Posted by: langitbiru3 | May 9, 2013

ASALKAN ANWAR, “HARAM DAN TIPU SUNAT” SATU KEWAJIBAN BAGI UMNO.

 

Dr Yusuf Al-Qaradawi pernah menulis dalam bukunya, antara ciri-ciri utama KEMUNAFIKAN DAN KEMURTADAN penguasa dan para pemerintah adalah menipu dan memanipulasi pilihanraya umum dalam sistem demokrasi,demi mengekalkan kuasa pemerintahan di tangan mereka.

Penipuan dan manipulasi dengan cara amat sulit tetapi tersangat kotor boleh dilakukan oleh para penguasa dan pemerintah kerana segala agensi dan badan berkaitan pilihanraya adalah di bawah telunjuk pemerintah. Mereka yang melakukan perkara terkeji ini yang dijelaskan oleh Al-Qaradawi sebagai amalan kemunafikan dan kemurtadan pemerintah yang mengaku beragama Islam. Jelas, ianya diharamkan di dalam Islam. Akan tetapi pengausa yang beragama Islam tetapi mengambil sekularisma sebagai fahaman mereka sanggup melakukan apa saja hatta bertentangan dengan Syariah, apa yang disebut “Matlamat Menghalalkan Cara”, sinonim Macheavellism.

MAKA di Malaysia, asalkan Anwar, segalanya “halal dan sunat” demi menghalang Anwar ke tampuk Pemerintahan. UMNO jelas menipu dan memanipulasi pilihanraya dengan pelbagai cara. Ratusan lapuran dibuat oleh PACA (Pooling Agent Counting Agent) Pakatan Rakyat sepanjang perjalanan pembuangan undi PRU, satu pun tak diterima oleh SPR. SEMUANYA SPR betul, semua PACA Pakatan Rakyat tak betul. Natijahnya, banyak sangat kemusykilan berlaku. Menerusi TV sahaja kita lihat beberapa kerusi Parlimen panas, calun PR mendahului tapi disaat saat akhir, BN juga yang menang. Di Tasek Gelugor, Pulau Pinang contohnya, TV telahpun memaparkan calun Pas menang, tetapi bila pengumuman rasmi, calun BN diumumkan menang.

Sebenarnya, inilah ibu segala pilihanraya, ibu segala penipuan dan manipulasi dalam pilihanraya oleh caretaker BN. Sesungguhnya, Rakyat Malaysia tidak mengAMANAHkan Negara ini kepada para pemimpin UMNOBN yang zalim, korup dan menipu dalam pilihanraya.

Bagi para pembaca dan pelayar siber yang membuat rumusan analisa dari bilik berhawa dingin, SEKALI-KALI TIDAK MEMAHAMI perasaan dan emosi para aktivis parti pembangkang. KITA aktivis dan petugas parti mengeluarkan duit poket sendiri untuk berkempen pilihanraya. Satu Parlimen paling kurang RM60K, satu DUN paling kurang RM25K dibelanjakan menggunakan duit sendiri. Bekerja berkempen atas inisiatif dan keikhlasan tanpa bayaran satu kupang oleh parti, semuanya duit sendiri. TETAPI melawan Barisan Nasional yang angguh dan zalim, yang memperuntukkan puluhan juta ringgit bagi satu-satu kawasan parlimen.

KITA menerima kekalahan dengan berlapang dada dan dengan hati terbuka jika perlawanan itu satu perlawanan yang adil tanpa penipuan dan manipulasi undi.

BAGAIMANA MUNGKIN MEREKA YANG BERKUASA MENASIHATI KAMI MENERIMA KEKALAHAN DENGAN HATI TERBUKA DAN MENASIHATI KAMI MEMBUAT PETISYEN PILIHANRAYA.

PETISYEN PILIHANRAYA berdasarkan pengalaman kami ,TINGGAL HANYA SATU FORMALITI sahaja, tidak pernah KAMI menang dalam petisyen pilihanaraya.

UMNO PERLU INGAT, MAJORITI RAKYAT DI BELAKANG KAMI!!!!!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: