Posted by: langitbiru3 | May 13, 2013

PASCA PRU 13: KEMANA HALATUJU UMNO

Pada 13 Mei 2013, Zaini Hassan menulis, “Pasca PRU13: Ke mana Melayu selepas ini… “. Langitbiru tidak berminat untuk menokok tambah atau membantah pendapatnya mengenai halatuju Melayu pasca PRU13. Tidak berminat, kerana Langitbiru yakin, Kaum Melayu semakin matang dan bijak membaca iklim politik dan isu semasa terutama sekali bagaimana UMNO menanganinya. UMNO gagal mendapat majoriti undi popular, hanya setakat 46.8% bukan salah Cina, bukan salah Melayu TAPI salah UMNO.

MAKA dengan kekalahan itu, amat wajar Langitbiru bertanya kepada orang-orang UMNO, Pasca PRU13, kemana halatuju UMNO? Bukan halatuju Melayu! Bagaimana UMNO mahu membawa bahtera ini yang mengandungi bukan sahaja Melayu UMNO, tetapi juga Melayu Pas, Melayu PKR dan tidak lupa “Chauvunis” Cina DAP. Seperti Langitbiru katakan, Sebelum PRU13 UMNO menentang Cina DAP, Selepas PRU13 UMNO menentang Cina Malaysia. Langitbiru tidak mahu bertanya dasar luar Negara kerajaan Malaysia, tetapi dasar dalam Negara terutama soal perpaduan kaum. ATAU lebih spesifik, bagaimana UMNO mahu menangani Kaum Cina selepas serangan demi serangan oleh panglima dan bangsawan UMNO ke atas para pengundi Cina.

Jelas sekali perkara ini sangat sukar bagi Presiden UMNO, NAJIB RAZAK.  Beliau bukan sahaja menghadapi tekanan luar, tetapi LEBIH HEBAT adalah tekanan dari dalam Parti UMNO. Kegagalan beliau mendapat UNDI POPULAR hanya 46.8% satu pukulan hebat baginya. Tidak pernah UMNOBN, Pasca PRU1969 gagal mendapat majoriti undi popular.

Akibat Nila Setitik, Rosak Susu Sebelanga. Gagasan 1 Malaysia, punah ranah, rosak binasa, koyak rabak pasca PRU13, sebaik sahaja Najib terpacul menyalahkan cina “Tsunami Cina”, bersambung rentetan serangan oleh Mahathir, Ali Rustam, Ghani Othman dan panglima UMNO yang lain. NAJIB mempunyai masa yang ampuh untuk berfikir, akan tetapi sekali lagi beliau melakukan kesilapan mempertahankan UTUSAN MALAYSIA menyerang Cina melalui artikel “Apa lagi Cina Mahu”. Dalam menghadapi Kaum Cina, kemana halatuju NAJIB? Transformernya nampaknya kehabisan tenaga!

DILEMMA NAJIB nampaknya tiada titik noktah, tetapi semakin berpanjangan, semakin kusut. Keadaan sedemikian juga menyebabkan orang-orang UMNO juga dalam DILEMMA. Dilemma orang-orang UMNO bukan dilemma yang dihadapi NAJIB, tapi dilemma samada mempertahankan NAJIB sebagai Presiden UMNO, atau mengenepikan  NAJIB dengan mengangkat Muhyiddin sebagai Presiden UMNO.

Muhyiddin pernah “menyelar” Gagasan 1 Malaysia, dengan berani menyebut , 1Melayu dulu! Nampak pendekatan Muhyiddin “lebih Melayu” dari Najib. Sebagaimana hujah Langitbiru, di bawah Gagasan 1 Malaysia, Melayu terkial-kial, tapi Kaum Cina dapat banyak manfaat. Gagasan 1 Malaysia itu sebenarnya nampak “lebih moderate” dan sesuai bagi rakyat Malaysia, tetapi nampak agak keterlaluan dengan mengikis identiti Melayu. Gagasan 1 Malaysia sebenarnya disukai oleh majoriti Cina dan India sebagai satu gagasan yang “moderate”. Menghapuskan Gagasan 1 Malaysia sekelip mata dengan pendekatan “lebih Melayu” akan membawa kesan yang lebih buruk kepada UMNOBN.

NAJIB memberi segala-galanya kepada Cina dan India di bawah Gagasan 1 Malaysia. India membalasnya dengan 60% mengundi BN. Cina pada pemikiran UMNO, membalasnya dengan tuba, maka terhambur kata-kata diselubungi amarah, “Apa lagi Cina Mahu”? Mahu teruskan agenda 1 Malaysia wahai Najib dan UMNO Minoriti Yang Menang?

Atau orang UMNO mahu membuang terus 1Malaysia kerana terbukti bagi mereka Cina tidak mengenang jasa dengan menggantikan satu gagasan “lebih Melayu”? Gagasan “lebih Melayu” dari 1Malaysia nampak “tidak moderate”, melebihkan satu kaum dari kaum yang lain. DAN sebenarnya, apa apa gagasan yang menggantikan Gagasan 1Malaysia akan dilihat, dibaca, ditafsirkan oleh bukan Melayu sebagai “tidak moderate” sebagaimana “moderatenya” 1 Malaysia.

 

Rumusan Langitbiru, Gagasan 1 Malaysia sudah cacat, sudah terkena nila, susu sebelanga dah tak berguna. Ianya akan menemui kegagalan jika diteruskan. PAda masa yang sama, gagasan lain menggantikan 1Malaysia, juga akan menemui kegagalan.

DILEMMA NAJIB NAMPAKNYA LAIN DAN TAK SAMA DARI DILEMMA UMNO.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: