Posted by: langitbiru3 | July 21, 2010

Sistem Percukaian GST dan Pemotongan Subsidi: Teladan dari “Sultan Kepada Semua Ulama”.

Sistem cukai GST yang diperkenalkan dan Pemotongan Subsidi secara berkala, berperingkat peringkat sedang dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia, dengan harapan hasil Negara bertambah, melalui “sumbangan” dari rakyat jelata.

Sebelum ini, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Dato’ Idris Jala menyatakan Kerajaan Malaysia akan bangkrap seperti Negara Greece jika subsidi kepada rakyat diteruskan.

Perdebatan di alam siber khususnya, dan juga di Parlimen Malaysia kedua-dua perkara diatas cukup hangat dan hebat membicarakan KEWAJARAN kedua-dua pendekatan tersebut.

Saya tertanya-tanya, apakah HUKUMNYA dari pandangan Syariat Islam?

Saya suka mengimbas Sejarah Tamaddun Islam, iaitu Kerajaan Memalik Mesir.

Kerajaan Memalik Mesir adalah sebuah kerajaan yang tiada kestabilan politik,ekonomi,kacau bilau, tidak tenteram, perpecahan teruk berlaku di kalangan umat Islam, umumnya terbahagi kepada dua golongan iaitu Memalik Bahriah dan memalik Muizziah. Kerajaan Memalik Bahriah umpamanya memerintah Mesir selama 144 tahun dengan 29 orang Sultan silih berganti. 10 daripadanya mati dibunuh, 12 lagi digulingkan. Golongan Memalik lazimnya menyelesaikan sesuatu konflik dengan kekuatan dan kekerasan.

Raja Memalik Muizziah, Raja Izzuddin Aibak berjaya mengembalikan kestabilan politik Kerajaan Memalik seketika, namun beliau dan isteri juga dibunuh, sehingga akhirnya Kerajaan Memalik dipimpin oleh Saifudin Qutuz.

Qutuz mewarisi Kerajaan Memalik yang kacau bilau pada tahun 657H, setahun selepas Kerajaan Islam Abbasiyah yang di terajui oleh Khalifah Muktasim di Bahgdad jatuh ke tangan Tentera Mongul (656H) yang diketuai oleh Hulagu, cucu Genghiz Khan. Lebih 1.8 juta umat Islam Iraq dibunuh oleh Hulagu tanpa perikemanusiaan. Mongul bercita-cita besar untuk menakluki Empayar Kerajaan Islam Abbasiyah. Mongul terus mara ke Timur.

Bertiup kencang di seluruh Dunia Arab Islam kata-kata, “Mustahil Mongul dapat dikalahkan”.

Menyedari hakikat kekuatan Mongul dan keganasan,kekejaman tanpa perikemanusiaan Mongul, ramai Raja-Raja Islam (Gabenor) yang memerintah negeri masing-masing melakukan hubungan persahabatan dan melakukan perjanjian damai dengan Hulagu. Ulama-Ulama semuanya dipaksa memberi fatwa keharusan memeterai perjanjian damai dengan Hulagu.

Hanya 2 orang Gabenor yang tidak mahu tunduk kepada Hulagu iaitu Raja Kamil Muhammad Al-Ayubi (yang menguasai Timur Turki, Barat Laut Iraq dan Timur Laut Syiria) dan Kerajaan Memalik Mesir di bawah Saifudin Qutuz.

Raja Kamil akhirnya dikalahkan Hulagu, Bandar Damsyik dimusnahkan dan Turki jatuh ke tangan Hulagu Mongul. Mongul memasuki Syria, Lubnan,Jordan dan Palestin tanpa tentangan, berhasrat menuju ke Mesir.

Qutuz tidak mempunyai banyak masa. 3 bulan naik tahta, Mongul sudah sampai ke Palestin. Ringkasnya, kebijaksanaan Qutuz berjaya mendamaikan Bahriah dan Muizziah sekaligus mencapai kestabilan politik Memalik.

Isu utama selepas itu adalah KETIADAAN SUMBER NEGARA, BAITULMAL. Baitulmal kering kontang, tiada peruntukan untuk belanjawan menghadapi perang. Mongul menghantar utusannya kepada Qutuz, samada menyerah atau diserang.

Qutuz memanggil mesyuarat tergempar para pemimpin Negara. Cadangan para pembesar, menaikkan CUKAI RAKYAT bagi menampung dana berperang. Qutuz kesuntukan masa, Mongul siap siaga di Palestin.

Qutuz cepat memanggil semua Ulama’ untuk mendengar FATWA MENAIKKAN CUKAI RAKYAT.
Alasan,

DEMI ISLAM,
DEMI MEMPERTAHANKAN NEGARA,
DEMI MEMPERTAHANKAN NYAWA RAKYAT.

Semua ulama’ mengharuskan Kerajaan Memalik menaikkan cukai rakyat, KECUALI SEORANG ULAMA BERNAMA AL-IZZ BIN ABDUL SALAM, lebih dikenali Izzudin Abdul Salam, yang mengharamkannya dengan syarat.

Katanya,

“Setiap kamu (para pemimpin) dan rakyat jelata adalah sama dalam masalah ini. Jika mengambil harta rakyat sedangkan pemimpin memiliki harta dan peralatan mewah, maka ianya (naikkan cukai) adalah tidak dibolehkan”.

Qutuz menerima fatwa Ulama Izzudin Abdul Salam dan melaksanakannya dengan tegas. Dalam masa yang sangat pendek, Baitulmal melimpah ruah dengan harta kekayaan para pembesar Negara.

Dipendekkan cerita sejarah, Qutuz berjaya menewaskan tentera Mongul di Palestin dalam bulan Ramadhan Al-Mubarak. TIADA SEORANGPUN tentera Mongul terselamat, termasuk Panglima Perangnya Katabgha, yang dipancung kepalanya oleh panglima Perang Memalik, Jamaludin Aqusy Syams.

Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar.

Masih adakah pemimpin Islam seperti Saifudin Qutuz?.

Masih adakah Ulama’ Islam seperti Izzudin Abdul Salam yang digelar “Sultan Kepada Semua Ulama”?.

Sesungguhnya, Perang Memalik-Mongol , atau terkenal dengan nama Peperangan Ain Jalut, banyak pengajaran bagi pemimpin Negara, ulama, dan rakyat jelata.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: