Posted by: langitbiru3 | May 21, 2013

“Tsunami Cina” , Panglima baru UMNO,“Buy Chinese Last”, dan MB DUN17.

Panglima Baru UMNO

Bumi Malaysia “macam-macam ada” Pasca PRU13. Bendahara, Temenggong, Laksamana, Panglima dan sekalian Hulubalang UMNO bersingsing lengan entah kenapa. Langitbiru sudah tidak pasti apakah mereka bertindak dan berkata-kata berdasarkan akal fikiran yang waras atau nafsu amarah. Kalau berkempen “Lembut Gigi Dari Lidah”, sekarang “JANGAN MAIN API DENGAN SAYA”. Wah, Langitbiru fikir Menteri Amaran Sembrong sebelum ini pun “kecut perut”.  

Rentetan “Tsunami Cina” terpacul dari mulut Presiden UMNO, maka semua sang pendekar atau sang pengampu tunjuk taring, tunjuk belang. Bermula dengan Utusan Maha Benar, “Apa Lagi Cina Mahu”, kononnya Pengarangnya dipanggil Polis, tapi Langitbiru sangsi siapa “interrogate” siapa, siapa “torture” siapa, yang pasti Pengarangnya mendapat sokongan dari Sang Presiden, maka bertebaran seperti belalang juta orang-orang UMNO apikan isu perkauman. KPN baru buat apa dan boleh buat apa?

Panglima dalam Sejarah Melayu adalah orang yang hebat berperang dan arif strategi perang. Dia Ketua Bala Tentera Perang. Kerap kali juga, Panglima ini bukan kuat manapun, tetapi dek kerana ribuan tentera di belakangnya, nampaklah dia kuat, kuat cakap, cakap besar. DAN semestinya dia kena tunjuk dia kuat dan berani. Satu yang panglima ni kerap lupa, yang dok bayar gaji penglima tu adalah semua  dari duit rakyat jelata. Panglima kena hormat rakyat jelata. Kena jaga keamanan rakyat jelata. Kena hakis kebimbangan keselamatan rakyat jelata. KENA BERKHIDMAT UNTUK RAKYAT JELATA.

Hari ini, UMNO dapat Panglima baru. Regunya juga regu yang baru. Panglima Sembrong boleh berehat main golf sekarang. Bolehlah kalau nak kira komisen  sepupu di padang golf! TAPI Panglima baru kena ingat, mandat dia cuma 46.8% sahaja dari rakyat. Dipermudahkan Mandat 47%. Kalau Kelantan Red Warrior lawan Selangor Red Giant di Stadium National Bukit Jalil, hadir 80,000 orang tak ada masalah, apa pula alasan Panglima hak rakyat berhimpun secara aman di stadium protes Blackout 505 jadi masalah? Ni dok ugut ,dok tangkap pemimpin pembangkang ni apa cerita? Pembunuh No 2 Kastam dah ditangkap ke belum? Tak da siapa nak main api dengan Panglima, sebab rakyat jelata faham, Panglima ada segalanya, Kapal Selam, Jet Hornet dan MIG29, Perisai Adnan, siapa  berani lawan dengan Panglima? TAPI rakyat takut dan bimbang, bunuh membunuh ala filem Hollywood Bollywood menjadi-jadi. Di mana prioriti Panglima? Dok tangkap Adam budak hingusan Melayu tu pasal apa? BERANI DENGAN MELAYU PEMBANGKANG SAJA KA?

“Buy Chinese Last”

TAPI sekarang seperti Langitbiru katakan, mereka bertebaran seperti belalang juta seolah-olah undang-undang itu mereka punya.  Mereka menyalakan api perkauman dengan slogan “Buy Chinese Last”. Kita tunggu dan lihatlah sejauh mana mereka mampu lakukan. Langitbiru yakin, mereka setakat gempaq nak tonjol Assobiyyah Ketuanan Melayu. Mereka bukan berjalan di landasan keimanan dan ketaqwaan bila melaungkan slogan tersebut. Mereka tiada menemui cahaya dihujung terowong. SEBENARNYA mereka pun tahu, TAPI dek kerana bisikan nafsu amarah, mereka nak lakukan juga. TAPI LAngitbiru yakin, ia tak ubah seperti HANGAT-HANGAT TAHI AYAM. Mereka tak mampu , dan tak berani. Pernahkah mereka membaca sejarah Sunnah saw menganjurkan dan  memboikot sesuatu kaum dan kabilah????? TIDAK. Ini bukan Sunnah saw. Ini Sunnah Assobiyyah yang haram. Langitbiru tumpang malu dengan gelagat Melayu UMNO!!!!!

MB DUN17

Lagi tumpang malu dengan gelagat MB 17 DUN. Katanya dengan nada kesal, kecewa, dan marah, TIADA projek perumahan mampu milik di DUN Pembangkang Terengganu Kite! Langitbiru ingat, hulubalang UMNO ni berjiwa besar, tetapi sebaliknya berjiwa dendam kesumat. Kalau gitu lagaknya, layak lah beliau digelar MB 17 DUN, bukan MB Terengganu! Ahh, itulah UMNO, BERANI DENGAN MELAYU PEMBANGKANG SAJA KA?

Ini baru satu dua “macam-macam ada” Pasca PRU13. Tunggu dan lihat lah nanti “macam-macam ada” mendatang!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: