Posted by: langitbiru3 | July 15, 2013

MALAPETAKA BESAR MENANTI BN?

Perkembangan terbaru politik kebangsaan menyebabkan Najib tidur tak lena, boleh jadi termimpi-mimpi yang buruk. Pakatan Rakyat, selepas 15 siri perhimpunan Blackout505 sejurus selepas PRU13 mendesak SPR meletak jawatan, hari ini menyaman SPR di Mahkamah Tinggi. Saman ini boleh menyebabkan;
 
1.      Mahkamah boleh membatalkan kesemua keputusan 222 kerusi Parlimen dalam PRU13
2.      Menggantung organisasi SPR
3.      Mengarahkan PRU baru diadakan.
 
Hujah PR adalah SPR tidak telus, tidak bersikap berkecuali tetapi bias terhadap parti pemerintah dan paling penting adalah masalah isu dakwat kekal yang tidak kekal.
 
Penulis sempat bertanya khabar kepada DrDzul perkembangan patisyen pilihanraya semasa di Kuala Besut, apakah isu rasuah atau pembelian undi boleh dijadikan hujah utama dalam patisyen pilihanraya. DrDzul menjelaskan, PAS tidak meletakkan bukti pembelian undi itu sebagai hujah utama kerana prosedur dan teknikalitinya sangat rumit dan kompleks. Bermakna, sukar untuk membuktikan kegiatan beli undi berlaku walaupun umum mengetahui ianya berlaku.
 
Begitu juga dalam kes saman terhadap SPR ini, PR tidak mengemukakan hujah penipuan rasuah politik, tetapi sebaliknya meletakkan isu dakwat yang didakwa kekal tetapi tidak kekal. Dalam hal ini, pasukan peguam PR, dikatakan telah bersedia 100% untuk membuktikan bahawasanya dakwat yang digunakan dalam PRU13 adalah tidak kekal.
 
Perlu kita ingat bahawa penggunaan dakwat kekal adalah salah satu tuntutan utama BERSIH, dan Parlimen akhirnya bersetuju menggunakan dakwat kekal dalam PRU13. In adalah keputusan Parlimen. Bererti, SPR diamanahkan dan bertanggungjawab sepenuhnya untuk menjalankan kehendak Parlimen Malaysia. Kegagalan SPR menjalankan tugas tersebut, sudah tentu memberi implikasi yang cukup besar terhadap perjalanan pengundian dalam pilihanraya umum.
 
Kronologi tuntutan dakwat kekal bermula seawall tahun 2011, iaitu 2 tahun sebelum PRU13 pada 2013.
 
1.      19 Disember 2011, Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz mengumumkan penggunaan dakwat kekal dalam PRU13 untuk mencegah pengundian berulang. Aziz menyatakan dakwat kekal tersebut mengandungi silver nitrate antara 4-7% dan kekal selama 7 hari.
 
2.      14 Mac 2012, SPR mengumumkan 2 jenis dakwat yang akan digunakan bagi pengundi awal dan pengundi normal semasa PRU13. Hal ini mendapat bantahan dari parti politik pembangkang.
 
3.      30 April 2013, pengundian awal telah dijalankan. Beberapa lapuran polis dibuat oleh pengundi dan parti pembangkang yang mendakwa dakwat tersebut begitu mudah dicuci dengan serbuk pencuci dan sabun. Ini bertentangan dengan dakwaan Aziz bahawa ianya akan kekal selama 7 hari.
 
4.      1 May 2013, SPR menjelaskan dakwat tersebut tidak kekal kerana tidak digoncang betul-betul sebelum digunakan.
 
5.      3 May 2013, PKR melalui Nurul Izzah dan Tian Chua, mendesak SPR menghantar dakwat tersebut kepada makmal bebas, tetapi SPR menolaknya. 
 
6.      4 May, Aziz mengumumkan dakwat tersebut hanya mengandungi 1% Silver Nitrate, bukannya 4-7% sepertimana pengumuman awal SPR. 
 
Pada 5 May 2013, hari pengundian, beberapa lapuran polis dibuat oleh parti pembangkang dan individu tentang masalah dakwat yang tidak kekal. Timbalan Mursyidul Am PAS, Dato HArun Din sendiri membuat lapuran polis. Berikutan bantahan dan lapuran polis yang banyak itu, Aziz membuat penegasan bahawa Kementerian Kesihatan telah mengeluarkan surat rasmi kepada SPR menyatakan silver nitrate tidak boleh melebihi 1% kerana membahayakan kesihatan. Bagaimanapun, perkara ini telah dinafikan oleh Menteri Kesihatan yang baru pada 6 Jun 2013. Hingga ke hari ini, SPR gagal mengemukakan surat rasmi dari kementerian Kesihatan tersebut.
 
Wan Ahmad pula meberi alasan kononnya penyimpanan dakwat yang lama telah menyebabkan kualitinya menurun. Memeranjatkan apabila Setiausaha SPR menyatakan dan menyalahkan beberpa Staff SPR gagal menggunakan dakwat tersebut dengan baik menyebabkan ianya mudah luntur. 
 
Akhirnya, Aziz pada 17 Jun mengakui kegagalan dakwat kekal. Beiau menyatakan kepada pemberita perkara paling mengecewakan dalam hidupnya adalah kegagalan dakwat kekal dalam PRU13 baru-baru ini.
 
Lebih memburukkan keadaan, Menteri  Di Jabatan Perdana Menteri yang baru, Shahidan Kassim memberitahu Parlimen bahawa dakwat tersebut mengandungi pewarna makanan bukan silver nitrate.
 
Bagi mereka yang mempunyai akal yang sihat, segar, bersih, tanpa sebarang penyakit sudah tentu bersetuju bahawa kenyataan kenyataan SPR tersebut seperti memperbodohkan 13 juta rakyat yang keluar mengundi. Bagi mereka yang mempunyai akal yang serabut, kelam, pening diselubungi alcohol, dan saluran darah di otak terganggu sahaja akan menyatakan kenyataan SPR itu tepat, dan tidak bercanggah.
 
Kita menunggu apa kata otak Hakim Mahkamah Tinggi.
 
Pendekkata, Najib tidur tak lena, kencing tidak lawas, selalu senak perut dan mimpi yang bukan-bukan.
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: