Posted by: langitbiru3 | October 21, 2009

CALUN YB, CALUN “ULIL-AMRI” ?

 

Dalam Al-Quran, kita boleh menemui 2 ayat yang menyebut khusus tentang Ulil Amri iaitu dalam Surah An-Nisa ayat 59 dan 83.

 

Soalnya, siapakah itu Ulil-Amri yang dimaksudkan AL-Quran? Berdasarkan sistem politik di Malaysia hari ini, apakah YB (Yang Berhormat) seorang Ulil Amri?

 

Firman Allah s.w.t dalam Surah An-Nissa, ayat 59 dan 83 dapat kita simpulkan bahawa Allah s.w.t  telah memberi satu garis panduan yang khusus, pedoman yang lengkap dan prinsip yang amat penting di dalam mengaturkan kehidupan bermasyarakat dan siasah pemerintahan dalam sesebuah negara.

4:59 Hai orang-orang yang beriman, taatilah Allah dan taatilah Rasul (Nya), dan ulil amri di antara kamu. Kemudian jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Qur’an) dan Rasul (sunnahnya), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama (bagimu) dan lebih baik akibatnya. (An-Nisa ayat 59)


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ أَطِيعُواْ اللّهَ وَأَطِيعُواْ الرَّسُولَ وَأُوْلِي الأَمْرِ مِنكُمْ فَإِن تَنَازَعْتُمْ فِي شَيْءٍ فَرُدُّوهُ إِلَى اللّهِ وَالرَّسُولِ إِن كُنتُمْ تُؤْمِنُونَ بِاللّهِ وَالْيَوْمِ الآخِرِ ذَلِكَ خَيْرٌ وَأَحْسَنُ تَأْوِيلاً (4:59)

4:83 Dan apabila datang kepada mereka suatu berita tentang keamanan atau pun ketakutan, mereka lalu menyiarkannya. Dan kalau mereka menyerahkannya kepada Rasul dan ulil amri di antara mereka, tentulah orang-orang yang ingin mengetahui kebenarannya (akan dapat) mengetahuinya dari mereka (Rasul dan ulil amri). Kalau tidaklah karena karunia dan rahmat Allah kepada kamu, tentulah kamu mengikut setan, kecuali sebahagian kecil saja (di antaramu). (An-Nisa ayat 83)

وَإِذَا جَاءهُمْ أَمْرٌ مِّنَ الأَمْنِ أَوِ الْخَوْفِ أَذَاعُواْ بِهِ وَلَوْ رَدُّوهُ إِلَى الرَّسُولِ وَإِلَى أُوْلِي الأَمْرِ مِنْهُمْ لَعَلِمَهُ الَّذِينَ يَسْتَنبِطُونَهُ مِنْهُمْ وَلَوْلاَ فَضْلُ اللّهِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُ لاَتَّبَعْتُمُ الشَّيْطَانَ إِلاَّ قَلِيلاً (4:83)

Ayat 59 ini ditujukan khusus kepada Orang-Orang Yang Beriman supaya, Taatilah Allah dan Taatilah Rasul selaras dengan Rukun Islam pertama, kesaksian 2 kalimah syahadah wajib taat kepada Allah dan wajib taat kepada Rasul. Tidak dicatatkan “Dan Taatilah Ulil Amri” sebaliknya hanya dicatatkan “Dan Ulil Amri” bermaksud wajib taat kepada Ulil Amri adalah ketaatan bersyarat iaitu Ulil Amri itu terlebih dahulu wajib taat kepada Allah dan wajib taat kepada Rasul dan benar-benar beriman kepada Allah s.w.t dan hari kemudian. Taat dalam erti kata mengikuti segala ketentuan Allah s.w.t dalam Al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w. 

Apabila Ulil Amri diletakkan sebaris (dalam ayat Al-Quran) dengan Allah s.w.t dan Rasullullah s.a.w, bererti Ulil Amri ini adalah insan Mukmin yang benar-benar terpilih dan layak di sisi Islam. Maka, sudah tentulah Ulil Amri ini adalah Mukmin yang benar-benar beriman kepada Allah s.w.t dan RasulNya dan benar-benar layak dan terpilih untuk memikul amanah Rasullullah s.a w. sebagai ketua kepimpinan, pengadil dan penegak syariat Islam di kalangan masyarakat Islam. Ulil Amri akan menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai satu-satunya dasar segala aspek kehidupan dan siasah kenegaraan ,dan segala perbezaan perdapat atau permasalahan dikembalikan kepada Al-Quran dan As-Sunnah.

Kata Ulil Amri bererti orang yang memegang Kekuasaan. Maulana Muhammad Ali dalam tafsirnya berkata Ulil Amri adalah ornag yang memegang kekuasaan di antara kaum muslimin. Ibnu ‘Unaiyah berkata Ulil Amri adalah para pemegang kuasa. Imam Ath-Thabary berpendapat Ulil Amri adalah Raja dan Kepala Pemerintah. Imam Ibnul ‘Araby berkata Ulil Amri adalah Pemerintah yang terdiri dari para Raja dan para Ulama,di mana Raja mengikuti nasihat Ulama dalam menentukan hukum-hakam. Imam Baidhawy menjelaskan Ulil Amri ialah para Amir (Pemimpin) kaum muslimin di zaman Rasulullah s.a.w. Peninggalan Ulil Amri dipindahkan kepada Khalifah,kadi,dan panglima pasukan tentera.

Imam Ar-Razy, Imam An-Naisabury, Imam Syeikh Muhammad Abduh, dan Syeikh Thantawy Jauhari bersependapat bahawa Ulil Amri adalah para Ahli Ijmak dan Para Ahlul halli wal aqdi. Ahli Ijmak adalah ahli ijtihad tentang hukum keagamaan. Ahlul halli wal aqdi adalah kelompok yang ahli dalam mengambil keputusan dan memberi pertimbangan yang sihat demi kepentingan umat.

Imam Al-Umady, Imam Al-Baghawy, Imam Al-Khazazien dan Imam As-Sayuthi berpendapat Ulil Amri adalah para raja yang benar dan para kepala Negara yang adil.

Kalau berdasarkan sistem politik kita, berdasarkan pendapat ulama-ulama di atas, dapat kita rumuskan bahawa Ulil Amri adalah Penguasa, atau Pemerintah sesebuah Negara yang diberi kepercayaan oleh majoriti rakyat, dan penguasa-penguasa yang dilantik oleh pemerintah seperti Ketua Turus Angkatan Tentera, Ketua Polis, Menteri Kabinet, wakil rakyat Yang Berhormat, Para Kadi dan Mufti dan lain-lain yang berpusat kepada pemerintah DENGAN syarat, mereka taat kepada Allah s.w.t dan taat kepada RasulNya seperti perbincangan di atas.

Ayat 83 dari surah An-Nisa menguatkan hujah dan sokongan Ulil Amri sebagai seorang penguasa yang Amanah yang berpegang kepada kebenaran dan menyampaikan segala kebenaran.

Oleh itu, taat kepada Ulil Amri atau pemerintah itu hukumnya wajib kecuali bila pemerintah tersebut tidak lagi menjalankan syariat Islam seperti yang sepatutnya.

Contoh Ulil Amri yang paling unggul dalam sejarah Tamadun Islam tidak lain adalah Saidina Abu Bakar As-Siddiq. Kita lihat ucapannya sebaik sahaja diangkat sebagai Khalifah pertama selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. di Masjid Nabi di hadapan kaum muslimin.

“Wahai semua manusia, sesungguhnya aku  dilantik menjadi Pemimpin kamu , padahal aku  bukanlah orang yang terbaik di antara kamu. Jika kamu melihat aku berada di atas kebenaran, maka tolonglah aku, dan jika kamu melihat aku berada di atas kebatilan, maka luruskanlah aku.

Orang yang kamu pandang kuat, aku  pandang lemah sehingga dapat dapat mengambil hak orang daripadanya. Sedangkan orang yang kamu pandang lemah, aku  pandang kuat sehingga aku  dapat mengembalikan haknya kepadanya.

Hendaklah kamu taat kepada ku selama saya taat kepada Allah dan RasulNya.Tetapi bila saya tidak mentaati Allah dan RasulNya lagi, tidak perlulah kamu taat kepadaku.

Perhatikanlah, jika manusia tidak bersedia berkorban menegakkan agama Allah, Allah akan mendatangkan bahaya kepada mereka. Apabila suatu bangsa berlaku aniaya, Allah akan menurunkan seksa kepada mereka” ( Saidina Abu Bakar As-Siddiq)

Khalifah kedua, Umar Al-Khattab berkata ketika dilantik sebagai Khalifah, “Semoga Allah merahmati seseorang yang menunjukkan kekurangan diriku kepadaku. Wahai sekalian manusia, barangsiapa di antara kamu melihat penyimpangan pada diri ku, maka hendaklah dia meluruskan aku”. ( Saidina Umar Al-Khattab)

Adalah jelas bahawa taat kepada Allah s.w.t iaitu mengikuti segala ayat Al-Quran dan taat kepada Rasul iaitu mengikuti segala sunnah Rasulullah s.a.w adalah menjadai syarat utama untuk taat kepada pemimpin. Sekiranya pemimpin itu menolak hatta hanya satu patah perkataan dalam Al-Quran, maka tidak lagi wajib bagi kita mentaatinya.

Hari ini,apakah pemimpin kita mengikuti dan mengamalkan petunjuk dari Al-Quran dan Al-Hadis?

Sistem pemerintahan kita, pemimpin dipilih di kalangan rakyat melalui pilihanraya. Maka adalah menjadi tanggungjawab besar bagi kita memilih calon yang boleh memenuhi ciri-ciri sebagai Ulil Amri.

Kerana rosak pemimpin, rosaklah satu bangsa dan negara.

Rujukan. CALON PILIHANRAYA oleh Tun Dr.Mahathir http://chedet.co.cc/cgi-bin/mt4/mt-tb.cgi/258

CALON PILIHANRAYA.

TrackBack URL for this entry: http://chedet.co.cc/cgi-bin/mt4/mt-tb.cgi/258

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: