Posted by: langitbiru3 | June 19, 2013

UMNO MAHU JADIKAN AGAMA ISLAM SEBAGAIMANA AGAMA KRISTIAN DI EROPAH?

Revolusi Perancis (1789–1799) pada hakikatnya adalah satu malapetaka besar buat agama Kristian Katholik. Golongan Autokrat dan Paderi Katholik adalah penguasa tertinggi Negara Perancis sebelum berlakunya Revolusi Perancis. Agama Kristian dipandang sangat tinggi di kalangan rakyat dan Paderi Katholik dianggap pemimpin utama agama dan Negara yang sangat dihormati.

Revolusi Perancis telah menghapuskan kekuasaan Paderi Katholik dalam kepimpinan dan pentadbiran Negara. Antara slogan yang dipalu berterusan oleh aktivis revolusi adalah, “Agama adalah milik Tuhan dan Negara adalah milik semua orang”. “Agama adalah milik Tuhan” bermaksud agama hanya sekadar hubungan manusia dengan Tuhan sehinggakan agama Kristian itu tidak lagi mempunyai tempat dalam Kepimpinan dan Pentadbiran Negara. Revolusi telah berjaya memisahkan agama dan politik, sehinggakan agama Kristian itu hanya berperanan sebagai rutin ibadat khusus kepada Tuhan semata-mata, tiada kaitan dan tiada peranannya dalam mengatur kehidupan masyarakat dan politik.

Di sinilah bermulanya pemisahan agama dengan daulah atau politik. Revolusi kononnya memperjuangkan demokrasi tulen “Negara milik semua orang”. Pengaruh kefahaman ini menular begitu cepat ke seluruh Eropah. Para penjajah dari Eropah ini juga telah menanamkan pemikiran tersebut dikalangan elit bangsawan di tanah jajahan masing-masing. Di Timur khususnya, para penjajah Eropah ini akan menyekat kebangkitan Agama Islam di kalangan rakyat, lebih-lebih lagi rakyat jajahan takluknya menubuhkan parti politik atas agama Islam. Segala fahaman lain dan agama lain dibiarkan berkembang tetapi tidak sekali-kali kepada agama Islam.

Belanda gagal membendung kebangkitan Islam di kalangan penduduk Islam Indonesia sehinggakan mereka berjaya bukan sahaja menubuh parti-parti politik berasaskan Agama Islam, tetapi juga sebagai satu gerakan ketenteraan yang melawan penjajah Belanda. Akhirnya mereka mencapai kemerdekaan melalui pertumpahan darah para pejuang syuhada.

Di Malaysia, penjajah British juga berusaha sedaya upaya mengekang kebangkitan fahaman Islam lebih-lebih lagi Politik Islam. 1948, Peristiwa Gunung Semanggol, aktivis politik Melayu-Islam berkumpul mengadakan persidangan. Kekuatan gabungan gerakan parti Melayu_Islam ini telah menggusarkan British. Mereka bagaimanapun memilih UMNO sebagai parti sokongan mereka. Dengan segera diistiharkan parti aktivis Melayu-Islam semuanya itu sebagai KOMUNIS. Dato’ Onn menyebut PARTI HIZBUL MUSLIMIN itu sebagai Parti Merah iaitu Komunis.

(Parti Hizbul Muslimin berasal dari Majlis Agama Tertingga Se-Malaya (MATA) iaitu sayap utama dalam struktur organisasi PKMM (Parti Kebangsaan Melayu Malaya) ditubuhkan pada 17 Oktober 1945 di Ipoh, Perak. Pemimpin awalnya PKMM ialah Mokhtaruddin Lasso, yang kemudiannya berpindah tangan kepada Dr. Burhanuddin al-Helmi. Angkatan Pemuda Insaf (API), dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS) juga merupakan antara sayap utama atau bahagian dalam struktur organisasi PKMM. Melalui MATA dalam satu mesyuarat agung tahunannya telah berjaya melahirkan Hizbul Muslimin pada 14 Mac 1948. Tujuan PKMM melahirkan Hizbul Muslimin sebagai sayapnya adalah bagi mengumpulkan tenaga para ulama.

Sebagai sebuah parti Islam pertama di negara ini, Hizbul Muslimin yang dipimpin oleh Ustaz Abu Bakar al-Baqir mempunyai matlamat untuk mencapai kemerdekaan negara yang berdaulat bagi membentuk sebuah masyarakat yang berasaskan kepada kefahaman Islam serta mewujudkan sebuah negara Islam atau Darul Islam. Dalam pendiriannya, ia menyokong PKMM tetapi sekeras-kerasnya menolak perjuangan UMNO ).

Natijahnya, British telah memburu dan menangkap aktivis politik Melayu-Islam di seluruh pelusuk Negara. Ustaz Abu Bakar al-Baqir ditangkap, Dr. Burhanuddin al-Helmi “terselamat” kerana berada di Singapura. British sekaligus melumpuhkan gerakan kemerdekaan oleh aktivis Melayu-Islam. Sebaliknya, British tidak ambil apa-apa tindakan ke atas UMNO, dengan itu ramai aktivis Melayu-Islam “menyelamatkan diri” dengan menganggotai Parti UMNO. Mereka menubuhkan Biro Agama UMNO.

British menekan yang mereka sangat tidak mahu kebangkitan politik berteraskan Agama Islam di Malaysia, sebagaimana mereka menanam kebangkitan politik berteraskan agama Kristian di Eropah, telah memberi layanan yang “istimewa” kepada UMNO dan juga tekanan kepada UMNO melenyapkan pemikiran politik Islam dalam UMNO. UMNO menjadi sebuah parti Nasionalis Melayu. Kemuncak pergeseran Biro Agama UMNO dengan Kepimpinan UMNO adalah penentangan keras Biro Agama UMNO dibawah Ahmad Fuad Hassan kepada cadangan UMNO menaja perjudian LOTERI akhirnya menyebabkan Biro Agama UMNO itu bercerai dari UMNO.

Gabungan bekas Biro Agama UMNO dengan saki baki aktivis Melayu-Islam PKMM-Hizbul Muslimin akhirnya menubuhkan Parti Islam SeMalaysia (PAS), yang menolak pengasingan AGAMA DARI POLITIK, sepertimana yang sangat dibenci oleh British. Ahmad Fuad Hassan dilantik sebagai Presiden PAS yang pertama. Di sinilah TITIK PEMISAH antara PAS dan UMNO hingga ke hari ini. PAS mahukan Agama Islam menguasai Poltik. Perjuangan PAS sama dengan Perjuangan Ikhwanul Muslimin Mesir yang juga menentang British, juga disebabkan British Di Mesir mahukan pemisahan Agama Islam dari politik. Boneka British di Mesir menentang keras Ikhwanul Muslimin Mesir yang berjuang melalui dakwah dan politik untuk menguasai Pemerintahan Mesir.

British yang kononnya memperjuangkan demokrasi tulen menyeru slogan-slogan di tanah jajahan mereka terutama di Timur “ Tidak ada politik dalam agama dan tidak ada agama dalam politik”. Ikhwanul Muslimin bangkit di Mesir, dan PAS bangkit di Malaya.

Dr Yusof Al-Qaradawi berkata, “ISLAM TIDAK ADA ERTINYA TANPA POLITIK. Islam yang benar seperti yang disyariatkan Allah, tidak akan menjadi seperti itu kecuali jika ia berwawasan politik. Jika engkau melepaskan Islam dari urusan politik, bererti engkau menjadikannya agama lain, boleh ugama Budha atau Nasrani atau lainnya”.

UMNO di Malaysia hari ini melalui propaganda media massa nya telah berjaya menanam pemikiran di kalangan Melayu-Islam sejak sebelum Merdeka lagi bahawasanya ISLAM TIDAK BOLEH DICAMPUR-ADUKKAN DENGAN POLITIK. Dengan erti kata lain, bagi UMNO, Islam tiada tempat dalam politik, iaitu Pengasingan Agama Islam Dari Politik. Pertentangan PAS dengan UMNO dari saat Hizbul Muslimin difitnah sebagai komunis hingga ke hari ini TIADA LAIN melainkan perjuangan PAS meletakkan Islam sebagai Kuasa Pemerintahan. PAS tidak mahu apa yang terjadi kepada agama Kristian di Barat, berlaku kepada Agama Islam di Timur dan Malaysia.

Sedutan ucapan Hj Hadi Kampung Banggol, Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981.

“ Saudara-saudara sekelian percayalah,

Kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

Percayalah saudara-saudara sekelian,

Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, Kita tidak perlu masuk Hindu, Kita tidak perlu masuk Kristian, Tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan ‘politik suku, agama suku’”.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: