Posted by: langitbiru3 | July 23, 2013

PRK N01 KUALA BESUT: NAJIB DIHUJUNG TANDUK?

Kempen semakin rancak menjelang hari pengundian. Kuala Besut, tidak lah besar sangat kawasannya. Dari muara Kuala Besut ke pekan Jertih sepanjang 17km sebatang jalanraya (Jalan Kuala Besut-Jertih), 17,000 pengundi akan membuang undi. Bermakna, purata 1 kilometer 1000 pengundi, menunjukkan kawasan DUN N01 Kuala Besut itu satu kawasan yang kecil tetapi padat dengan penduduk. 2 minggu berkempen, sudah pasti semua lorong,semua denai bahkan lorong tikus pun sudah dijejaki oleh jentera pilihanraya kedua-dua parti.

80% penduduknya terlibat dengan aktiviti nelayan dan petani. Di antara 4 DUN dalam Parlimen Besut, Kuala Besut dilihat sangat mundur kebelakang dari semua segi. Kemunduran dan kemiskinan Kuala Besut, telah dijanjikan pelbagai projek berjumlah mencecah RM377juta ringgit, tidak termasuk cadangan pembangunan komersial dan komprehensif Muara Kuala Besut, bukan sahaja untuk kemudahan nelayan tetapi juga untuk tujuan pelancungan bernilai RM250juta ringgit, jumlah yang sama nilai dengan projek lembu NFC Shahrizat. Inilah yang dikatakan politik berteraskan “Kemunduran dan Kemiskinan”. Jika begini besar jumlah wang yang dijanjikan untuk satu pembangunan DUN dalam PRK, maka lebih elok barangkali rakyat berdoa YB kawasan mereka cepat mati untuk memberi laluan kepada PRK. Mungkin YB Parlimen meninggal, lagi untung!

Sampai bila UMNOBN akan menjadikan “Kemunduran dan Kemiskinan” rakyat jelata sebagai senjata utama mereka memancing undi? Setahun sekali rakyat diberi BRIM RM500 ringgit, pemimpin dan kroni balun bukan ratusan ribuan ringgit tetapi nilai sekarang ini adalah billion ringgit! Sebagai contoh terkini, Kementerian Pendidikan sedang menjalankan Projek VIRTUAL LEARNING ENVIRONMENT (VLE), atau bahasa mudahnya Projek Pembelajaran Maya Internet di seluruh sekolah sekolah Malaysia bernilai RM9billion ringgit dalam masa 5 tahun, kepada sebuah syarikat YTL Corporation Bhd dan anak syarikatnya. RM9Billion ringgit sama harganya dengan 4 buah Jambatan Pulau Pinang!

Siapakah YTL? Ringkas saya simpulkan, Tsunami Cina hanya gimik politik UMNO, tetapi “hayat” pemimpin UMNO dari zaman Tunku hingga sekarang, terlalu bergantung kepada Cina! Itu hakikat dan realiti. Bacalah surat terbuka serangan Mahathir kepada Tunku Abdul Rahman pasca peristiwa 13 Mei 1969.

“Patek mohon ma’af tetapi patek ingin sampaikan perasaan orang-orang Melayu kepada Y.T.M. Tunku. Sabenar-nya, orang2 Melayu sekarang, baik PAS baik Umno, betul2 benchi pada Tunku, terutama orang2 yang di-hina-kan oleh orang China dan yang kehilangan rumah-tangga, anak-pinak, saudara-mara kerana tolak ansur Tunku.

Mereka kata Tunku chuma ingin di-kenal-kan sebagai “The Happy Prime Minister” walau-pun ra’ayat menderita. Mereka tahu bahawa dalam keadaan dharurat-pun Tunku ashek bermain poker dengan kawan2 China Tunku. Budak2 polis mencherita yang Tunku mengguna-kan kenderaan dan eskot Polis untuk menchari kaki poker.

Sa-balek-nya pula orang2 China tidak ada sedikit-pun hormat kepada Tunku. Mereka berkata Tunku “naïve” dan tidak ada kaliber. Ada lagi yang mereka kata yang tak dapat patek sebut-kan. Kata2 itu datang dari semua golongan orang China, dari intelek sa-hinggga China becha”.

Kembali kepada soal Kuala Besut, semua tidak pasti apa akan berlaku bila keadaan 16:16.

Shahbudin dalam blognya berkata, kalau nak tahu apa akan jadi 16:16, jadikan ia satu kenyataan, baru tahu. Benar sekali. Akan tetapi, orang politik kedua-dua pihak sudah boleh mengagak apa bakal terjadi. Husam kata, tiada apa-apa kesan kepada Najib atau Parlimen kerana ini cuma pilihanraya DUN, bukan Parlimen. Betul! Khairy Jamaludin kata, kalau BN kalah akan memberi kesan besar kepada Najib. Betul. Segala keputusan, ada kesannya. Ahmad Said kata, UMNO tetap sebagai MB kalau jadi 16:16. Ini tidak betul! Tak perlu ulas panjang, pendek akal dan bodoh sombong itu saja rumusannya. Lantas Hadi menyebut, BN ambillah MB, kami nak Kuala Besut. Idris Jusoh, Ahli Parlimen Besut, Menteri Pelajaran 2 kata, UMNO akan menang majoriti 4000, tapi berkata dipenghujung kempen akan bawa balik pengundi dari luar balik mengundi. “Pengundi luar”? Ini yang kita tak suka dengar. Jangan lupa peranan Idris Jusoh menjatuhkan Kerajaan PAS Terengganu! Semua tahu, tapi nak bukti sangat susah! Salahudin Ayub kata pula, MB milik PAS jika 16:16.

SEBENARNYA, mereka semua tahu kesan segera dan kesan jangkamasa panjang. PAS tahu. UMNO tahu. “You know, I Know”.

Sejarah pasca PRU2008, PRK Kuala Terengganu kurang setahun selepas PRU2008, penyandang Razali Ismail meninggal. Razali menang majoriti undi 628. Calun Heavyweight UMNO, Wan Ahmad Farid, orang kanan PM Pak Lah letak jawatan Tim.Menteri untuk bertanding lawan Wahid Endut. Wahid Endut menang majoriti 2,631 undi. Matematik penambahan undi PAS meningkat sebanyak 3,259. Mampukah kali ini PAS melakukan kejutan di Kuala Besut, memadamkan majoriti UMNO 2,434?

Kata kuncinya di sini. Jika PAS menang, SUATU YANG LUAR BIASA sebenarnya. Yang luar biasa itu akan memberi impak yang luar biasa juga kepada Najib dan UMNO, dan Terengganu khususnya. PRU2008 Pak Lah gagal mendapat 2/3 majoriti Parlimen. Keputusan itu dijadikan alasan utama Mahathir menyerang Pak Lah. GAGAL kata Mahathir. DAN Tidak lama selepas UMNO kalah di Kuala Terengganu, serangan luarbiasa bertubi-tubi kepada Pak Lah, termasuk dari Muhyiddin, (Najib terkenal dengan playsafe,bersembunyi dibawah baju Mahathir-Muhyiddin), untuk meletak jawatan. 3 April 2009, Pah Lah mencatat sejarah sebagai PM paling pendek usia di takhta, menyerah kuasa PM kepada Najib.

Keputusan PRU2013 Najib, lebih teruk dari keputusan PRU2008 Pak Lah. Kuala Terengganu yang UMNO menyandang majoriti cuma 628 undi, tewas kepada PAS. Bagaimana Kuala Besut yang UMNO menyandang 2,434, tewas kepada PAS? Jika itu berlaku, berbanding pencapaian Najib dengan Pak Lah, Najib kalah 2-0 kepada Pak Lah. Apa impaknya PRK Kuala Besut kepada Najib? Kita amat sediamaklum, tahun 2013 adalah tahun pemilihan jawatan tertinggi UMNO. APAKAH SEJARAH PAK LAH BERULANG KE ATAS NAJIB?

Namun Kadir Jasin sudah pun memberi jawapan, ” Harapan UMNO berubah kepada yang lebih baik melalui pemilihan kepimpinan tahun ini adalah tipis. UMNO mungkin berubah hanya jika atau apabila kalah dalam PRU”.

Langitbiru sangat bersetuju dengan Dato’ Kadir Jasin, UMNO tidak akan berubah kecuali bila terlucut kuasa ditangan mereka!

Wallahualam.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: