Posted by: langitbiru3 | June 28, 2013

HUSAM BAWA C4 KE BLACK505 MERBOK ?

Ini kisah Naib Presiden Pas dari Kelantan. Kronologinya agak pelik bin ajaib. 12 jun 2013 di Ketereh, beliau menyeru para hadirin ke Black505 Merbok pada tanggal 22 Jun. 2 perkara yang akan diingati oleh yang hadir di Ketereh dan para pelayar yang rajin membaca; 1. Kepada Pimpinan PAS, Husam gelar mereka yang tak hadir Black505 sebagai “pengkhianat”. 2. Kepada yang hadir, Husam beritahu mereka yang hadir Black505 sebagai Jihad Fisabilillah.
 
Zahid Hamidi khususnya tiada masalah dengan perkara pertama, malah beliau mungkin ketawa terbahak bahak, kerana itu tanda-tanda parti lawannya mulai retak!  Perkara kedua sangat menggusarkan Zahid, menyerbu Merbok pada 22Jun sebagai satu Jihad Fisabilillah! Berapa kali Zahid Hamidi baca transkrip ucapan Husam di Ketereh? Kalau baca 10 kali pun tapi tak faham juga apa boleh buat? Mungkin sebab dia tak faham, maka mungkin dipanggil soldadu SBnya menyiasat makna, tafsir ayat-ayat Husam. Berapa ramai yang dikerah untuk tujuan itu kita tak pastilah, cumanya masa diambil tu tak masuk dek akal yang cerdas dan sihat.
 
Sepanjang Husam berada di negerinya Kelantan dari tarikh 12 Jun hingga ke 22Jun, tiada pulak Husam dihadiri tetamu tak diundang dari IPD Kelantan! Mungkin mereka sembunyi bawah dapur atau dalam almari kasut kot sambil mengintip Husam kita tak tahulah. Bagaimanapun pada 21 Jun, bertolak lah Husam dengan kapal terbang ke KL dengan hajat menghadiri Black505 Merbok. Dalam penerbangan tu, beliau bertemu dengan seorang Pegawai Kanan Polis Kelantan. Sembang macam biasalah, seorang pegawai kanan polis sembang dengan YB, sembang light light sajalah. Tak dak lah pula pegawai polis tu cakap nak tangkap Husam. Kalau dia betul betul nak tangkap, di airport Pengkalan Chepa lagi dia dah boleh tangkap.
 
Entah macammana keesokannya, belum sempat sampai di Merbok, Husam telah ditahan di Ampang. Apa yang menarik, beliau dibawa balik ke Kelantan dengan dikawal rapi oleh 5 buah kereta polis dengan kekuatan 18 anggota!!! Wah….! Bahaya sangatlah si Husam ni. Bahayanya sebab Husam nak pi Jihad Fisabilillah di Merbok. 
 
Kita tidak pastilah samada Zahid Hamidi dah bincang dengan Mufti Harussani, apa maksud Jihad Husam tu. Barangkali ada yang memberi pendapat kepada Zahid, kalau zaman Nabi, Jihad Fisabilillah bermakna pedang,tombak dan bermandi darah tu satu kemestian dalam perang. Kalau zaman la ni, mungkin pada pandangan Zahid, Jihad Fisabilillah bermakna C4 badan berkecai macam Altantuya. Kalau begitu, Husam ni tersangat bahayalah, maka perlu 5 buah kereta polis dengan 18 anggota mengawal ketat Husam. MB Kelantan Ahmad Yaacob dan Isteri Husam nak melawat pun polis tak beri izin.
 
Kalau Zahid Hamidi bergurukan pakar hadis Dr Asri bekas Mufti Perlis, tentu saja Dr MAZA akan beri sedikit nasihat dari hadis sahih diriwayatkan An-Nasa’i, 
 
“Jihad yang paling utama ialah kata-kata yang benar di hadapan pemimpin yang zalim” 
 
Jadi maksud Jihad Husam itu adalah untuk berkata benar kepada pemimpin SPR. SPR sebuah institusi yang amat penting dalam Kerajaan, bermakna pemimpin SPR juga dianggap sebagai pemimpin. Husam tak bawa C4, Husam cuma nak berucap, nak meyampaikan kata-kata yang benar di hadapan pemimpin SPR yang zalim kerana menipu seluruh rakyat MAlaysia dalam PRU13 baru-baru ini. Kalau Zahid faham maksud Jihad tu, dah tentu dia tak akan tangkap Husam. ATAU dia Zahid Hamidi tu buat buat tak faham dan niatnya nak menjatuhkan Kepimpinan PAS dengan mengheret Husam ke lokap seterusnya mungkin ke Mahkamah.
 

Tak apa lah Zahid, kamu merancang, Allah juga merancang. DAN Allah swt maha mengetahui rahsia di hati kamu.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: