Posted by: langitbiru3 | July 25, 2013

DI BULAN PUASA KUALA BESUT BERTAMBAH BIRU!

Pertama kali dalam sejarah politik tanahair Pilihanraya Kecil diadakan di Bulan Ramadhan, “Bule Poso” kata orang Kuala Besut dan Kelantan. Dalam sejarah Islam, bulan Ramadhan adalah bulan Jihad, bulan Perjuangan. Banyak kemenangan berpihak kepada Islam di bulan Ramadhan. Yang paling diingati adalah kemenangan Peperangan Badar dan Pembukaan Kota Mekah. Bagaimanapun, sejarah itu adalah sejarah Islam yang dipimpin oleh manusia terbaik semesta alam, Nabi Muhammad saw, bersama kumpulan orang yang terbaik keimanan dan ketaqwaan mereka sepanjang zaman, Para Sahabat, menentang Kafir Musyrikin Mekah.
 
PAS cuba menerapkan keyakinan di kalangan ahli PAS khususnya, dan rakyat Kuala Besut umumnya bahawa perjuangan PAS ini adalah juga suatu Jihad. Bagaimanapun, lawan PAS adalah orang-orang Islam seagama, bukan Kafir Musyrik. Jihad PAS adalah berkata benar di hadapan pemimpin yang zalim, Jihad membawa “Wawasan Keadilan Islam”  yang saksama untuk rakyat. Bukannya Jihad menentang Kafir Musyrikin sebagaimana Para Sahabat Rasulullah saw!
 
Namun di sebalik semua itu, UMNO meningkat undi majoriti dari 2,434 dalam PRU13 bulan Mei lepas kepada 2,592 undi dalam PRK kali ini. 
 
Adakah PAS benar-benar kalah? Secara literalnya, PAS kalah 2 kali dalam masa 2 bulan! Ya, itu hakikat realiti. Akan tetapi, pilihanraya umum tidak sama dengan pilihanraya kecil. Dalam PRK ini, ahli dan penyokong PAS sebenarnya berjaya di bulan puasa ini menahan diri melawan nafsu, berjaya  mengekalkan pendirian teguh dan tetap bersama parti walau dihidangkan dengan pelbagai kemewahan dunia yang dijanjikan lawannya, UMNO.
 
PAS juga sebenarnya sudah berjaya membawa mesej, Kuala Besut di bawah kekuasaan  UMNO ternyata jauh terpinggir dari segala segi berbanding dengan DUN Terengganu lain terutama di kawasan Parlimen Besut.
 
PAS mengemukakan bukti benar masalah penduduk, TAPI umno datang “menyelesaikannya” dengan segera. PAS membawa bukti empangan Kg Nangka rosak teruk hinggakan padi penduduk tidak menjadi, Muhyiddin datang “menyelesaikannya” dengan RM37juta ringgit. PAS membawa masalah kapal nelayan tersangkut dan tersadai kerana muara Sg Besut yang cetek, Muhyiddin datang “menyelesaikannya” dengan pakej pelabuhan nelayan dan pelancungan RM250juta ringgit. PAS membawa masalah rumah penduduk Kuala Besut yang sangat daif, Muhyiddin datang “menyelesaikannya” dengan pakej rumah rakyat mampu milik bernilai puluhan juta ringgit.  Pendek kata, segala masalah yang dibawa oleh PAS, “diselesaikan” oleh Muhyiddin dengan “pakej wang ringgit.” Inilah punca utama PAS tewas di Kuala Besut. 
  
Bermakna, dari segi strategi, PAS berjaya “menyerang” UMNO, tetapi UMNO berjaya “menepis dengan pakej wang ringgit”. Inilah yang kita sebut, “Politik Berasaskan Kemunduran dan Kemiskinan” rakyat. Di pihak UMNO, mereka gagal “menyerang” balik PAS dengan isu-isu yang konkrit dan jelas tetapi mengorek sejarah lampau pertembungan PAS dan UMNO.
 
Seorang penduduk Kuala Besut bersungut, “Kito dok  kapong ni hidop susoh, kade kade turun ke laut , kade kade dok. Che Long tu pung saing ambo jugok, dio tahu masalah kito…tapi buleh ko dia buat pelabuhe?” Logiknya mudah, YB Kuala Besut (PAS) tak mampu untuk buat pelabuhan, TAPI MB Terengganu (UMNO) mampu melakukannya.
 
Itulah pentingnya kuasa politik. PAS tidak boleh menafikan pentingnya menggenggam kuasa politik. PAS perlu berhijrah minda “masuk pilihanraya untuk berdakwah, menang kalah bukan matlamat utama” kepada “menang pilihanraya matlamat utama berpolitik”.  Dengan sebab itu, apabila Presiden PAS menyebut, “UMNO ambillah jawatan MB, kita nak Kuala Besut”, tapi Naib Presiden PAS berkata, “Kita dapat MB”, telah memberi satu persepsi bercelaru apa matlamat 16:16 untuk memenangi Kuala Besut. Gambaran seolah-olah Presiden PAS bermaksud umumnya PAS bukan gila kuasa, tetapi dibaca oleh rakyat, golongan professional PAS lah gila kuasa!   Bagaimanapun, itu bukan punca utama PAS tewas, bukan seperti perumpamaan Melayu, “Akibat nila setitik, rosak susu sebelanga”. PUNCA utamanya seperti saya jelaskan tadi, janji jutaan ringgit atas nama kemunduran dan kemiskinan rakyat. 
 
Bila di persimpangan survival hidup, kesimpulannya, penduduk Kuala Besut lebih pentingkan pembangunan material dari wawasan keadilan Islam yang dibawa oleh PAS. Hatta di bulan puasa, penduduk Kuala Besut “bertambah biru”  mengenepikan wawasan Islam.
  
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: