Posted by: langitbiru3 | May 10, 2013

UMNO JANGAN MATI DULU TERSEDAK SUSU

 

 

Terpacul dari mulut Najib, “Tsunami Cina”. Kerana “Tsunami Cina” lah UMNOBN kalah teruk, dakwa AH JIB GOR. Kerana dia Perdana Menteri Malaysia, maka semua orang pun menyebut-nyebut “Tsunami Cina”. Melayu sebut, India sebut,Kadazandusun sebut semua sebut tetapi satu golongan menyebutnya dengan perasaan bercampur baur, marah ada, sedih ada, gembira ada, menyampah ada macam-macam ada. Akan tetapi perasaan mereka diiringi satu kepercayaan dan keyakinan, MELAYU UMNO “MUSUH” KITA!

 

Golongan ini adalah Kaum Cina Seluruh Malaysia.

Sebelum PRU, UMNOBN lawan Cina DAP.

Selepas PRU, UMNOBN lawan Cina Malaysia.

Manakala Cina Malaysia ini baik yang berumur 70 tahun ke atas, mahupun yang berumur 16-17 tahun, tahu dan yakin  menyebut “MELAYU UMNO “MUSUH” KITA!

Pelajar Sekolah Jenis Cina yang berumur 16-17 sekarang boleh mengundi pada PRU14 akan datang. Mereka akan ingat dendangan “Tsunami Cina ” pada PRU14 nanti. SATU petanda buruk buat UMNO. 

TERLAJAK PERAHU BOLEH UNDUR, TERLAJAK KATA, BADAN BINASA. Itulah bakal menimpa UMNO pada PRU14, KECUALI UMNO dapat membuat sesuatu luarbiasa atau “miracle”, “CINA SAYANG UMNO”. Ha ha ha.   BOLEH KA?? BAGAIMANA WEI?? INI DILEMMA NAJIB, BAGAIMANA DAN APA PERLU BUAT KEPADA CINA. 

 

 

Sehubungan dengan itu, mendorong Langitbiru membuka kitab Ilmu Hisab Moden.

 

Jumlah pengundi keluar mengundi pada 5 Mei 2013 adalah 11.26 juta.

Andaian pengundi Melayu adalah 70% dari 11.26 juta bermakna 7.88 juta.

 

BN dapat 46.8% dari 11.26 juta = 5.24 juta 

Andaian pengundi Melayu undi UMNO adalah 70% dari 5.24 juta bermakna 3.67 juta. 

 

Jumlah Melayu yang tak mengundi UMNO adalah 7.88 – 3.67 = 4.21 juta orang.

 

Bermakna 4.21 juta Melayu tak undi UMNO, berbanding 3.67 Melayu undi UMNO.

 

Kalau diandaikan 100% ahli UMNO 3.2 juta semuanya keluar mengundi, maknanya HANYA 1 juta sahaja Melayu di luar sana undi UMNO.

 

Ini dah kira “Tsunami Melayu” bukan “Tsunami Cina”.

 

 

 

 

Kerusi Parlimen Najib dapat  5,237,699 undi, 133 kerusi

Pakatan dapat 5,623,984 undi, 386,285 undi mengatasi BN, 89 kerusi.

 

Kerusi DUN, BN dapat  4,513,997 , 275 kerusi.

Pakatan dapat  4,879,699, 230 kerusi.

 

Pak Lah dapat 140 Kerusi Parlimen, 344 kerusi DUN

Najib dapat 133 Kerusi Parlimen, 275 kerusi DUN

 

Pak Lah dapat 79 Kerusi Parlimen UMNO

Najib dapat 88 Kerusi Parlimen UMNO

 

Tidur-tidur Pak Lah pun lebih baik dari Najib.

Masa Pak Lah tidur, Mahathir kempen serang UMNO Pak Lah

 

Jaga jaga Najib lebih teruk dari tidur tidur Pak Lah.

Dalam dok jaga jaga, Mahathir turun padang kempen Najib dan UMNO

Itu pun kalah dengan pencapaian Pak Lah.

 

Najib terlajak kata kerana terkedu dengan kekalahannya. Tiada perkataan lain yang lebih baik dari menyalahkan Cina. Sebelum PRU dia jadi PM 1 Malaysia. Selepas PRU, dia nak pertahankan kerusi Presiden UMNO.  Sekarang, beliau mengambil senjata lamanya pada tahun 1987, menjulang dan menghunus Keris Melayu sebagai kempen Presiden UMNO. Keris 1Malaysia disarung kemas dan rapi. Kalau begitu, apa akan jadi dengan Agenda Transformasi. Paginya Najib menyajak dan hulur salam kemaafan, petangnya menyalak dan menghembus api perkauman. 

 

Nombor dan angka menjadi petanda aras pencapaian Transformasi KPI Najib.

Ternyata Najib lebih buruk dari Pak Lah.

 

ha ha ha.

Tatkala Pak Lah mencapai 140 kerusi pada 2008, Najib main “playsafe” diam seribu bahasa, hanya tunggu kesempatan “pancung ” Najib dengan Samurai. Dia seronok, Mahathir dan Muhyiddin menyerang Pak Lah. Dia sebagai orang kanan dan timbalan Pak Lah, hanya melihat, tersenyum simpul dalam tidur, langsung tidak peduli Pak Lah. Sangat tidak bertanggung jawab. Yang bela Pak Lah, Mike Tyson.

 

Sekarang bila Najib berada pada posisi yang lebih kurang sama dengan Pak Lag tahun 2008, dia mula gelabah, serba tak kena.

Paling kanan nampak hantu,

paling kiri nampak jembalang,

dongak atas nampak mambang,

tengok belakang……tak berani PANDANG!!!!! 

 

Telinga Najib berdengung hebat. 

Tidur Najib mata tak tutup rapat. 

Kepala Najib pening pusing ligat. 

Berjalan Najib tempang terencat.

 

Sokong Mahathir kepada Najib, sokong membawa rebah.

Najib cakap 1Malaysia, Mahathir cakap 1Melayu.

Najib mengelak orang-orang PERKASA, Mahathir jadi Penasihat PERKASA.

 

Taktikal “playsafe” Najib akhirnya dirundung duka.

Bagaimana Rosmah dikala duka nestapa?

Masih teringin cincin berlian berjuta?

Atau mula ingat Melayu papa kedana.

 

 

Dengan mandat 46.8%, Langitbiru tambah saguhati kerana Transformasi punya pasal, jadi 47%, Melayu UMNO mula kecut perut, sakit perut, senak perut, cirit birit tak henti-henti. Sekarang, Melayu UMNO mahu berselindung dari kekalahan perit ini MENGHERET SEMUA MELAYU, menghentam “Tsunami Cina”. Melayu UMNO mula main api.

 

TAPI Melayu sudah ramai sedar dan waras. Menolong UMNO bererti menolong elit Melayu UMNO terus menerus merompak Negara. UMNO sangat terdesak.

 

Langitbiru ingatkan UMNO, jangan minum susu sambil tidur, nanti tersedak susu. Dah ramai yang mati tersedak susu. Langitbiru nak tengok UMNO mati di medan tempur, bukan tersedak susu. PRU 14, mungkin tak lama. 31/2 atau 4 tahun sahaja. UMNO jangan mati dulu tersedak susu, kita sedia menunggu di medan tempur PRU.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: