Posted by: langitbiru3 | June 17, 2013

KENALILAH KETUA CAWANGAN UMNO ANDA

Kali ini Langitbiru suka mengajak sekalian sahabat dan pembaca supaya luangkan sedikit masa untuk mengenali Ketua UMNO Cawangan Saudara. Di mana anda berada, cubalah kenali mereka. Apa yang Langitbiru mahu sampaikan di sini adalah supaya saudara dapat memahami Budaya Politik UMNO di peringkat Cawangan atau lebih mudah bahasanya di kampung-kampung. Sudah ramai Melayu bijak pandai, ahli agama dan akedemik, serta profesional berhijrah dan bermastautin di bandar-bandar. Mereka bukan calang calang orang, mereka berpendidikan tinggi. Bagaimanapun, bila balik kampung untuk mengundi dalam pilihanraya, masih ramai di kalangan mereka ini yang bijak pandai mengikut dan menyokong ketua-ketua cawangan UMNO ini. 

 

Perkara sebegini mengingatkan Langitbiru pesan orang tua tua, ” Orang yang pandai tetapi dipimpin oleh orang yang bodoh, mereka dilihat sebagai bodoh. Orang yang bodoh tetapi dipimpin oleh orang yang pandai, mereka dilihat sebagai orang yang pandai”.

Cubalah kenali mereka. Apakata cakap mahu isi borang keahlian UMNO. Sudah tentu, mereka akan memuji melangit sesiapa sahaja dari golongan cerdik pandai, agamawan, ahli akedemik dan profesional yang mahu masuk UMNO. Bila borang diserahkan, mereka tersenyum simpul kerana mereka tahu mereka telah berjaya memperbodohkan golongan di atas. Dibibir puji melangit tetapi dihati penuh irihati dan benci. Cubalah “follow-up” selepas sebulan, 2 bulan atau 3 bulan dah luluskah keahlian UMNO tu. Dah tentu mereka cakap ambil masa yang agak lama. Sebenarnya, borang itu dari hari pertama lagi sudah dibakulsampahkan. Kalau tak percaya, cubalah!

 

Ini mengingatkan Langitbiru dalam pemilihan jawatankuasa hanya di peringkat cawangan. Ada satu cawangan UMNO, penyandangnya adalah Tukang Sapu sebuah sekolah, dicabar oleh seorang guru, iaitu Guru Besar di sekolahnya. Dipendekkan cerita, guru besar tu kalah teruk. Kekal Tukang Sapu sekolah tu sebagai Ketua UMNO Cawangan. Beliau bersalaman dengan guru besarnya, “Cikgu kena belajar banyak lagi ilmu politik……tak sama dengan mengajar anak murid”. 

 

Apa yang pelik sangat? Jangan lupa, Tan Sri Khalid Ibrahim, seorang Tokoh Korporat sebelum ini pernah bertanding sebagai Ketua UMNO di peringkat cawangan tetapi kalah. Langsung masuk PKR, jadi Menteri Besar. Ketua Cawangan UMNO ini selalunya akan pegang jawatan tersebut seboleh-bolehnya selagi nyawa dikandung badan. Lagi perkara yang menarik, jika ada orang luar datang bermastautin di cawangan mereka, jangan haraplah pendatang ini ada tempat dalam kepimpinan cawangan UMNO walaupun sipendatang itu ada PhD sekalipun. Itulah budaya UMNO. Sentimen Orang Luar itu sebenarnya tidak lain adalah helah semata-mata untuk mengekalkan kuasa dan pengaruh mereka. 

 

Perkara ini sebenarnya dijelaskan sendiri oleh Mahathir, Mantan Presiden UMNO dalam blognya bertajuk, “Umno dulu dan sekarang”.   Betapa beliau menghentam UMNO yang kononnya menyekat domokrasi tulen dalam UMNO. Demokarasi yang musnah ini bermula dari cawangan UMNO hingga ke Majlis Tertinggi UMNO.

 

” 11. Untuk ini mereka berusaha mengurangkan kemungkinan diri mereka dicabar, kurangkan kemungkinan diganti oleh sesiapa yang lebih layak. UMNO adalah hak ahlinya, hak pemimpinnya yang sedia ada dan bukan hak orang Melayu. Setelah mereka mendapat tempat jangan benar orang Melayu lain, terutama yang memiliki kebolehan tertentu, menyertai UMNO. UMNO adalah untuk pemimpin dan ahli semasa, dari ketua cawangan kepada ketua bahagian. UMNO tidak perlu tambahan ahli, tidak perlu penyertaan sesiapa lagi kerana ahli yang sedia ada perlu memelihara habuan mereka. Jika terlalu banyak ahli, habuan perlu dikongsi. Dan habuan yang dikongsi tentulah tidak sebanyak sebelum berkongsi”.

 

Itu bukan Langitbiru yang cakap, TAPI Mahathir yang cakap. Dan tambah Mahathir lagi,

 

 13. Kesannya ialah hari ini ahli tidak bertambah selaras dengan pertumbuhan jumlah orang Melayu. Dan mereka terutama yang berkebolehan, yang berbakat tidak dibenar masuk UMNO lagi.

 

14. Yang boleh menyertai hanyalah yang kurang berkebolehan dibanding dengan yang sudah ada. Oleh kerana penyertaan dalam UMNO mestilah melalui cawangan, yang boleh masuk UMNO ialah yang kurang berkebolehan dari ketua cawangan.

 

15. Ketua cawangan manusia biasa yang boleh diserang  penyakit, bahkan boleh mati pun. Satu hari ketua cawangan terpaksa lepaskan jawatannya. Penggantinya tentulah orang yang memiliki kebolehan yang kurang darinya. Dengan itu kebolehan ketua cawangan akan merosot sepanjang masa, tiap kali pengganti mengambil alih.

 

16. Dan ini akan terjadi dalam keseluruhan parti. Semakin lama semakin kurang pemimpin UMNO yang berbakat. Semakin lama semakin kurang ahli yang berbakat dan layak untuk menjadi calon dalam PRU. Calon payung terjun yang berbakat akan dikalahkan.  Dengan itu pemimpin Kerajaan juga akan terdiri dari yang tidak berkebolehan.

 

Akhirnya Mahathir seperti merumuskan bahawa UMNO akan mati meninggalkan sejarahnya. 

“20. Demikianlah riwayat dan sejarah sebuah parti politik yang lupakan usul-asal dan sebabnya ia ditubuh. Demikianlah berakhirnya perjuangan yang lari jauh dari matlamat asalnya. Dahulu lain, sekarang lain.”

 

Apa nak dihairankan sangat? Kita yakin, Parti dan pemimpinnya dari golongan penyangak dan penyamun ini pasti akan berkubur mati. JelasLAH, UMNO KELEMASAN  dan bukan lagi pilihan terbaik orang-orang Melayu. Selamat tinggal UMNO. Tiada siapa akan membaca talkin untuk mu nanti.

Advertisements

Responses

  1. Di tempat sy gombak ketua cawangan yg lama seorg bekas guru telah dikalahkan oleh seorg penjual kereta
    .salesman.
    Dan ketua pemuda adalah seorg salesman kereta juga


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: