Posted by: langitbiru3 | October 22, 2009

Zaid, The Hurricane Hattie Of PR

Membaca garapan Dato’ A Kadir Jasin kali ini mengingatkan saya satu ayat dari Surah Ali-Imran ayat 104. Saya cukup yakin, ayat ini ramai umat Islam pernah membaca atau mendengarnya, tetapi ramai yang lupa terlupa.

Waltakun minkum ommatun yadAAoona ila alkhayri wayamuroona bialmaAAroofi wayanhawna AAani almunkari waolaika humu almuflihoona
3:104 “Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung.”

Ayat “Waltakun minkum ommatun” ini lah yang menjadikan Ummat Muhammad s.a.w sebagai umat terbaik. Ayat ini ditafsirkan dengan sebuah hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Abu Hurairah yang bermaksud,

“ Barang siapa di antara kamu melihat kemungkaran hendaklah ia berusaha merusakkannya dengan tangannya, kalau tidak dapat hendaklah dilakukan dengan lidahnya dan jika ia tidak berkuasa, maka dapat hal itu dilakukan dengan hatinya dan tingkat ini adalah tingkat iman yang terlemah”.

Ayat ini bermakna agar ada segolongan dari umat yang menangani urusan dakwah menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar WALAUPUN hal tersebut sebenarnya menjadi kewajipan kepada semua Muslim.

Ayat “Waltakun minkum ommatun” ini disusuli ayat “Kuntum khayra ommatin” dari ayat ke 110 juga dari Surah Ali-Imran,

Kuntum khayra ommatin okhrijat lilnnasi tamuroona bialmaAAroofi watanhawna AAani almunkari watuminoona biAllahi

3:110 “Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah.

Tafsir kedua-dua ayat tadi diperkuatkan lagi dengan hujah Al-Quran ayat 143 dari Surah Al-Baqarah yang bermaksud

2:143 “Dan demikian (pula) Kami telah menjadikan kamu (umat Islam), umat yang adil dan pilihan agar kamu menjadi saksi atas (perbuatan) manusia dan agar Rasul (Muhammad) menjadi saksi atas (perbuatan) kamu.”

Umat Muhammad s.a.w adalah umat yang terbaik juga kerana umat ini telah diutuskan satu SYARI’AT YANG SEMPURNA sebagai panduan umatnya yang tidak pernah diberi kepada umat-umat nabi-nabi sebelum Muhammad s.a.w.

Saya fikir, Dato AKJ yang diberi anugerah Allah s.w.t kebijaksanaan menulis sebaiknya, tulislah perkara yang boleh membawa kebaikan kepada umat Muhammad s.a.w, perkara yang membawa perpaduan ummah,perkara yang boleh membawa kepada kesedaran dan keteguhan pegangan syari’at agama Islam untuk kita sama-sama menjadi orang-orang yang beruntung.

Membawa perkhabaran yang boleh mengaibkan seseorang amat-amat dilarang keras dalam agama kita kerana ianya boleh membawa kepada permusuhan dan perpecahan. Apatah lagi perkhabaran yang menuduh seseorang tanpa mengemukakan bukti-bukti yang jelas.

Saya fikir, sudah tentu sekali banyak fakta Dato AKJ kali ini yang perlu diperjelaskan dengan hujah-hujah dan bukti-bukti kukuh pertuduhan tersebut SESEKALI TIDAK CUKUP dengan menyatakan “AKU KENAL, TAHU BENAR SIPOLAN BIN SIPOLAN” bagi menyakinkan pembaca/manusia.

…..sudah tentu apa yang ditulis oleh kita akan dibawa bersama alam kubur!

Re: Zaid, The Hurricane Hattie Of PR
A Kadir Jasin,Wednesday, October 21, 2009
http://kadirjasin.blogspot.com/

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: