Posted by: langitbiru3 | May 19, 2013

KUIN dan Pusat Tahfiz Sains Pulau Tuba : Ketepikan perbezaan politik

Surat terbuka kepada MB Kedah ,Mukhriz Mahathir dan seluruh anggota Exco Kedah. Demi kelangsungan pendidikan anak-anak Kedah, Langitbiru amat berharap Mukhriz dan Exco nya menunjukkan jiwa yang besar, bukan sahaja meneruskan apa yang dimulakan oleh Ustaz Azizan, tetapi memperkasakan atau mentranformasikan Kolej Universiti Insaniah (KUIN) dan Pusat Tahfiz Sains, Pulau Tuba, ke arah lebih baik dan cemerlang demi anak-anak Kedah.

Langitbiru sangat -sangat berharap Mukhriz mengenepikan perbezaan fahaman politik, walaupun kedua-duanya diasaskan oleh PAS dan Ustaz Azizan. Pada pandangan Langitbiru, sepanjang tempoh Ustaz Azizian memegang tampuk pemerintahan Negeri Kedah, dalam banyak projek dan pembangunan Negeri, kedua-dua projek dan program pendidikan tersebut lah yang sangat disayanginya.

Ternyata, Ustaz Azizan sangat mementingkan pembangunan manusia atau pembangunan modal insan menerusi pendidikan di bidang professional selari dengan ilmu agama. Matlamat beliau bukan sahaja melahirkan cerdik pandai professional tetapi juga professional yang beriman dan bertaqwa. Satu adunan yang sebati dan mantap bagi pembangunan modal insan. Semoga Mukhriz meneruskan agenda pendidikan di KUIN dan Pusat Tahfiz Sains.

Semoga Allah swt meredhai pengorbanan Ustaz Azizan membangunkan manusia (bukan membangunkan bangunan), anak-anak Kedah. Langitbiru memanjatkan doa ke hadrat Illahi semoga Ustaz Azizan kembali sembuh dan sihat. Amin.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: