Posted by: langitbiru3 | May 13, 2013

PRU13 : UMNO USAH SOMBONG, WAHAI MINORITI YANG MENANG.

Membaca rangkaian blog, nampak pembahas para penyokong UMNO sangat angkuh dan sombong, kata-kata kesat bersepah merata, Melayu menentang UMNO di peti undi DEMOKRASI digelar Pengkhianat Bangsa, Cina menentang UMNO di peti undi DEMOKRASI digelar RASIS CAUVUNIS tidak mengenang jasa, sombong dan angkuhnya mereka tiada tara. Mereka UMNO minoriti yang menang, tidak menghormati kebebasan mengundi di peti undi Demokrasi. Mereka gagal membaca dan memahami, “APA LAGI MAJORITI MAHU”.

UMNO lupa mereka sebenarnya MINORITI YANG MENANG! Mereka tidak boleh menerima hakikat bahawa sebenarnya kami “PR MAJORITI YANG KALAH”.

Langitbiru guna ilmu hisab asas sahaja, sebenarnya HANYA 470,000 (0.47JUTA) orang sahaja Melayu Malaysia mengundi UMNO, ditambah dengan ahli Melayu UMNO 3.2 JUTA, jumlahnya  3.67 JUTA orang.

Inilah UMNO, MINORITI YANG MENANG!

4.21 JUTA orang Melayu Malaysia menentang UMNO di peti undi DEMOKRASI.

Para penganalisis, termasuklah yang ada Master dan PhD, dari Profesor Madya kepada Profesor penuh, RUPANYA malas untuk membuat analisa yang lebih lengkap, TETAPI cepat sangat memuji dan memuji Kepimpinan UMNO, mereka menang cemerlang, dan gemilang.  

7.88 juta Melayu keluar mengundi dari 11.26 juta orang. HANYA 3.67 juta sahaja sokong undi UMNO. 4.21 juta menentang UMNO.

Pengiraan ini berdasarkan undi popular BN seluruh Negara 46.8% dari 11.26juta, iaitu 5.24 juta rakyat Malaysia sokong UMNO. 70% dari 5.24 juta pengundi mengundi UMNO adalah dari Kaum Melayu sebanyak 3.67 juta orang. ITU SAHAJA SOKONGAN MELAYU KEPADA UMNO.

UMNO usah sombong, wahai MINORITI YANG MENANG!

Kamu UMNO minoriti yang menang, masih tidak sedar diri, berjalan menongkah langit, menyalahkan semua orang kecuali diri kamu sendiri, menyalahkan “Tsunami Cina” tetapi hakikat nya “Tsunami (kecil) Melayu” sudahpun berlaku, menunggu gelombang ombak yang semakin hari semakin besar, semakin kuat momentumnya, dan “Tsunami Besar Melayu” bakal berlaku!

Kamu UMNO minoriti yang menang, usah sombong, usah berselindung di sebalik “Tsunami Cina” kerana hakikatnya Melayu Majoriti juga sedang menghambat kamu. Kamu bertanya, “Apa lagi Cina Mahu?”, kamu lupa dan alpa untuk bertanya, sekurang-kurangnya terfikir sejenak, “Apa Sebenarnya Melayu Mahu?”. Bagaimana mungkin kamu UMNO minority yang menang, boleh memahami masalah Melayu jika kamu UMNO minority yang menang, hanya bermesyuarat di bilik hawa dingin, berdindingkan kaca, berlangsirkan kain buatan Italy,Perancis tidak pernah kaki berselutkan bendang.

Tiada yang Langitbiru rasa hairan, 5 SETPOL NAJIB yang maha bijaksana memahami Melayu, tiada seorang tetapi KESEMUANYA kecundang, “disepak keluar, dihambat keluar,dicampak keluar” oleh Melayu Kedah, Melayu Kelantan, Melayu Pahang, bukan oleh Cina. Mereka ini hanya terkena “tsunami kecil Melayu”, peringatan kepada NAJIB, “Tsunami Besar Melayu” bakal mendatang mengunjung tiba! Kalau 5 SETPOL yang sangat hebat di mata NAJIB, terpelanting, apakah KABINET NAJIB nanti boleh memahami, “APA MAJORITI MELAYU MAHU”?

Wahai UMNO Minoriti Yang Menang, apa yang dibuat dirancang, semua tak kena, tak menjadi, carcamerba, itulah akibat “MENCURI HAK KEMENANGAN” majority yang menang!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: