Posted by: langitbiru3 | June 30, 2013

ZAHID DAN KHALID: “AKU COVER KAU, KAU COVER AKU”?

Saman ahli perniagaan, Amir Bazli Abdullah ke atas Zahid Hamidi atas dakwaan “Serangan Dan Cubaan Bunuh” oleh Zahid Hamidi pada 2006. 
 
Mahkamah Persekutuan pada 27 Jun 2013 menolak permohonan Ahmad Zahid Hamidi untuk mengenepikan saman yang dikemukakan ke atasnya oleh Amir Bazli. Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Md Raus Sharif yang mengetuai panel 5 orang hakim, mengenepikan permohonan Zahid. 
 
“Biarlah perbicaraan dijalankan di Mahkamah Tinggi” kata Hakim Md Raus.
 
Dakwaan “Serangan Dan Cubaan Bunuh”, sudah tentu satu dakwaan yang sangat serius. Hakim Tan Sri Md Raus buat keputusan kes saman tersebut mesti dibicarakan di Mahkamah Tinggi, maknanya satu tuduhan yang mempunyai asas, ada kes dan bukti yang perlu diperjelaskan dalam Mahkamah Tinggi.
 
ITU KES SAMAN. Apa tanggungjawab Peguam Negara? Tanggungjawab Peguam Negara adalah mengkaji keputusan Hakim Md Raus dengan sebaik mungkin, dan seterusnya mengheret Zahid Hamidi ke muka pengadilan. 
 
Ahli perniagaan Amir Bazli tu orang yang ada duit, bolehlah dia saman seorang Menteri Kanan. Rakyat kebanyakan ni tak mampu nak saman menyaman. Maknanya kalau rakyat kebanyakan ini kena kes sedemikian, pembesar itu sudah pasti selamat dan bebas sebebasnya.  Inilah tugas,tanggungjawab dan amanah yang dibebankan dan dipikul oleh Peguam Negara, mengheret sesiapa sahaja yang ADA ASAS bersalah tanpa mengira kedudukan dan pangkat. 
 
TANPA MENGIRA PARTI UMNO ATAU BUKAN UMNO….TU LEBIH TEPAT!
 
Bagaiamanapun, sebelum Peguam Negara membuka fail pertuduhan, Peguam Negara perlu kertas siasatan yang dijalankan oleh polis. Ketua Polis Negara wajib menyerahkan satu fail siasatan berhubung dengan kes Zahid Hamidi. Boleh kah Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar menyiasat bosnya, Menteri Keselamatan Dalam Negeri?
 
Jangan pula kita lupa,  minggu lepas juga di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Hakim Datuk VT Singham telah membuat keputusan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawasanya Khalid Abu Bakar, sebagai Ketua Polis Selangor bertanggung jawab sepenuhnya atas kematian A Kugan dalam tahanan polis di balai polis Taipan pada 20 Jan 2009. Dengan keputusan tersebut, sekali lagi Peguam Negara wajib mengheret bekas Ketua Polis Selangor itu ke muka pengadilan. DAN Zahid Hamidi selaku Menteri Dalam Negeri wajib mengarahkan satu siasatan serta mengemukakan kertas siasatan ke atas Khalid kepada Peguam Negara.
 
Nampak sangat pelik dan berliku. Macam kayu bersilang ditengahnya: Dalam Kes Saman Zahid, Khalid kena lakukan siasatan ke atas Zahid. Dalam Kes  Khalid(Kugan), Zahid wajib arahkan siasatan ke atas Khalid. Boleh Zahid dan Khalid melakukan tugas secara profesional, tegas dan telus? 
 
AKU SIASAT KAU, KAU SIASAT AKU. ATAU “AKU COVER KAU, KAU COVER AKU” ?
 
DEMI menegakkan keadilan, NAJIB sebagai Perdana Menteri, WAJIB mengarahkan kedua-dua Zahid dan Khalid, BERCUTI DAN BEREHAT sementara kes-kes mereka berdua selesai. 

ADA BARANI KA NAJIB?  

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: