwar-Najib? Ini adalah satu pengkhianatan besar Anwar kepada kepercayaan besar yang diberi kepadanya oleh Pakatan Rakyat, khususnya PAS dan DAP.
 
PERTEMUAN RAHSIA SELEPAS PRU13
Selepas PRU13, Anwar sekali lagi mendedahkan pertemuan dan rundingan rahsia antara PKR dan UMNO untuk membentuk Kerajaan Perpaduan(UG). Orang tengah kepada rundingan rahsia itu juga orang yang sama, Jusuf Kalla. Selepas kemungkinan perjanjian damai sebelum PRU13, rundingan rahsia masih berterusan antara Anwar atau wakilnya, dengan Najib atau wakilnya kali ini kearah UG. Sekali lagi ini adalah satu pengkhianatan besar untuk kali ke 2nya oleh Anwar kepada PAS dan DAP. 
 
Majalah The Edge Review menyebut, “Ahli politik Umno dan pegawai khas Anwar berkata, perbincangan itu yang diuruskan bekas naib presiden Indonesia, Jusuf Kalla mendapat momentum baru beberapa bulan kebelakangan ini, dengan kedua-dua pemimpin politik Malaysia itu masing-masing melantik wakil untuk menyenaraikan butiran terperinci yang mungkin boleh membentuk proses perdamaian,” katanya.
 
The Edge Review melaporkan ahli politik berkata, wakil Najib iaitu Zahid yang juga Menteri Dalam Negeri sudah beberapa kali mengadakan perbincangan tertutup dengan Saifuddin.
“Mesyuarat terakhir antara kedua-dua wakil itu ialah pada pertengahan Julai, selepas Jusuf Kalla mengadakan perbincangan berasingan dengan Najib dan Anwar, kata sumber terdekat dengan perbincangan itu.
 
Asia Sentinel memetik Anwar sebagai berkata, beliau memberitahu Najib bahawa kerajaan perlu menghentikan serangan perkauman oleh kumpulan yang dikawal Umno terhadap masyarakat Cina dan India sebelum sebarang perkembangan mengenai kerajaan perpaduan dapat dilakukan.
 
“Saya kata isu asas perlu diselesaikan, akhiri perkara perkauman. Perlu ada komitmen yang jelas untuk reformasi dan perubahan,” Anwar berkata kepada Asia Sentinel, dan menambah beliau belum menerima maklum balas daripada Najib. 
 
Adakah itu alasan Anwar kepada Najib, atau alasan “menyelamatkan diri” Anwar mendedahkan rahsia kepada aktivis Pakatan Rakyat, sebelum perkara tersebut terbocor kepada aktivis parti.
 
Anwar dan PKR sebenarnya bersalah dari segi ETIKA bilamana telah menyatakan komitmen bersungguh-sungguh menjayakan perjanjian persefahaman dan kerjasama politik dengan PAS dan DAP secara terang-terangan TETAPI pada masa yang sama mengadakan rundingan rahsia dengan musuh politik di “lorong gelap”. 
 
Anwar dan PKR juga salah dari segi MORAL BERPOLITIK bila langsung tidak mengambil kira bukan sahaja pandangan pemimpin parti komponen PR bahkan juga perasaan mereka kerana perjanjian damai rahsia dengan musuh politik PAS dan DAP.
 
SANGAT SUKAR untuk menerima hakikat betapa Anwar begitu bersemangat mengheret rakyat turun ke jalanraya dalam siri Black505, tetapi pada masa yang sama menghantar perantaranya, Setiausaha Agung PKR, Saifudin, berunding mengenai UG dengan wakil UMNO Zahid Hamidi. Ini satu sikap hipokrit yang langsung tidak boleh diterima akal.
 
Mungkin Anwar mendedahkan rahsia besar ini hanya setelah rundingan rahsia tersebut gagal dan tuntutannya tidak diterima oleh Najib. Tidak penting samada Anwar dan PKR menerima atau menolak rundingan damai dan cadangan UG, yang penting Anwar dan orang perantaraannya TELAH MENGADAKAN RUNDINGAN RAHSIA ke arah tersebut tanpa pengetahuan PAS dan DAP. Ini telah mencabul perjanjian persefahaman dalam Pakatan Rakyat. 
 
Anwar mendakwa Najib membuat tawaran, Najib menafikannya. Antara Anwar dan Najib, salah seorangnya sudah pasti berbohong! Atau kedua-duanya pembohong. 
 
Perkara ini perlu menjadi pengajaran besar buat Pendukung UG PAS bahawa UMNO tidak ikhlas dan tidak boleh dipercayai. Mereka perlu menerima hakikat, gabungan kerajaan UG (PAS-UMNO) adalah berpaksikan hawa nafsu pemimpin UMNO untuk kepentingan kuasa politik masing-masing.
 
Perkara ini juga perlu menjadi pengajaran besar kepada Penentang UG (PAS-UMNO), bahawa Anwar bukan seorang pemimpin yang boleh dipercayai sepenuhnya. Anwar selalu panjang akal dan fasih berbahasa berdalih  menutup kecurangannya terhadap rakan sekutu dalam Pakatan Rakyat.   
 

Anwar dan PKR telah merosakkan kepercayaan dan keyakinan ahli PAS untuk menerajui Pakatan Rakyat. Sewajarnya Anwar dan PKR perlu keluar dari Pakatan Rakyat kerana tindakan beliau berusaha ke arah UG (UMNO-PKR) tanpa terlebih dahulu berbincang diperingkat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat adalah satu pengkhianatan kepada perjanjian persefahaman PKR dalam Pakatan Rakyat.
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: