Posted by: langitbiru3 | July 30, 2013

PAS: “Kebangkitan pengaruh menantu” VS “Kehebatan anak menantu”.

Di bulan puasa yang mulia ini, Langitbiru membaca 2 rencana atau artikel yang bertentangan antara satu sama lain. Artikel pertama, “Kebangkitan pengaruh menantu, kali ini dalam PAS” oleh Amin Islandar, pengarang berita MalaysianInsider pada 27 July 2013.
 
Artikel balasnya ditulis oleh Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan, pada keesokkan harinya 28 July 2013, bertajuk Kehebatan anak dan menantu dalam PAS”.
 
Perkataan “Kebangkitan” dan “Kehebatan” itu membawa erti yang hampir atau sama maknanya, akan tetapi kedua-dua artikel di atas adalah berlawanan satu sama lain. Dari apa yang dibaca, yang bertentangan itu antara “Fitnah” lawan “keBenaran”.
 
Langitbiru sangat sangat tidak berminat untuk membuat ulasan atau menyertai “perang” antara keduanya kerana itu perkara dalaman PAS. Tujuan blog Langitbiru adalah untuk menentang kezaliman UMNO, bukan untuk membuka pekung PAS.
 
Bagaimanapun, isu pilihanraya terus menerus dibangkit dan kali ini disiarkan secara terbuka kepada umum telah menarik perhatian Langibiru untuk mencelah sedikit.
 
1.              Amin Iskandar dalam artikelnya telah menjelaskan sedikit kronologi bagaimana PAS tiba-tiba bertanding di DUN Kota Damansara. Nasrudin sebaliknya menafikan berkali-kali dalam tulisannya dan menganggap perkara itu adalah tohmahan yang tidak berasas dan fitnah semata-mata.
 
DUN Kota Damansara, Selangor banyak persamaannya dengan DUN Sg Aceh, Pulau Pinang. Majoriti aktivis partisan faham dan tahu bahawa kedua-dua DUN tersebut telah diputuskan bahawa PKR akan bertanding dalam PRU13. Tetapi, sebagaimana diketahui umum, PAS juga telah masuk bertanding. Natijah persaingan 3 penjuru antara UMNO, PKR dan PAS, kedua-dua kerusi tersebut dimenangi oleh UMNO. 
 
Ahli PAS ada yang menyokong PAS bertanding, ada yang menentang PAS bertanding.
 
Hujah penyokong PAS bertanding kedua-dua DUN; “Dengar dan Taat” atau “Wala’” kepada keputusan atau “ijtihad” Pemimpin Parti.
 
Hujah penyokong PAS menentang PAS bertanding; Tetap bersama keputusan Muktamar, Tahaluf Siyasi dengan PKR. Beerti, PAS masuk bertanding menyalahi keputusan Muktamar bertahaluf Siyasi dengan PKR dalam ertikata memungkiri janji persefahaman dengan rakan sekutu dalam Pakatan Rakyat. Mungkir janji itu salah satu sifat utama orang-orang munafik.
 
Bagi Langitbiru, kedua-dua pihak ada hujah masing-masing. Bagaimanapun, sekiranya para pemimpin PAS menjelas dengan ikhlas dan benar bagi kedua-dua kes tersebut, tentu sekali segala persepsi dan spekulasi boleh lenyap dan hilang. Hingga hari ini, para pemimpin PAS terus berdiam diri membisu bahasa soal di atas menyebabkan ianya terus menerus menjadi persepsi dan spekulasi. Dalam politik, timbulnya spekulasi bila mana pihak yang terbabit mengambil pendekatan pasif, tidak respon kepada isu yang dibangkitkan walaupun dari segi luaran, nampak bayang-bayang mereka terlibat.    
 
Bagi Langitbiru, perkara tersebut bukan susah sangat untuk diselesaikan. Pemimpin PAS, khususnya yang didakwa terlibat perlu hormat ahli parti dan berani menghadapi ahli parti berhujah menjawab segala pertanyaan ahli parti. Jika ahli diwajibkan “Wala” kepada pemimpin, maka sebaliknya pemimpin juga wajib “Hormat” kepada ahli. 
 
Sebagai contoh, bila ahli bertanya siapa yang menandatangi surat watikah untuk bertanding di kedua-dua DUN dan atas apa alasannya. Pemimpin wajib ikhlas (kerana Allah swt)  dan berani menjawabnya dan memberi sebab-sebab kukuh  kenapa berbuat demikian. Sekiranya pemimpin berdolak dalih tidak memberi jawapan lengkap, maka  di situ akan muncul bibit-bibit tidak puas hati dan penentangan ahli.  Pemimpin tidak boleh menuduh dan menghukum ahli meniupkan  api fitnah jika pemimpin sendiri tidak menjawab persoalan berbangkit ahli.
 
Itu saja celahan Langitbiru dalam isu DUN Kota Damansara dan DUN Sg Aceh.
 
2.            Perkara kedua menarik perhatian Langitbiru adalah ulasan Sdr Nasrudin tentang penglibatan anak-menantu dalam politik PAS. Langitbiru tiada halangan untuk sesiapa turut berjuang, kerana kita yakin perjuangan kita adalah jihad kerana Allah swt. Mana boleh kita menghalang orang lain berjihad!  
 
Semua orang boleh berjihad tiada halangan. Akan tetapi meletakkan sipolan bin sipolan pada kedudukan tertentu dalam barisan jihad adalah satu strategi perjuangan. Inilah yang dinamakan percaturan strategi, atau dalam politiknya disebut percaturan politik. 
 
Percaturan strategi dan percaturan politik selagi tidak bertentangan dengan syariat, banyak bergantung kepada kekuatan dan logik akal.   
 
Saidina Abu Bakar,Umar dan Ali sudah tentu lebih utama di kalangan sahabat, tetapi di medan perang Khalid Al-Walid lebih utama hinggakan Saidina Umar yang turut berjuang di bawah Panglima Khalid, dengar dan taat setia kepada Khalid Al-Walid. Hadis ada menyebut, meletakkan sesuatu TIDAK KENA PADA tempatnya, adalah perbuatan ZALIM. Maka percaturan politik dan strategi, wajib meletakkan “catur-catur” kena pada tempatnya.
 
Maka jika pemimpin meletakkan “catur-catur” ditempat utama berdasarkan persaudaraan anak-menantu, dengan menafikan orang lain yang lebih layak dan utama, itu juga satu kezaliman. Ironinya para pemimpin berusrah berdakwah kepada ahli, kita tidak perlu kedudukan dan jawatan untuk berjuang kerana perjuangan kita kerana Allah. Tetapi pada masa yang sama mereka meletakkan anak-menantu di kedudukan utama parti melangkaui senioriti dan keutamaan ahli lain.
 
Dalam konteks partisan politik Melayu-Islam Malaysia,  kita boleh melihat budaya ini dengan jelas dan terang. Pendek kata, amat bertuah anak-menantu yang ada “talian hayat” dengan para pemimpin elit partisan.
 
Dalam era Pak Lah, PAS bukan main hebat membantai dan membedal Pak Lah dan Tingkat 4, yang digambarkan pemerintahan Negara oleh mertua-anak-menantu. Celaan PAS tidak kurang hebatnya berbanding dengan celaan Mahathir dan rakan-rakannya kepada Pak Lah. 
 
Hari ini, bila pemimpin PAS mengulangi sunnah Pak Lah, bagaimana mungkin pemimpin PAS bertegas perlantikan itu berdasarkan merit dan kelayakan, tiada kena mengena dengan pertalian anak-menantu? 
 
Langitbiru berasa sangat terkejut, betul betul sangat terkejut bila Nasrudin Hassan mempertahankan hubungan mertua menantu Hadi-Zaharudin dengan membuat analogi hubungan Rasulullah saw dengan Saidina Ali Karramallahu Wajhah, dan hubungan Rasulullah saw dengan Saidina Abu Bakar. Langitbiru kata, analogi ini amat-amat jauh tersasar! Seolah-olah apa yang berlaku ke atas Zaharudin itu mengikut Sunnah Rasulullah saw. Jika demikian, mengapa PAS tumpang sekaki Mahathir-rakan-rakannya membantai Pak Lah-Khairy suatu masa dulu?
 
Apa yang nak Langitbiru sampaikan, jika anak menantu hebat sangat, ada 3 PhD sekalipun dan sangat-sangat layak dan utama, mereka tetap boleh berjuang tanpa apa-apa kedudukan dan jawatan dalam parti. Jika mereka benar-benar anak jantan tidak mahu menumpang pengaruh mentuanya, tunggulah bila mentuanya betul betul “bersara” dari kedudukan tertinggi parti. Jika beliau tidak sabar, mintalah mentuanya “bersara”  lebih awal. Sekurang-kurangnya, Mahathir tidak melakukan perkara yang sama kepada anaknya Muklhriz ketika beliau ditampuk kuasa!
 
Ini sangat penting, kerana walaupun menantu itu betul betul layak contohnya ada 3 PhD sekalipun, melantik menantu pada kedudukan tertinggi parti tentu saja menimbulkan fitnah. Itu asam-garam politik Melayu-Islam Malaysia. Bila berpolitik, elemen buruk perangai Melayu diamalkan, budaya Islam tercicir di belakang.
 
Nasrudin Hassan, jaga Temerloh baik-baik!
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: