Posted by: langitbiru3 | May 9, 2013

TAKE CARE NAJIB

Langitbiru pernah menulis di sini, DILEMMA Najib nak jadi Presiden UMNO atau PM 1Malaysia, dengan makna lain, strategi Najib selepas mengambil alih teraju Presiden UMNO dan PM Malaysia, Memperjuangkan Agenda Melayu , “Menekan” Kaum Cina ATAU Menjulang Cina ,”Meminggirkan Melayu”.

Di bawah NAJIB, Cina sebenarnya mendapat manfaat yang sangat besar melalui Gagasan 1Malaysia yang majority orang UMNO sendiri tak faham dan tak jelas apa tujuan dan matlamatnya. TETAPI cara perlaksanaannya mengikis bukan sedikit tetapi banyak identity dan kepentingan Melayu dalam serba serbi bidang, demi memperlihatkan cantiknya Gagasan 1Malaysia dengan “membuang” indentiti kaum. AKAN TETAPI, identity kaum yang terpaksa dikorbankan dan terkorban adalah Kaum Melayu.

Kaum Cina khususnya mendapat nikmat sangat besar terutama dalam bidang ekonomi dan pendidikan, 2 perkara utama bagi Kaum Cina. Kaum India tidak banyak mendapat manfaatnya dan sebenarnya terus dipinggirkan, tetapi disaat akhir terutamanya dalam tempoh berkempen, Najib memujuk Kaum India dengan bersetuju dengan tuntutan HINDRAFF, satu badan yang diharamkan oleh sepupunya Hishamudin 3 tahun sebelumnya.

Kaum Melayu terkial-kial mencari dahan tempat bergantung bilamana satu persatu Kementerian dan badan-badan kerajaan yang berkait rapat dengan Kaum Melayu dihapuskan Najib. Di bawah Program Transformasi, hanya gergasi Melayu yang rapat dengan UMNO beroleh manfaat, manakala Melayu kebanyakan terus terpinggir.

Najib yang terkenal dengan cara “palysafe” dalam politiking UMNO, terus dibuai mimpi indah bersama isteri tersayangnya yang mirip perwatakan  Imelda Marcos dalam bab perhiasan kosmetik diri, dan dilihat orang paling berkuasa dibelakang Najib.

“Bila Terhantuk Baru Tergadah”, satu sindiran tepat bahasa Melayu kepada Najib Razak yang rupa nya baru terlaga dari lamunan mimpi. Senyum Najib nampak muram, muram Najib nampak kusam. Ratusan juta ringgit Najib untuk Sekolah Cina, dan peluang sangat besar untuk saudagar Cina membuka empayar perniagaan mereka dibalas tuba oleh Kaum Cina, HINGGAKAN terpacul dari Mulut Najib “TSUNAMI CINA”, tetapi sebelumnya bercakap tentang pentingnya merapatkan jurang perkauman dan keharmonian kaum pacsa PRU13.

Bagi Kaum Cina, istilah “Tsunami Cina” oleh Najib, disokong oleh Ghani yang “disembelih” di Gelang Patah, dan serangan keras oleh Mentornya Mahathir ke atas Kaum Cina, sangat sangat tidak membantu ke arah merapatkan jurang perkauman di Malaysia, sebaliknya memperlebarkan jurang tersebut. BAGI Kaum Cina, seolah-olah Kerajaan pimpinan Najib seterusnya seperti membakar Jambatan dengan Kaum Cina.

Sekarang, NAJIB lupa dia adalah PM 1 Malaysia,  dan baru terjaga bahawa dia adalah Presiden UMNO. “Nasi Sudah Jadi Bubur”, Kaum Cina terus menebal membenci Najib dek kerana istilah “Tsunami Cina”. Kalau dulu Najib berhadapan dengan Cina DAP, tapi sekarang Najib berhadapan dengan seluruh Cina Malaysia.

Walaupun Najib Berjaya meningkatkan kerusi UMNO di Parlimen dari 79 kepada 88, tapi sebenarnya Najib kalah teruk dalam kerusi DUN di seluruh Malaysia dan lebih teruk pencapaiannya dari Pak Lah di Parlimen. Menambahkan duka lara Najib, sebagai Pengerusi BN Selangor, Najib lagi terpukul hebat terutama oleh PAS, yang menambah kekuatan luarbiasa kepada 15 kerusi DUN.

Jadi kemana halatuju Najib pasca PRU13? Menghukum Cina, Menjulang kembali Melayu ATAU terus Memujuk Cina.

Najib sudah TEMPANG, LANGKAHNYA semakin lemah. Saya nampak, Muhyiddin yang “melontar” lembing kepada Pak Lah dulu, kini memegang Pedang Samurai.

TAKECARE NAJIB!!!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: