Posted by: langitbiru3 | August 4, 2013

PENCERAHAN ISU OLEH NASRUDIN HASSAN: TERIMAKASIH.

Banyak isu yang dimainkan oleh para blogger, bukan dari blogger pihak lawan tetapi dari blogger ahli PAS sendiri. Saya tidak ambil berat isu-isu yang diperbincangkan sehinggalah munculnya artikel di portal MalaysianInsider oleh penulis Amin Iskandar dan Mohamad Abdullah. Saudara Nasrudin Hassan dan Sdr Zaharudin, menantu Presiden Parti menjawab tulisan tersebut sebagai fitnah.

1. Saya telah membuat komen atau kritikan terhadap artikel yang ditulis oleh Sdr Nasrudin Hassan bertajuk, “Kehebatan anak dan menantu dalam PAS” – Nasrudin Hassan.

 
Tambahan pula Islam tidak memandang salah pertalian anak dan menantu yang turut berintima’ dalam Gerakan Islam lantas bergandingan dengan seluruh anggota jamaah yang lain untuk memperjuangkan Islam.
Saidina Ali Karramallahu Wajhah antara contoh menantu Nabi saw yang sangat hebat dalam sejarah Islam, berjuang dan mengisi saff kepimpinan ummah di belakang Nabi saw. Sebagaimana Saidina Abu Bakar As Siddiq Rha sebagai bapa mentua Nabi saw yang juga hebat berjuang dan mempertahankan Nabi saw.
[Malah kesemua sahabat Khulafa’ Ar Rasyidin mempunyai hubungan mentua dan menantu dengan Nabi saw dan menduduki posisi kepimpinan utama sejak zaman hidupnya Nabi saw]
Perkara yang menjadi kesalahan ialah apabila berlaku penyelewengan serta penyalahgunaan kuasa dan ini perlu dibuktikan apabila  berlaku dakwaan. Bukan sahaja anak dan menantu, malah mereka yang tidak berbau bacang pun, jika melakukan penyelewengan atau penyalahgunaan kuasa mestilah dibuktikan apabila terdapat dakwaan dan jika sabit kes maka tindakan sewajarnya mesti diambil.
 
Saya telah membuat 2 komen dalam blog saya menunjukkan saya benar-benar tidak setuju dengan tulisan Nasrudin Hassan yang mengambil contoh hubungan Saidina Ali-Rasulullah saw untuk menyetujui dan diaplikasikan dalam organisasi Politik PAS, lebih khusus hubungan Zaharudin-TGHH, di mana Zaharudin telah dilantik sebagai Ahli Majlis Syura Ulama Pusat dan TGHH sebagai Presiden Parti.
 

PAS: “Kebangkitan pengaruh menantu” VS “Kehebatan anak menantu”.

Langitbiru berasa sangat terkejut, betul betul sangat terkejut bila Nasrudin Hassan mempertahankan hubungan mertua menantu Hadi-Zaharudin dengan membuat analogi hubungan Rasulullah saw dengan Saidina Ali Karramallahu Wajhah, dan hubungan Rasulullah saw dengan Saidina Abu Bakar. Langitbiru kata, analogi ini amat-amat jauh tersasar! Seolah-olah apa yang berlaku ke atas Zaharudin itu mengikut Sunnah Rasulullah saw. Jika demikian, mengapa PAS tumpang sekaki Mahathir-rakan-rakannya membantai Pak Lah-Khairy suatu masa dulu?
 
Bagaimanapun, membaca artikel Nasrudin Hassan, Ketua Pemuda PAS Pusat, yang mengambil analogi menggambarkan kehebatan anak-menantu dalam PAS, Zahirudin-HjHadi dibandingkan dengan Saidina Ali- Rasulullah saw, sejahil-jahil Langitbiru, itu sesuatu yang langsung Langitbiru tak boleh terima, hatta sebesar zarah sekalipun Langitbiru tak boleh terima. Tak apa lah, itu hak mereka yang bergelar ustaz dan ulama. 
 
Tidak cukup dengan itu, saya telah menghantar pesanan di FB Sdr Nasrudin Hassan bagi menunjukkan saya benar-benar tidak setuju contoh tersebut.
 
Assalamualaikum
 
Saya mengulas komen Sdr mengenai hunungan Zaharudin-Hadi.
Saya sangat terkejut bila Sdr mengambil perumpamaan analogi perbandingan dengan Saidina Ali-Rasulullah saw.
APAKAH WAJAR SDR MENGAMBIL PERBANDINGAN SEDEMIKIAN??????
 
Alhamdulillah dan terimakasih kepada Sdr Nasrudin kerana memberi maklumbalas kepada persoalan yang saya kemukakan. 
 
Nasrudin: Salam. Saya tidak membandingkan zaharudin dgn saidina Ali. Saya nak sebut hubungan menantu dan mertua dlm Islam tidak salah. Saidina ali sbg menantu nabi pernah pegang kepimpinanan ummah sejak nabi masih hidup. Yang salah ialah penyelewengan,penyalahgunaan kuasa dan lain-lain. Maka ini perlukan bukti jika ada dakwaan. Jika tidak ia hanya fitnah. 
 
Pandangan saya, seperti yang saya jelaskan sebelum ini, perlantikan Zaharudin itu sendiri yang merupakan menantu kepada Presiden Parti telah “membuka” pintu FITNAH. Samada Zaharudin benar-benar layak dan memenuhi segala kriteria sebagai Ahli Majlis Syura bukan satu persoalan penting. Kalau Zaharudin bukan menantu Presiden, perkara perlantikan beliau langsung tidak menjadi isu.
 
Sewaktu pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Parti PKR, saya mengambil kesempatan bertanyakan Nurul Izzah Anwar PKRyang datang berkempen di Permatang Pauh kewajaran beliau bertanding jawatan Naib Presiden Parti. Saya mengemukakan pandangan, jika beliau menang nanti, boleh menjadi satu isu dan fitnah, seolah-olah seluruh parti PKR dipergunakan untuk menaikkan bapa-emak-anak sekeluarga ke persada politik tanahair.  
 
Pandangan saya, baik Zaharudin dalam PAS dan Nurul Izzah Anwar dalam PKR, tidak perlu dan tidak wajar mengejar kedudukan tinggi dalam parti. Mereka tetap boleh menyumbang menjadi Hulubalang dan Srikandi kepada bapa mereka berjuang bersama dalam parti dan politik tanahair.  
 
2.            Antara isu lain yang dilemparkan oleh blogger ialah penglibatan Zaharudin mempengaruhi Presiden Parti melobi Sdr Nasrudin Hassan bertanding di Temerloh dengan mengenepikan PKR yang sepatutnya bertanding di Temerloh. Maka saya tidak terkejut muncul artikel di Malaysianinsider satu kajian menunjukkan Kaum Cina Temerloh menyesal mengundi Nasrudin Hassan, dari Parti PAS pada Pru13 yang lalu. Saya telah menghantar pesanan kepada FB Sdr Nasrudin bertanyakan perkara tersebut untuk mendapat pencerahan isu.
 
Ustaz (secara umum) tak semestinya Ulama. Ulama seorang yang bertaqwa dan berilmu. Segala perangai, tutur kata, dan keperibadian jelas terpancar. Ulama akan berkata benar walaupun pahit.
 
Saya bertanya kepada Sdr
 
1.      Benarkah dakwaan mengatakan Zaharudin mempengaruhi HjHadi melobi Sdr bertanding di Temerloh?
 
Untuk elak fitnah, jawab dengan ikhlas dan terus terang, YA atau TIDAK.
 
Jika YA, maknanya apa yang dicakap-cakap, bukan fitnah, tapi satu kebenaran.
 
Jika TIDAK, maknanya apa yang dicakap-cakap itu sememangnya fitnah.
 
Dan untuk mengelak fitnah, jawab persoalan ahli dengan ikhlas dan benar!
 
Nasrudin: Salam . Tidak … segalanya fitnah. Saya bertanding di Temerloh atas keputusan Jawatankuasa Harian PAS Pusat sendiri. Zaharudin tidak terlibat dlm meeting tersebut dan saya juga keluar dari meeting sewaktu bincang mengenai kerusi saya. Saya dapat maklumat Dato Tuan Ibrahim dan pemuda Temerloh yang kuat bekerja untuk saya bertanding di Temerloh.
 
Saya mengucapkan jutaan terimakasih kepada YB Ustaz Nasrudin Hassan, Ketua Pemuda PAS Pusat, kerana memberi maklumbalas yang baik kepada saya, seorang ahli biasa parti. Sesuatu yang luarbiasa di dalam ratusan pesanan dalam FB, YB Ustaz memilih dan menjawab persoalan yang saya kemukakan. Terimakasih YB.  
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: