Posted by: langitbiru3 | May 16, 2013

PERLANTIKAN PEMIMPIN HINDRAF SEBAGAI TIMBALAN MENTERI: Apa MoU Najib dengan Hindraf?

JANGAN gunapakai terma “Melayu Mudah Lupa”. Jangan!

Sebaliknya, gunalah terma lebih tepat, “Melayu UMNO Mudah Lupa”.

Langitbiru dari dulu sampai sekarang, melihat Hindraf sebagai satu kumpulan yang tidak menghormati undang-undang dan pemimpin Negara pada 2007. Sifatnya lengkap sebagai kumpulan pelampau, kumpulan yang meletakkan emosi mendahului pertimbangan fikiran wajar.

Dari dulu juga, Langitbiru sangat tidak senang dengan tindakan Kerajaan dan Menteri Dalam Negeri yang lambat ambil tindakan, hanya sekadar laungan amaran!

Persepsi Langitbiru kepada Hindraf tetap tidak berubah, walaupun pemimpin Hindraf “Taubat Nasuha Politik” sekalipun.

Itulah pemimpin UMNO, HANYA berani ambil tindakan kepada orang-orang Melayu pembangkang sahaja. Pelajar Universiti Melayu berhimpun secara aman digantung pengajian. Kaum lain buat ancaman hanya tinggal sekadar amaran!

Apapun, tindakan Najib mengiktiraf Hindraff 2 hari sebelum penamaan calun dan hari ini melantik pemimpinnya sebagai Timbalan Menteri, menunjukkan Najib dalam keadaan terdesak mencari sokongan. Mengapa 2007, tidak dipelawa sahaja mereka masuk “Istana Putrajaya”? Mengapa sekarang? Apakah tuntutan mereka sama dari dulu atau berubah 180 darjah?

Ini Najib perlu jelaskan kepada rakyat. Najib perlu menjelaskan “memorandum of understanding (MoU)”, antara Kerajaan Barisan Nasional dengan Hindraf 2 hari sebelum penamaan calun PRU13 dulu. Apakah MoU itu untuk kelangsungan politik UMNO, atau kaum India? Kalau begitu, bagaimana kedudukan MIC dalam BN? 

Pasca PRU13, mana-mana kumpulan yang kecil-kecil dan serpihan, boleh sahaja “masuk” BN, walaupun satu masa dulu diharamkan oleh Kerajaan BN.

Langitbiru fikir Najib belum ambil pengajaran PRU13!

Jangan pula selepas ini terpacul pula “APA LAGI INDIA MAHU?”.

Ya, “Melayu UMNO Mudah Lupa”.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: