Posted by: langitbiru3 | May 27, 2013

PAS PULAU PINANG: “SEKALI BAH, SEKALI PANTAI BERUBAH”.

Langitbiru menahan diri sebaik mungkin dari memberi pandangan, atau nasihat, jauh sekali kritikan ke atas Parti Islam Semalaysia (PAS), Pulau Pinang. SEBENAR DAN SEBETULNYA, Langitbiru bukan seorang yang sangat aktif dalam politik setempat, cukup sekadar memerhati dari jauh dan sedikit sebanyak gula dan garam penambah rasa dari sahabat yang sedia berkongsi pengalaman.

2008 PAS Pulau Pinang “mewarisi” DUN tunggalnya, Permatang Pasir. 2013 sekali lagi “mewarisi” kemenangan DUN Permatang Pasir. MAKA, Langitbiru sudah pasti mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada PAS Permatang Pasir dan Permatang Pauh kerana Berjaya mengekalkan “kubu keramat tersebut”.

Cuma Langitbiru berfikir sejenak, termanggu seketika mengenang PRU13 yang berlalu. 2008 seluruh Negara bercakap pasal Tsunami Politik sudah bermula, TAPI Pas Pulau Pinang langsung tidak terkena jangankan ombak tsunami, percikan tempiasnya pun tidak! DEK kerana begitu hebohnya Tsunami Politik 2008, PAS Pulau Pinang tumpang sekaki menggarap keyakinan menggunung tinggi bahawasanya Tsunami Politik itu akan melanda PAS Pulau Pinang pada PRU13. Seperkara yang langitbiru rasa agak ralat adalah keyakinan itu berdasarkan sokongan 2008, dan angin perubahan bakal menjelang 2013. Padahal pada 2008 itu PAS Pulau Pinang sebenarnya BEBAS dari Tsunami Politik.

Tidak salah untuk sama-sama berasa yakin menjelang PRu13 berdasarkan angin perubahan semasa. Akan tetapi keyakinan itu sangat tinggi lalu mengambil tindakan  laksana  ‘membuangkan air di dalam tempayan semata-mata terdengar guruh di langit’. Kerana keyakinan berdasarkan angin perubahan semasa dan prestasi 2008, “War Room” atau bilik perang PAS Pulau Pinang dilihat agak santai sedangkan lawannya bukan calang-calang lawan. Mungkin pandangan mata langitbiru agak kabur, sebab tidak nampak jelas strategi dari bilik perang PAS Pulau Pinang. Langitbiru bimbang kalau-kalau bilik perang PAS itu terpesona dan tumpang kekuatan bilik perang sekutu, iaitu PKR dan DAP. Harap-harap tidak jadi begitulah.  Bagaimanapun langitbiru lihat strategis bilik perang  agak alpa dengan keyakinan menggunung dan terlupa pesan orang tua ‘burung yang terbang jangan dipipiskan lada’.

Kalau 2 kali Tsunami Politik, PAS Pulau Pinang tidak terkena tempias dan percikannya, maka apakah bilik perang itu perlu dikekalkan strategisnya? Langitbiru tak nak sebut perkataan “reform”, juga tak nak sebut perkataan “ubah”. Bila PKR sebut “reform”, UMNO melenting. Bila DAP sebut “ubah”, UMNO mengaum. BAGI UMNO, tak perlu “reform” sebab kita dengar nadi akar umbi katanya. BAGI UMNO, tak perlu “ubah” sebab kita prihatin kehendak akar umbi katanya. Mereka katanya boleh “reform” dan “ubah” dari dalam. Itu budaya UMNO, bila pegang jawatan, seboleh-bolehnya mahu dipegang sampai mati. Samada dia “perform” atau tidak itu tidak penting. Samada dia “reform” atau tidak, itu tidak penting. Samada dia “berubah” atau tidak itu tidak penting. YANG penting jawatan itu dipegang sampai bila-bila.

MAKA langitbiru tidak suka menyebut perkataan “reform” dan “ubah” sebab itu perkara sangat sensitif.  UMNO yang berlandaskan sekular kata sensitif. Adakah PAS yang berlandaskan agama juga kata sensitif? Kalau PAS dan UMNO sama-sama kata sensitif, adakah kedua-duanya  pada hakiaktnya adalah sama? Samada ia sensitif atau tidak, kalau 2 kali Tsunami Politik tidak menunjukkan apa-apa anjakan politik, bila masa lagi agaknya PAS Pulau Pinang nak tunjuk jati diri sebenar ? Atau sekadar berpuashati jadi sebahagian ahli Kerajaan Negeri Pulau Pinang?

Langitbiru tidak lagi mengharapkan Tsunami kali ke 3, TETAPI cukuplah berharap bah akan melanda. Bak kata orang tua-tua,  “SEKALI BAH, SEKALI PANTAI BERUBAH”.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: