Posted by: langitbiru3 | July 7, 2013

MALUNYA AKU ADA PM MUSLIM MALAYSIA….

Isu Mesir bukan hanya isu di Negara itu semata-mata tetapi ianya adalah isu Negara Islam sejagat. Mesir dan Turki adalah dua kuasa Arab yang sangat dibimbangi oleh Israel yang berada ditengah-tengah antara kedua Negara Islam tersebut. Selepas Turki dipimpin oleh Kepimpinan Islam, kejatuhan Mesir kepada satu lagi Kepimpinan Islam yang sangat komited kepada perjuangan dan jihad rakyat Palestin, menyebabkan Amerika dan Israel perlu mencari jalan menghancurkan kepimpianan Islam di Mesir.
 
Duta Besar Amerika di Mesir,  Anne W. Patterson telah memainkan peranan yang sangat berkesan dalam menggulingkan Kerajaan Islam Mesir. Beliau adalah orang yang bertanggungjawab mengadakan rundingan demi rundingan dengan pihak Tentera Mesir yang diketuai oleh Fattah Al-Sisi sehinggalah Presiden Morsi digulingkan oleh Al-Sisi, yang dilantik sendiri oleh Morsi.
 
Rampasan kuasa oleh tentera di Mesir itu kononnya demi keselamatan dan pembaharuan ekonomi itu telah mengundang reaksi yang pelbagai dari Dunia khususnya Negara-negara Islam. Turki dengan lantang menyatakan negaranya tidak akan berurusan kecuali dengan Presiden Mesir yang sah dipilih oleh rakyat Mesir iaitu Presiden Morsi. Berbeza dengan Arab Saudi yang menghantar kawat tahniah kepada tentera Mesir dan El-Baradei yang kalah kepada Morsi dalam pilihanraya Mesir yang lepas. Brasil yang bukan Negara Islam juga mengecam tindakan rampasan kuasa tersebut. 
 
Apa pandangan Negara Islam Malaysia? Malaysia melalui Perdana Menterinya belum mengeluarkan kenyataan rasmi pendirian Negara Islam Malaysia. Bagaimanapun, Perdana Menteri Malaysia yang sedang berada di United Kingdom ditemuramah oleh pemberita memberi jawapan seperti menyokong tindakan rampasan kuasa oleh tentera Mesir.
 
 
“Perubahan yang tidak diurus dengan baik boleh membawa kepada penderitaan rakyat seperti kenaikan harga barangan, peningatan pengangguran dan industri pelancongan menjadi lumpuh.
Apa yang penting bagi Mesir adalah untuk mencari penyelesaian secara aman selain memastikan proses pilihanraya diadakan di masa terdekat secara adil dan inklusif. Di harap kerajaan baharu dapat diwujudkan,yang mencerminkan hasrat dan aspirasi rakyat Mesir, yang dapat menjamin kestabilan jangka panjang Negara itu”, kata Perdana Menteri Malaysia Mohd Najib Razak.
 
Adakah Najib merujuk “Perubahan” yang dilaung-laungkan oleh penunjuk perasaan anti-Hosni Mubarak di Medan Tahrir 2 tahun lepas? Rakyat Mesir dan parti pembangkang Mesir di era Hosni Mubarak, diketuai oleh Ikhwanul Muslimin menuntut kuasa pemerintahan Tentera oleh Hosni Mubarak selama 30 tahun dikembalikan kepada rakyat melalui proses demokrasi pilihanraya rakyat yang adil. DAN melalui prosen pilihanraya Presiden itulah Morsi dipilih oleh 52% atau 13 juta rakyatnya untuk memimpin dan memerintah Mesir. Jika “Perubahan” yang dimaksudkan oleh Najib itu adalah perubahan yang dituntut oleh rakyat Mesir, bererti Najib menyokong rampasan kuasa di Mesir.
 
Bagaimana pula yang dimaksudkan oleh Najib,  “memastikan proses pilihanraya diadakan di masa terdekat secara adil dan inklusif”
 
Sama nadanya seperti  Presiden Amerika Obama, I now call on the Egyptian military to move quickly and responsibly to return full authority back to a democratically elected civilian government as soon as possible through an inclusive and transparent process”. Apa maksud Najib “secara adil dan inklusif”. Apa maksud Obama “inclusive and transparent process”. Bererti, Najib dan Obama menyatakan bahawasanya pilihanraya yang diadakan oleh Mesir yang memilih Morsi itu satu pilihanraya yang tidak adil, tidak inklusif dan tidak transparent serta tidak memenuhi hasrat dan aspirasi Rakyat Mesir. 
 
Sehari selepas Morsi digulingkan, Tentera Al-Sisi telah mengebom dan memusnahkan terowong bawah tanah, terowong utama dan satu-satunya terowong yang menghubungkan Mesir dengan Palestin, serta tentera Al-Sisi menutup pintu masuk Rafah yang dibuka seluas-luasnya oleh Morsi. Bukankah tindakan Al-Sisi ini satu pengkhianatan kepada Rakyat Mesir dan Rakyat Palestin yang banyak bergantung kepada Mesir?
 
Apa guna Najib melawat Palestin, tetapi menyokong tentera Mesir melakukan rampasan kuasa yang menyekat segala bantuan kepada Palestin?
 
Malunya aku ada Perdana Menteri Muslim macam ini….!
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: