Posted by: langitbiru3 | July 26, 2013

Isu Kantin SK Seri Pristana dan Bak Kut Teh

Isu Kantin SK Seri Pristana dan Bak Kut Teh
 
Cerita paling panas di bulan Ramadhan tahun ini sudah pasti 2 cerita di atas, isu Kantin SK Seri Pristana dan pasangan blogger sex Alvivi yang mengucapkan
“Selamat Berbuka Puasa (dengan Bak Kut Teh..wangi, enak, menyelerakan !!!” yang mengandungi logo Halal.
2 kes yang berbeza tetapi tanpa sedar atau tidak sedar ianya telah menjuruskan  kepada soal  perkauman dan agama. 
 
 
1.      Isu Kantin SK Seri Pristana
 
Walaupun pihak polis dan Kementerian Pelajaran melalui Menteri ke 2 nya menafikan isu kantin itu melibatkan soal perkauman dan agama, ianya telahpun menggoncangkan perkara yang sangat sensitif di negara majmuk Malaysia; kaum dan agama.
 
 Isu kantin itu dilihat dan digambarkan seolah-olah Guru Besar dan guru-guru beragama Islam sekolah tersebut tidak prihatin dan sensitif dengan memaksa pelajar-pelajar India bukan Islam makan di kantin dalam kawasan tandas sebagai menghormati bulan Ramadhan.
 
Pertama kali saya membaca berita tersebut saya mengeluh, “mengapa kawasan tandas”? Dan saya yakin majoriti masyarakat Malaysia mendapat bahan berita dari media massa tanpa melihat sendiri masalah dan suasana di sekolah terbabit. Sudah tentu maklumat tersebut tidak lengkap, tetapi reaksi spontan majoriti masyarakat terus menghukum Guru Besar dan guru-guru Muslim sekolah Seri Pristina sebagai tidak mencerminkan nilai-nilai Islam. Pemimpin parti politik India dengan cepat melatah dan meroyan menghentam guru-guru Muslim terbabit sebagai keterlaluan dan melampau.
 
Kerap kali kita “menghukum”seseorang dengan hanya mendengar pendapat dari sebelah pihak. PIBG sekolah terbabit menjelaskan murid-murid sekolah terbabit mula menggunakan kantin tersebut mulai bulan Mac 2013 kerana kerja-kerja pengubahsuaian kantin sekolah.
 
Sebagai Muslim, saya fikir ada baiknya kita bersangka baik sesama manusia lebih-lebih lagi sesama muslim di bulan Ramadhan. Saya tidak fikir Guru Besar dan guru-guru Muslim sekolah terbabit dengan sengaja berbuat sedemikian kerana berbeza warna kulit. Itu satu prasangka buruk yang sangat tidak baik.
 
Kita pernah melihat papan tanda, “KERJA-KERJA SEDANG DIJALANKAN. SEBARANG KESULITAN SANGAT DIKESALI”. Jadi, di pihak ibubapa India bukan Islam , apakah mereka tidak boleh bertolak ansur dengan keadaan sekolah yang sedang mengubahsuai kantin sekolah? Beerti tempat makan di kawasan tandas itu cuma untuk sementara waktu sahaja.
 
Kalau mereka menambilkira jasa guru-guru yang mengajar anak-anak mereka dan bersabar sedikit dengan kesulitan pihak sekolah, pastinya mereka mengambil pandangan positif, bukan negatif.     
 
 
2.      “Selamat berbuka Puasa dengan Bak Kut Teh(logo Halal)”, Alvivi
 
Apa yang saya boleh katakan,  kedua-dua pasangan ini jelas tidak sensitif dan melampau serta tidak menghormati budaya Melayu dan Islam. Mereka sudah merancang dari awal, melakukan aksi sex di hadapan kamera dan memuat naik ke laman You-Tube sudah pasti mereka telah berfikir semasak-masaknya, bukan satu tindakan spontan yang tidak disengajakan. Kemudian, mengajak Muslim Malaysia berbuka puasa dengan Bak Kut Teh, juga satu tindakan yang telah difikirkan terlebih dahulu, bukan tindakan tidak sengaja. 
 
APAKAH mereka sebenarnya mencabar atau mempersendakan agama Islam dan Hukum Hudud dengan berani memuat naik aksi mereka di You-tube? Saya fikir tidak mustahil. Dan saya juga fikir tidak mustahil ianya satu provokasi kepada pemimpin-pemimpin Muslim baik dari BN atau PR. Sebabnya, kita sudah lihat banyak kes kes di mana pemimpin bukan Islam khususnya dari MCA begitu lantang menentang Hukum Islam. UMNO berdiam diri bila Chua Soi Lek menghina hukum Islam. MAKA tidak hairan jika Alvivi ini mungkin ditaja oleh pihak-pihak tertentu. Jika Alvivi faham dan arif budaya Melayu dan Islam, bahawasanya sex luar nikah atau ZINA itu satu perkara yang sangat sensitif dalam masyarakat Islam Malaysia, beliau tidak sepatutnya berbuat demikian.
 
Begitu juga dengan ucapan “Selamat berbuka Puasa dengan Bak Kut Teh(logo Halal)”. Majoriti masyarakat Islam Malaysia tahu bahawa “Bak Kut Teh” adalah sup daging dan tulang babi. Walaupun Bak Kut Teh itu dari segi bahasa adalah “Daging, Tulang dan Teh”, tetapi diketahui dan dikenali secara umum ianya adalah sup daging dan tulang babi. Ia adalah pengetahuan umum. Saya yakin mereka sangat mengetahui bahawa babi adalah haram bagi Muslim, sebagaimana ZINA adalah haram bagi Muslim. Dengan meletakkan logo halal bagi Bak Kut Teh, dan menghalalkan perbuatan zina di kalayak umum, sudah tentu ianya boleh menimbulkan perasaan marah di kalangan Muslim. Apakah ini bukan satu provokasi? 
 
Berbeza dengan Guru Besar SK Seri Pristana yang menerima ugutan bunuh dan kecaman hebat, pasangan Alvivi ini “disambut dengan senyuman”  oleh wartawan non-muslim diluar mahkamah selepas berjaya diikat jamin. Realitinya, mereka sudah “menang”.
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: