Posted by: langitbiru3 | June 23, 2013

NAJIB DAN ESWARAN SEMACAM FILEM BOLLYWOOD

Perkembangan mutakhir ini, Najib anugerah pangkat Tan Sri kepada seorang usahawan baru India bernama Eswaran, dan meluluskan pinjaman RM500juta ringgit kepadanya membuka satu saluran baru TV ABNxcess. Asian Broadcasting Network (ABN) dimiliki bersama dengan dua orang bekas penjawat awam kanan, iaitu Laksamana (Bersara) (Tan Sri)Mohd Anwar Mohd Nor (10 peratus) dan (Tan Sri) Mohamad Noor Abdul Rahim (20 peratus). Kadir Jasin menulis, “Dia (Eswaran)  tidak akan menjadi Tan Sri tanpa persetujuan Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak”. Saluran TV ABNxcess dikatakan mempunyai lebih 500 saluran TV. 
 
Dato’ A Kadir Jasin dalam rencananya, “Putera Mahkota Baru Dunia Niaga” menggambarkan Eswaran sebagai Putera Mahkota Baru Mohd Najib Razak.  Kadir Jasin jelas sangat tidak selesa dengan penganugerahan Tan Sri dan Projek Kabel TV tersebut di berikan kepada Eswaran. Malah Kadir Jasin menyentuh keakraban Eswaran dengan Mohd Najib dan isterinya, Rosmah Mansor sebagai suatu yang luar biasa dan bukan rahsia lagi.
 
Bagi Kadir Jasin, Tan Sri Eswaran tidak akan berada pada tahap ini dalam dunia perniagaan dan politik tanahair melainkan mendapat restu Mohd Najib. “Tetapi Eswaran tidak muncul dalam radar perniagaan dan politik Malaysia sehinggalah dia menjadi sangat akrab dan sering menjadi tetamu isi rumah Mohd Najib dan Rosmah”, kata Kadir Jasin. 
 
 
SEMACAM FILEM BOLLYWOOD.
 
Kadir Jasin menyingkap sejarah Eswaran asalnya bertugas sebagai pemandu kepada usahawan Francis Clement D’cruz di Johor Baru. Seorang pelayar bernama Hamzah memberi respon kepada rencana itu menyebut beliau mengenali Eswaran secara peribadi kerana beliau telah menjual syarikatnya, Benta Plantation kepada Eswaran dengan harga 20 juta ringgit. Hamzah mendakwa Eswaran kahwin dengan isteri Clement, sebelum Clement didapati dibunuh kejam pada tahun 2003 di Johor Bahru. Hamzah menambah, Tan Sri Megat Junid ada memberitahunya bahawa semasa berlaku rompakan di rumah Clement De Cruz di Johor dan Clement dibunuh dalam kes rompakan itu, Eswaran dan isterinya sedang bercuti di Vinece, Italy.   
 
Dato’ Kadir Jasin menyebut, “Seorang peniaga dari India, yang berupa rakan kongsi D’cruz, disyaki melakukan pembunuhan itu dan tidak pernah ditangkap. Apa yang dia (Eswaran) lakukan selepas pembunuhan bosnya bolehlah ditakrifkan sebagai “memangku” aset korporat dan peribadi yang ditinggalkan oleh mendiang D’Cruz”.
 
Jikalau seorang penulis dan pengarah filem berkhayal menerbitkan sebuah filem, beliau mungkin berfikir begini jalan ceritanya; Al-Kisah sebuah cerita di Negeri Pasir Berdengung. Seorang pemandu kepada pasangan usahawan besar dan berjaya, menjalinkan cinta haram hingga ke rancang dengan isteri usahawan tersebut. Pemandu tersebut melalui isteri usahawan tersebut mengenali baik dengan Menteri Keselamatan Dalam Negeri Pasing Berdengung. Akhirnya pemandu tersebut mengahwini isteri usahawan tersebut. Semasa pemandu dan isterinya berbulan madu di luar negara, berlaku rompakan dirumah usahawan tersebut hinggakan usahawan tersebut dibunuh dengan kejam. Pemandu dan isterinya mewarisi segala harta peninggalan usahawan tersebut dan sekelip mata menjadi kaya raya. Menteri Keselamatan Dalam Negeri mengarahkan siasatan rapi kes rompakan dan pembunuhan kejam usahawan tersebut, tetapi gagal mengesan dan menangkap siapa pembunuh dan dalang dalam kes tersebut. 10 tahun selepas tragedi tersebut, bekas pemandu tersebut dianugerah darjah kebesaran Tertinggi Negara oleh Perdana Menteri Pasir Berdengung, dan dianugerahkan Projek TV Mega bernilai 500juta. 
 
Adakah ceritanya berakhir di sini?
 
PADA SISI PANDANG YANG LAIN.
 
Bagi Langitbiru, pada sisi pandang yang lain, saluran TV tanpa henti 500 saluran ini tidak mencerminkan kesungguhan Najib untuk membentuk sebuah Negara yang berilmu, berakhlak tinggi dan gagal melahirkan modal insan yang berintegriti, siasah yang tinggi dan moral yang baik. Saluran TV 500 ini bakal menyajikan tiada lain melainkan hiburan, hiburan dan hiburan. Tak tahulah Langitbiru, kalau dari 500 saluran , 499 saluran diperuntukkan untuk dakwah dan penyebaran ilmu! Mustahil akan berlaku sedemikian, kerana sebagai contoh, selepas menang  PRU13, Kerajaan UMNO Kedah menangguhkan pembinaan Maahad Tahfiz SAINS di Pulau Tuba Langkawi dan bercadang menjual Kolej Universiti Insaniah di Kuala Ketil yang dibuat dengan harga 330juta ringgit tanpa bantuan kerajaan pusat walau 1 sen.   
 
Rumusan Langitbiru, Syarikat 3 Tan Sri 500 saluran TV ini bukan membawa generasi yang lebih berilmu dan bertamaddun, tetapi akan membawa kerosakan sahsiah,dan rohani anak bangsa Negara. 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: