Posted by: langitbiru3 | June 8, 2013

NILAI PENDIDIKAN MUKHRIZ BAGAI ‘CURAH AIR KE DAUN KELADI’.

Kebimbangan Langitbiru tentang nasib KUIN di Kedah di bawah MB UMNO akhirnya berasas dan dan terjawab. Awal-awal lagi Langitbiru menulis surat terbuka untuk Mukhriz dalam blog Langitbiru “KUIN dan Pusat Tahfiz Sains Pulau Tuba : Ketepikan perbezaan politik” pada May 19, 2013 menyeru MB Kedah baru Mukhriz menunjukkan sifat berlapang dada berjiwa besar dengan memperkasakan KUIN , menempiaskan segala perbezaan fahaman politik demi untuk pendidikan anak-anak Kedah khususnya.

Menurut Bernama, Mukhriz mengkritik pembinaan kampus induk Kolej Universiti Insaniah (Kuin) di Kuala Ketil bernilai RM330 juta yang disifatkannya membazir. Ini kerana ia langsung tidak menjana pendapatan untuk kerajaan negeri.

“Kerajaan negeri sangat-sangat berhemah untuk uruskan kewangan negeri. Kita tak ada sumber pendapatan yang besar tetapi kita ada cita-cita tinggi untuk bangunkan negeri.

“Kesemua perbelanjaan, setiap ringgit yang dikeluarkan mesti jana hasil. Bukan seperti ‘curah air atas daun keladi’ sahaja. Ia akan mendatangkan hasil yang tinggi kepada rakyat sekali gus menyumbang ke arah penjanaan pendapatan negeri”.

Pendidikan adalah pelaburan terbaik sepanjang zaman. Ia bukan pelaburan jangkamasa pendek yang boleh dikaut keuntungan dalam satu penggal pemerintahan. Jika pelaburan pendidikan untuk anak-anak Kedah dan rakyat umumnya dianggap sebagai ‘curah air atas daun keladi’, apakah pula visi dan misi pendidikan MB Mukhriz kepada anak-anak Kedah? Apakah MB Mukhriz akan membawa pelaburan San Miguel Corporation dari Filipina yang mana abangnya Mirzan ada kepentingan didalam syarikat tersebut melabur di Kedah semata-mata untuk keuntungan?

Ini bukan soal “Legasi Azizan” Mantan MB PAS Kedah. Langitbiru sebenarnya sangat kagum dan hormat bagaimana Azizan dapat membina sebuah Kolej Universiti berharga RM330juta tanpa 1 sen bantuan dari Kerajaan Pusat BN. Azizan melakukannya sebagai tanggungjawab besar kepada anak-anak Kedah, bukan untuk membangga diri mendirikan “Legasinya” yang tersendiri. Langitbiru sangat yakin semua dilakukan oleh Azizan itu adalah keikhlasannya kepada rakyat Kedah.

MB Kedah Mukhriz rupanya berusaha memadamkan segala legasi pemerintahan PAS walaupun ianya banyak membawa kebaikan untuk rakyat Kedah. Nampaknya terdapat elemen “irihati dan dendam’ di sanubari Mukhriz. Jika begitu keadaannya, bermakna Mukhriz bukan seorang yang berjiwa besar, bukan berjiwa rakyat, pendidikan rakyat tiada dihatinya, sebaliknya keuntungan setiap ringgit memenuhi ruang hatinya.
Aduhai Mukhriz, tentunya ada para pengundi UMNO Ayer Hitam Kedah berasa sedih dan terpukul dengan tindakan naif mu Mukhriz. Atau kamu berasa cemburu dengan kesungguhan dan pencapaian Azizan membina Universiti? Aduhai Mukhriz……!!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: