Posted by: langitbiru3 | October 29, 2009

“BERNIAGA DENGAN ALLAH SWT”

Perniagaan adalah salah satu sumber rezeki yang paling banyak dan paling menguntungkan. Kebanyakan orang-orang kaya, hartawan,jutawan , baik dari dulu mahupun sekarang adalah terdiri dari peniaga-peniaga. Ada yang membina empayar perniagaan yang cukup besar yang mampu membeli dunia dan seisinya dengan kuasa perniagaan mereka. Inilah kehebatan dan kekuatan perniagaan. Maka, beruntunglah mereka yang diberi kelebihan oleh Allah swt sebagai ahli perniagaan yang berjaya.

Allah swt juga mengambil ibarat perbandingan keuntungan perniagaan didunia ini dengan keuntungan perniagaan atau kejayaan di akhirat. Keuntungan perniagaan diakhirat ini diperolehi melalui “perniagaan didunia” yang telah mereka yang beriman usahakan semasa hayat berada di mukabumi Allah swt. “Perniagaan dengan Allah s.w.t” ini boleh kita faham janji-janji Allah s.w.t dalam beberapa ayat Al-Quran.

إِنَّ الَّذِينَ يَتْلُونَ كِتَابَ اللَّهِ وَأَقَامُوا الصَّلَاةَ وَأَنفَقُوا مِمَّا رَزَقْنَاهُمْ سِرًّا وَعَلَانِيَةً يَرْجُونَ تِجَارَةً لَّن تَبُورَ (35:29)

35:29 Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan mendirikan salat dan menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka dengan diam-diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi. (Surah Al-Fatir Ayat 29)

لِيُوَفِّيَهُمْ أُجُورَهُمْ وَيَزِيدَهُم مِّن فَضْلِهِ إِنَّهُ غَفُورٌ شَكُورٌ (35:30)

35:30 Agar Allah menyempurnakan kepada mereka pahala mereka dan menambah kepada mereka dari karunia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri. (Surah Al-Fatir Ayat 30)

Perniagaan yang dimaksudkan Allah swt adalah orang-orang yang selalu membaca kitab Allah dan mendirikan salat dan menafkahkan sebahagian dari rezeki kurniaan Allah swt. Keuntungan yang diperolehi diakhirat adalah pahala dan karunia Allah swt. Karunia siapakah yang lebih baik dari karunia Allah swt!

Allah swt bertanya kepada orang-orang yang beriman melalui ayat 10 Surah As-Saff,

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا هَلْ أَدُلُّكُمْ عَلَى تِجَارَةٍ تُنجِيكُم مِّنْ عَذَابٍ أَلِيمٍ (61:10)

61:10 Hai orang-orang yang beriman, sukakah kamu Aku tunjukkan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kamu dari azab yang pedih? (Surah As-Saff ayat 10)

Perniagaan yang dimaksudkan Allah swt adalah beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwa sepertimana jawaban Allah swt kepada pertanyaanNya diatas dalam Surah As-Saff ayat 11.

تُؤْمِنُونَ بِاللَّهِ وَرَسُولِهِ وَتُجَاهِدُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ بِأَمْوَالِكُمْ وَأَنفُسِكُمْ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ (61:11)

61:11 (yaitu) kamu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwamu. Itulah yang lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya, (Surah As-Saff ayat 11)

Seterusnya, Allah swt menjelaskan dalam Surah At-Taubah ayat 111 jualbeli Allah swt dengan orang-orang yang beriman yang mana keuntungannya adalah Syurga Allah swt.

إِنَّ اللّهَ اشْتَرَى مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنفُسَهُمْ وَأَمْوَالَهُم بِأَنَّ لَهُمُ الجَنَّةَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللّهِ فَيَقْتُلُونَ وَيُقْتَلُونَ وَعْدًا عَلَيْهِ حَقًّا فِي التَّوْرَاةِ وَالإِنجِيلِ وَالْقُرْآنِ وَمَنْ أَوْفَى بِعَهْدِهِ مِنَ اللّهِ فَاسْتَبْشِرُواْ بِبَيْعِكُمُ الَّذِي بَايَعْتُم بِهِ وَذَلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ (9:111)

9:111 “Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh. (Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat, Injil dan Al Qur’an. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang besar.”

Jadi, bagi orang-orang yang beriman, mereka percaya yaitu beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan berjihad di jalan Allah dengan harta dan jiwaraga, beramal dan beribadat kepada Allah swt, selalu membaca kitab Allah dan mendirikan salat dan menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Allah swt anugerahkan, dan berperang pada jalan Allah adalah “satu perniagaan” atau “jualbeli” dengan Allah swt yang sekali-kali tidak akan rugi dan suatu perniagaan yang dapat menyelamatkan kita dari azab Allah yang pedih.

“Berniaga dengan Allah swt” ini tak perlu untuk kita tutup blog atau berhenti berniaga yang halal didunia ini, tetapi “berniaga” dengan Allah swt ini adalah amal ibadat semata-mata kerana Allah swt. Segala apa jua pekerjaan atau perniagaan yang didasari ketaqwaan kita kerana Allah swt adalah amal ibadat atau perniagaan kita dengan Allah swt. Perkara ini perlu kita lakukan secara berterusan atau istiqamah hinggalah degup jantung kita berhenti menemui Illahi.

Rujukan kpd
“EGM MCA Jadi Ilham Nik Abdul Aziz”
http://kadirjasin.blogspot.com/
(Ulasan kadirjasin kpd Qaseh Bonda)
A KADIR JASIN said…

Qaseh Bonda, antara lain, mengulas:

“Umur yang 60 ke atas dah dikira subsidi dari Tuhan…berlumba2lah mencari keuntungan berniaga dengan Allah pulak…orang bila dah sampai umur ni dok kira nak buat baik ja…buat jahat, cakap macam orang jahat tu kita kira buang2 lah sama…”

1. Saya tidak pernah diajar menganggap beridat dan beramal sebagai perniagaan;

2. Tak tahulah kalau sekarang Tok-Tok Guru ajar orang muda bahawa Allah Taala adalah “Peniaga”.

3. Saya pun dah lebih 60 tahun. Kalau ikut nasihat Tuan/Puan saya dah kena tutup blog ini dan “berniaga” dengan Allah;

4. Tapi saya kerja lagi. Saya ada dekat 70 kakitangan. Saya bayar cukai. Saya sedekah, korban dan derma. Saya jaga anak-anak dan cucu. Saya bagi makan emak dan tolong adik-adik yang jaga emak;

5. Allah bagi kita aqal. Kalau tak guna, rugi besar. Aqallah yang memisahkan manusia daripada haiwan;

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: