Posted by: langitbiru3 | June 28, 2013

MENGAPA MB TERENGGANU AHMAD SAID “CEROH PERUT”?

Sudah sediamaklum seluruh negara, pilihanraya kecil DUN Kuala Besut, Terengganu bakal diadakan tak lama lagi. Kedudukan kuasa DUN sekarang adalah UMNO 16 Kerusi, PAS 15 Kerusi. Meja-meja kita tolak tepi!
 
Bagaimanapun, kisah ketidaktentuan Mad Said sebagai MB Terengganu sejurus 5 May 2013 timbul semula menjadi bualan ramai. Langitbiru menadah telinga mendengar cerita ini dari mereka yang sangat boleh dipercayai. Menurut ceritanya, Najib sangat kecewa dengan pencapaian Mad Said dalam PRU13, yang hanya menang majoriti 2 kerusi. Majoriti 2 Kerusi dianggap “gagal dan kalah” oleh Najib. Sehubungan dengan itu, menurut cerita lagi, Najib tidak menyampaikan nama Mad Said kepada Tuanku Sultan Terengganu selepas 5 May 2013, sebaliknya 2 nama lain dihantar kepada Tuanku. Bagaimanapun, menurut cerita lagi, Tuanku tidak berkenan dengan 2 nama tersebut. Lalu Najib menghantar 2 lagi nama calun MB Terengganu, menjadikan 4 nama kesemuanya. Sekali lagi Tuanku kurang berkenan dengan 2 nama baru tersebut, bermakna 4 nama tidak mendapat perkenan restu Tuanku Sultan. Menurut cerita lagi, ke empat-empat nama tersebut adalah dari Kem Idris Jusoh.
 
Sebelum itu, kita perlu melihat senario calun-calun UMNO yang menang dan kalah dalam PRU13. Menurut cerita tersebut, Mad Said ada 16 orang senarai calun-calunnya, begitu juga Idris Jusoh, mantan MB Terengganu juga ada 16 orang calun-calun orangnya. Kesemua 15 calun-calun Mad Said tewas dalam PRU, manakala semua 16 orang Idris Jusoh menang dalam PRU. Beerti, Mad Said mengetuai “para pembangkang dalaman” dalam Dewan DUN Terengganu.
 
Idris Jusoh khabarnya sangat disukai oleh Najib. Idris Jusoh lah orang yang bertanggung jawab sebagai arkitek dan engineer yang merampas Terengganu dari PAS pada PRU2004. Idris Jusoh sememangnya pakar strategi dalam menghadapi pilihanraya sebab itu beliau dibawa ke Putrajaya oleh Najib sebagai salah seorang strategis “War Room” UMNOBN dalam PRU13 baru-baru ini. Semasa Idris Jusoh menjadi Menteri Besar Terengganu, beliau disukai dan dihormati oleh kawan dan lawan dalam UMNO Terengganu. Pengaruhnya sangat kuat dalam UMNO Terengganu. 
 
Khabarnya Idris Jusoh baik dengan Istana hinggalah ke saat masjid-masjid Kristal didirikan oleh Idris Jusoh. Sumber menambah, syarikat bapa Idris Jusoh menjadi kontraktor utama projek Masjid Kristal. Dipendekkan cerita “Krisis Masjid Kristal” tersebut menyebabkan Idris Jusoh tidak mendapat perkenan Tuanku Sultan untuk menjawat jawatan MB Terengganu untuk kali yang kedua. Kita masih ingat kain rentang “Kami mahu Idris Jusoh, Natang” oleh penyokong Idris Jusoh membantah perlantikan Mad Said sebagai MB pada 2008. “Natang” ditujukan kepada siapa??
 
Mad Said adalah nama yang ke 5 dihantar oleh Najib kepada Tuanku Sultan untuk dipertimbangkan sebagai MB Terengganu. Berdasarkan senario ini, jawatan MB Mad Said diibaratkan seperti “telur dihujung tanduk”. Kuala Besut adalah kawasan dan kubu kuat Idris Jusoh. Sudah pasti, Idris Jusoh akan mengepalai Jentera Pilihanraya UMNO dalam PRK Kuala Besut yang akan datang. Nasib MB Mad Said bergantung sepenuhnya dalam PRK Kuala Besut ini. Jika UMNO menang, beliau terselamat. Jika UMNO kalah, Mad Said dianggap “gagal dan kalah” untuk kali ke 2. Bermakna Mad Said perlu tunduk dan akur kepada Idris Jusoh dalam PRK ini.
 
Jika PAS menang PRK, keadaan Dewan DUN Terengganu akan jadi sama kuat sama banyak, PAS 16, UMNO 16. Dalam keadaan ini, jawatan MB dan Kuasa Kerajaan Terengganu terletak sepenuhnya kepada budibicara Tuanku Sultan. Semua orang Terengganu, baik PAS mahupun UMNO, jelas dan sediamaklum bahawa Tuanku Sultan sangat baik dan rapat dengan Tuan Guru Hj Hadi Awang. Tidak ragu-ragu bahawasanya jika PAS menang, Kerajaan UMNO sudah pasti akan tumbang dan Hj Hadi akan dinobatkan sebagai MB Terengganu yang baru. 
 

 

Perkara ini sangat meresahkan UMNO, khususnya Mad Said. Orang Terengganu kata Mad  Said “ceroh perut” atau kecut perut dalam menghadapi PRK Kuala Besut. Bagaimanapun, majoriti yang diperolehi oleh Allahyarham Dr Abdul Rahman lebih 2400 undi melegakan sedikit UMNO. Mereka tetap yakin UMNO akan menang mempertahankan DUN Kuala Besut. Kita tunggu dan lihat. Dalam politik, macam macam boleh berlaku.
Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: