Posted by: langitbiru3 | July 9, 2013

PRK KUALA BESUT: GELINYA GELETEK DERIH JUSOH…

Penamaan calun PRK Kuala Besut akan diadakan pada 12 Julai 2013. Semalam TV3 melapurkan dari Kuala Besut, Idris Jusoh selaku Ketua Bahagian UMNO Besut dan Pengarah Pilihanraya PRK Kuala Besut mengumumkan slogan pilihanraya kecil itu berbunyi, “KUALA BESUT BERTAMBAH BIRU”. TV3 menyatakan UMNO yakin menang lebih besar berbanding dengan keputusan PRU 13 lepas.
 
Idris Jusoh menggunakan alasan agama Islam, “Menghormati Bulan Puasa” dan menghormati kemenangan BN dalam pilihan raya umum lalu menyeru PAS tidak meletakkan calonnya di pilihan raya kecil DUN Kuala Besut.  
 
“Sebenarnya kalau kita lihat, pilihan raya (umum) tak sampai dua bulan. Lebih baik kalau tak payah pilihan raya. Baru-baru ini BN dah menang, berilah pada BN. Tak payah pilihan raya.

“Kita dah menang. Lagi-lagi nak bulan puasa. Hormatilah bulan puasa dan hormati kemenangan BN di tempat itu. Bukan menang sikit. Kalau menang 300 (undi majoriti) tak apa, tapi menang 2,434.

“Kalau PAS tak bertanding lagi elok. Berilah calon BN menang. Biar kita kurangkan berpolitik selepas pilihan raya besar yang lalu,” kata Idris Jusoh di lobi Parlimen semalam. 

 
Sesuatu yang Idris Jusoh tidak faham dengan orang-orang PAS. Bagi orang PAS, pilihanraya kecil di bulan Puasa, Bulan Ramadhan akan meningkatkan motivasi mereka berkali ganda. PAS sangat sangat bersemangat untuk berjuang di bulan Ramadhan. Tidak susah bagi PAS membawa Sirah Rasulullah saw, Sirah Para Sahabat, dan Sirah Sejarah Tamadun Islam berjihad menentang musuh masing-masing. Tentu sekali sejarah sejarah tersebut akan melonjakkan kesungguhan dan motivasi orang PAS untuk berjuang menegakkan hak dan kebenaran.
 
BAGI PAS, BULAN PUASA ADALAH BULAN UNTUK BERJUANG. POLITIK BAGI PAS ADALAH SUATU PERJUANGAN UNTUK MEMARTABATKAN ISLAM SEBAGAI RUJUKAN TERTINGGI NEGARA.
 
Jika Idris Jusoh menggunakan alasan agar TIDAK BERPOLITIK DI BULAN RAMADHAN, bererti Idris Jusoh sendiri tidak faham nilai dan hubungkait yang rapat antara Politik dan Islam. Dr Yusof Al-Qaradawi menjelaskan, “ISLAM TIDAK LENGKAP TANPA POLITIK, DAN POLITIK TIDAK LENGKAP TANPA ISLAM”. Politik dan Islam itu berpisah tiada kerana Politik itu salah satu cabang utama dalam Islam.
 
KEANGKUHAN IDRIS JUSOH
 
Sebagai Ketua UMNO Bahagian Besut dan Ahli PArlimen Besut, dan Menteri Pendidikan II, ternyata Idris Jusoh begitu angkuh dan memandang remeh cabaran PAS. Idris Jusoh menyatakan PAS tidak mempunyai harapan untuk memenangi pilihan raya kecil itu memandangkan UMNO mendapat undi majoriti sebanyak 2,434 dalam pilihan raya umum yang lalu. BAHKAN dengan sombong Idris berkata bahawa UMNO akan mendapat pertambahan majoriti sehingga 4,000 undi.
 
“Kalau PAS nak menang, mereka perlu lagi 1,200 undi. Bukan senang nak ubah pemikiran mereka (penduduk Kuala Besut). Saya tahulah sebab saya ketua bahagian sana.

“Insya-Allah kita bukan sahaja sasar untuk menang tetapi majoriti undi sehingga 4,000 (undi) di Kuala Besut… kenapa 4,000? Sebab Ahli Parlimennya ialah Menteri Pendidikan Kedua.

“Mereka harus berbangga dan bersyukur kerana pengiktirafan telah diberi,” katanya sambil ketawa.

 
Tidak mengapa kalau Idris Jusoh cuba menggeletek PAS, memperkecilkan kemampuan PAS serta mendabik dada akan menang lebih besar dengan majoriti 4000 kerana beliau adalah Menteri Pendidikan ke2. Tidak mengapa. Bagi saya, itu namanya takabur kepada diri sendiri seolah-olah dengan KUASA MENTERI tersebut, mereka boleh tentukan menang kalah dalam pilihanraya.
 
PAS langsung tidak gusar dan bimbang kerana PAS juga yakin PRK Kuala Terengganu mungkin tidak mustahil akan berulang di Kuala Besut.
 
Gelinya rasa geletek Idris Jusoh!
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: