Posted by: langitbiru3 | August 14, 2013

ANWAR KEMBALI KEPADA UMNO? PAS PERLU BERSEDIA.

Menekuni topik Demokrasi, semakin Langitbiru percaya Gerakan Islam atau Parti Islamakan “disembelih” di Padang Demokrasi. Demokrasi adalah salah satu produk utama Sekular. Manakala teras utama Sekular adalah “Matlamat Menghalalkan Cara” yang diasaskan oleh Macheavelli. Bila produk sekular, bagaimana mungkin kita menyatakan“Demokrasi Sejalan, Seiring, Selari, Selaras Dengan Islam? Permainan Padang Demokrasi, dengan peraturan yang ditetapkan oleh Pengadil Sekular itu penuh dengan perangkap, duri-duri tajam memenuhi setiap ruang, sedia “menyembelih”  Gerakan Islam atau Parti Islam yang terjun bermain di dalamnya. Sedangkan kita sediamaklum, pemain pihak lawan juga adalah Penganut Sekular yang bermain dan berlawan di Padang Sekular Demokrasi itu tersangat zalim dan tiada belas kasihan, penuh muslihat dan tipudaya. 
 
Sebaik sahaja Ramadhan berlalu dengan terbitnya Syawal, TEPAT 100 hari selepas PRU13, kita semua dikejutkan dengan pelbagai berita politik yang agak pelik dan mencurigakan. 1.Anwar bongkar Najib tawar kepadanya Kerajaan Perpaduan. 2. Nurul Izzah bersetuju melancarkan buku Pak lah “Awakening: the Abdullah Badawi Years in Malaysia”, di Singapura dan Pak Lah bersetuju sebagai melambangkan demokrasi tulen. 3. Manakala buku Pah Lah pula dikhabarkan banyak mengkritik Kepimpinan Mahathir. Sudah pasti, mukaddimah dalam portal berita internet yang terkenal untuk buku tersebut adalah, “Negara akan bengkrap jika ikut kata Mahathir” kata Pak Lah.
 
Adakah semua ini berlaku secara kebetulan? Atau sudah dirancang dengan teliti sebegitu lama? Pemain sekular “tidak pernah terfikir untuk mati”, terus menerus bermain dengan cara yang kotor bertentangan dengan Islam. Diam-diam ubi berisi, Pak Lah “tak semena-mena” muncul kembali di pentas politik tanah air. Untuk apa? Untuk membantu menantunya Khairy Jamaludin? Dan Mahathir mahu membantu anaknya Mukhriz? Dan Anwar mahu membantu anaknya Nurul Izzah? Apakah permainan kali ini adalah untuk masa depan anak-menantu masing-masing, pada masa yang sama “menguburkan” legasi musuh dalaman masing-masing? 
 
Adakah Najib memerlukan Anwar untuk menahan asakan dalaman yang hebat dari Mahathir?Kita sediamaklum, Mahathir tidak memberi ruang untuk Pak Lah bernafas mentadbir Negara, mengkritik Pak Lah habis-habisan sehingga maruah Pak Lah jatuh merudum macam Nangka Busuk jatuh kebumi. Serangan Mahathir ke atas Pak Lah adalah secara terang-terangan. Manakala serangan Mahathir ke atas Najib tidak kurang hebatnya,  bukan secara terang-terangan tetapi melalui saluran dalaman yang “tertutup”. Apakah mungkin Najib menggunakan Pak Lah membawa balik Anwar?
 
Hubungan Pak Lah- Anwar sentiasa baik dan intim. Kita semua sediamaklum, campurtangan Pak Lah telah membebaskan Anwar dari 10 tahun dipenjara. Jangan kita lupa juga peranan Khairy menjadi posmen penghantar dokumen dan passport Anwar keluar negara sebaik dibebaskan dari penjara. Anwar juga menziarahi Pak Lah pada hari raya 2009, dan beberapa pertemuan “sulit” Anwar- Pak Lah berlaku sepanjang Pak Lah menjadi Perdana Menteri. Jangan kita lupa juga Pasca 2008, Pak Lah juga berjumpa dengan Hj Hadi, Presiden PAS bagi tujuan pembentukan kerajaan khususnya di Perak dan Selangor. Pak Lah sentiasa ada 2 pilihan, mengajak PAS bergabung, atau mengajak Anwar bergabung.
 
MAKA kita tertanya-tanya, mengapa Najib mengajak Anwar bergabung? Ikhlas untuk kepentingan Rakyat dan Negara, atau ada agenda lain untuk kelangsungan politik beliau yang dilihat sudah gagal? Ini akan mengembalikan memori Semangat 46 pulang ke pangkuan UMNO selepas 10 tahun “berkahwin” dengan PAS dalam gagasan Angkatan Perpaduan Ummah (APU). PAS  dijadikan Ku Li  ibarat “habis madu hampas dibuang”. Bagaimanapun modus operandi Mahathir membawa pulang  musuh tradisinya Ku Li dari Semangat 46 ke pangkuan UMNO, sebenarnya telah “membunuh” karier politik Ku Li, dan Parti UMNO menjadi kuat kembali dengan kembalinya ratusan ribu bekas ahli UMNO dari Parti Semangat 46. Apakah Najib sebenarnya mahu menggunakan modus operandi yang sama ke atas Anwar dan PKR?
 
Mahathir membawa masuk Anwar melalui Prof Ismail Faruqi yang kenal rapat dengan Anwar. Salah satu tujuan dibawa masuk Anwar adalah untuk mengekang kebangkitan pemuda Islam, khususnya ABIM dan PAS. Tokoh-tokoh besar ABIM seperti Hj Hadi, Fadhil Noor dan Ustaz Nakhaie menyertai PAS sedangkan mereka bersama-sama Anwar dalam ABIM. Kemasukan Anwar ke dalam UMNO, telah memberi impak yang besar kepada Mahathir, kerana melalui Anwar, UMNO berjaya membendung pengaruh PAS. Kali ini, PAS dilihat semakin kuat pengaruhnya, menjadi ancaman utama UMNO khususnya sokongan Melayu luar bandar. Manakala PKR menguasai undi Melayu di bandar-bandar besar. Falsafah dan ideologi UMNO jauh berbeza dengan PAS, manakala tiada bezanya dengan PKR, serpihan UMNO. Sudah tentu, bergabung dengan PKR lebih selesa dan disenangi oleh UMNO berbanding dengan PAS. Sekali lagi, kemasukan Anwar ke dalam UMNO akan mengulangi sejarah 1983, untuk menyekat kemaraan PAS. Apakah Anwar sanggup mengkhanati PAS?????
 
Kalau benar Anwar kembali ke pangkuan UMNO, kali ini orangnya yang bertanggung jawab sudah tentu Pak Lah. Masa Pak Lah sudah berlalu, begitu juga dengan Anwar, mungkin juga hampir berlalu pergi kerana faktor usia. Jika Anwar kembali, Najib kembali kuat terutama menangkis campurtangan Mahathir. Anwar, sudah apsti akan membalas budi Pak Lah dengan memberi ruang yang luas dan besar kepada Khairy, pada masa yang sama untuk kenaikan Puteri Reformasinya, Nurul Izzah. Gabungan Nurul Izzah dan Khairy dilihat sangat kuat yang boleh menafikan kenaikan Mukhriz ke persada takhta kuasa. 
 

Apapun, semua ini adalah kemungkinan. DAN dalam permainan orang politik yang mengambil sekular sebagai rujukan mereka, semua itu tidak mustahil berlaku. Akan tetapi PAS perlu bersedia dengan segala kemungkinan. PAS perlu dengan segera “mengikat tali pertunangan” dengan DAP sebaik mungkin. Pada masa yang sama, PAS perlu tingkatkan kesepaduan ahlinya dan meningkatkan jatidiri keimanan dan ketaqwaan ahlinya bagi mengharungi Padang Demokrasi yang penuh kesusahan dan kegelapan. HANYA Keimanan dan Ketaqwaan sahaja menjadi senjata paling ampuh PAS dalam mengharui Padang Demokrasi yang penuh onak dan duri.
 
 
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: