Posted by: langitbiru3 | January 6, 2016

KERJASAMA YANG TERINDAH

KERJASAMA YANG TERINDAH

Kerjasama Pas-Umno.

Ada makna jelas  ‘Kerjasama’ dari Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka.

Adakah makna ‘Kerjasama’ ini sama bagi Umno?

Adakah makna ‘Kerjasama’ ini sama bagi Pas?

Atau maksud ‘Kerjasama’ bagi Umno itu tidak sama maksudnya bagi Pas? Dengan kata lain, kedua2 menyebut ‘Kerjasama’ tapi masing2 ada maksud lain!

Umno menerangkan  kepada Rakyat ‘Kerjasama’ ini lain maksudnya dari penerangan Pas. Setiap kali Umno menjelaskan kepada Rakyat konsep ‘Kerjasama’ ini, setiap kali pula, tidak tertinggal, penjelasan pembetulan  dari Pihak Pas bukan seperti yang dimaksudkan.

Samada Pas-Umno benar2 bekerjasama dengan maksud yang sama, atau bekerjasama dengan maksud lain lain, hanya mereka yang tahu!

Tapi jelas Rakyat ‘buntu dan keliru’.

‘Buntu dan keliru’ dari keterangan Umno.

‘Buntu dan keliru’ dari penjelasan Pas.

Keterangan atau penjelasan siapa yang boleh dipakai?

Atau kedua2 tak boleh pakai?

Apapun, naluri Langitbiru sangat kuat menyatakan, Umno tiada hasrat langsung untuk bekerjasama dengan Pas. Jauh sekali untuk bergabung dengan Pas. 

Apa yang Umno mahu, tiada wujudnya ‘Sistem 2 Parti’ dalam landskap Politik Malaysia.

Dalam kata mudah, tiada SATU BLOK PEMBANGKANG yang bersatu dan bersama di bawah satu naungan gabungan parti politik.

Dengan kata mudah, tiada lagi Pakatan Rakyat, hancur lebur Pakatan Rakyat.

Laungan ‘Kerjasama’ dari UMNO, tidak lain untuk menghancurkan Pakatan Rakyat, bukan bersungguh sungguh bekerjasama dengan Pas.

SUDAH MEMADAI bagi Umno, Pas keluar Pakatan Rakyat. Tidak perlu apa jua bentuk kerjasama dengan Pas.

SUDAH MEMADAI bagi Umno, Pas menentang DAP dengan seluruh kekuatan jentera dan tenaga. Itu sudah cukup MEMBANTU UMNO.

SUDAH MEMADAI bagi Umno, Pas terus menghukum dengan hukum agama yang keras ke atas Amanah. Itu sangat2 MENOLONG UMNO.

SUDAH MEMADAI bagi Umno, kesediaan Pas (yang sekian lama ‘lembut dan lunak’, ‘tiada marah-marah’ dengan Umno) ‘menyambut tangan’ Umno,  adalah KERJASAMA TERINDAH buat Umno.

Bagi pihak Umno, Langitbiru ucapkan 2.6billion terima kasih kepada Pas.

Semoga ‘Kerjasama’ Tuan, akan diingati sepanjang zaman.

Posted by: langitbiru3 | January 6, 2016

9 January 2016 yang ditunggu.

9 January 2016
Yang ditunggu-tunggu.
Yang dinanti-nanti.

Pemberita menunggu
Dah pasti akan melariskan akhbarnya

Parti2 politik menunggu

Parti Pas menunggu
Khabarnya ada Taklimat Khas Presiden

Parti Gabungan Pakatan Harapan menunggu. Termeterai Penjanjian Politik konsensus bersama.

“KEBETULAN” 2 Peristiwa penting ini…
BERMAKNA

1. PAS “secara sah dan rasmi”
Tidak akan menyertai Pakatan Harapan.

Bukan perkara baru.
PAS juga tidak hadir Sidang Meja Bulat Penubuhan Pakatan Harapan September 2015. Alasan Pas mereka “tidak dijemput”. Jemputan macam mana lagi yang Pas mahukan?

Apapun, Pasca Sidang Meja Bulat tersebut, Pas beberapa kali menegaskan TETAP tidak akan menyertai Pakatan Harapan.

Maka “KEBETULAN” tarikh 9 Jan 2016, isyarat nya sangat jelas , ‘MUKTAMAD’ PAS tidak akan sertai Pakatan Harapan.

2. Spekulasi atau Propaganda di media baru, mendakwa Taklimat Khas Presiden itu bertujuan menjelaskan kepada SELURUH JENTERA PAS tentang KERJASAMA PAS-UMNO.

Naib Presiden, Ustaz Idris, secepat kilat menafikan nya bahawa Pas akan bergabung dengan Umno.

Tatkala, pada masa yang sama, tersebar berita MSU PAS, sudah membuat Ijtihad dan Keputusan Muktamad soal Kerjasama PAS-UMNO.

Sangat menarik!

Kerana sebelum ini, ‘berviral’ dalam semua mediabaru dan mediamasa, Kerjasama PAS-UMNO adalah kerjasama Government-to-Government @ G2G. Termasuklah kenyataan Menteri Besar Kelantan, merangkap Timbalan Mursyidul Am Pas, ia satu kerjasama yang sekian lama terjalin antara G2G.

Ya.
Jika G2G alasannya, maka apa perlu MSU bersidang?
Jika G2G alasannya, maka apa perlu Taklimat Khas Presiden?

YANG PASTI,
Mesyuarat MSU dan Taklimat Khas Presiden ini “SATU PERKARA BARU”, bukan Kerjasama G2G yang dimaksudkan, TAPI ‘satu perkara baru’.
Tidak tepat Ustaz Idris sebut, ia PERKARA BIASA!

Apakah ‘satu perkara baru’?

Tungguuuuuuuuu!

3. Harapan Rakyat untuk melihat kesinambungan ‘Sistem 2 Parti’ dalam landskap politik negara “BERKECAI”.

“BERKECAI” kerana Pembangkang ada 2 kumpulan, bukan satu.

‘Sistem 2 Parti’ ini sebenarnya SANGAT BERKESAN mengimbangi Kuasa Pemerintahan Persekutuan, terutama dalam konteks ‘Check & Balance’.
Kebiasaannya, kekuatan antara Kerajaan dan Pembangkang adalah seimbang, iaitu Kerajaan yang memerintah hanya bersandarkan Majoriti Mudah, bukan 2/3 Majoriti.

‘Check & Balance’ ini berfungsi sebagai “PENASIHAT” yang sangat berkesan kepada Kerajaan Pemerintah. Bagaimana pun, PAS mahu menjadi ‘PENASIHAT’ dengan caranya tersendiri, ‘MENOLAK’ untuk jadi ‘Penasihat Bersama’ dalam blok Pembangkang.

Atas Dasar Syariat ATAU Ego, wallahualam!

4. Yang ditunggu-tunggu oleh DAP dan Amanah adalah PENDIRIAN PKR tentang keberadaannya dalam Pakatan Harapan dan Pakatan Rakyat.

Apa lagi yang ditunggu……….?

Posted by: langitbiru3 | January 4, 2016

BENCINYA PAS KEPADA AMANAH

Kebencian Pas kepada Amanah jauh melebihi kebenciannya kepada UMNO dan DAP.

Itu satu kesimpulan yang boleh dibuat Pasca penubuhan Parti Amanah Negara (Amanah).

Selepas pembersihan ‘Tapisan Allah’ di peringkat Kepimpinan Pas Pusat, pembersihan ‘Tapisan Allah’ akan dilakukan di semua peringkat kepimpinan. Mereka yang menyokong kumpulan habuk dan hampas  tapisan ini dicabar untuk keluar parti dan tubuh parti sendiri. Apabila kumpulan ini keluar parti, Presiden Pas menyatakan sangat gembira dan syukur kerana ‘Tapisan Allah’ ini berlaku dengan sendirinya. (Mungkin yang dimaksudkan  tidak seperti berlaku dalam Kepimpinan Pusat yang perlu melalui proses muktamar)

Selepas kewujudan Parti Amanah ini, Pas masih berterusan mengecam Amanah dan pemimpinnya. Pas mengecam Amanah sebagai ‘Barua dan Boneka’ DAP. Bukan baru, bahkan semasa pemilihan Kepimpinan Pas Pusat, mereka ini digambarkan sebagai ‘disokong dan ditaja’ oleh DAP.

Antara salah satu perbezaan pandangan politik kumpulan ini dengan ‘Kumpulan Presiden’  adalah tahaluf dengan DAP ini perlu dikekalkan.

‘Kumpulan Presiden’ @ Kepimpinan Pas Pasca Muktamar ke 61, berpandangan tahaluf dengan DAP ini wajib diputuskan kerana telah melanggar syarat2 tahaluf.

DAP dan PAS bukan pertama kali ‘disatukan’ dalam satu blok politik.  Mereka pernah bersama dalam Barisan Alternatif  (BA), dan akhirnya mereka berpecah. Puncanya, salah satunya kerana soal hudud. Bagaimanapun, Pas di zaman BA di bawah pimpinan Ustaz Fadhil Nor, tidak ‘menyerang’ atau menzahirkan kebencian kepada DAP seperti Kepimpinan Pas pada hari ini. Bahkan Mursyidul Am Pas masa itu, Tok Guru Nik Aziz juga mengambil pendekatan yang sama. Meskipun Karpal Singh menyebut, ‘Langkah mayat saya dahulu jika nak laksana Hudud’, Tok Guru Nik Aziz tetap hadir pada harijadi Karpal Singh!

Hari ini, DAP ini digambarkan oleh Pas sebagai parti Chauvinist Cina, parti perkauman Cina sebagaimana UMNO lakukan selama ini. DAP dianggap sebagai MUSUH Melayu.  Bahkan tidak keterlaluan jika disebut, PAS telah ambil alih tugas dari UMNO untuk menyerang DAP sebagai parti perkauman Cina!

Lebih buruk dari persepsi Parti Perkauman Cina, MUSUH Melayu, DAP hari ini digelar sebagai MUSUH Islam. Kebencian PAS terhadap DAP ini sangat ketara dan  jelas di peringkat akar umbi, sehingga mereka memanggil DAP sebagai DAPig. “Pig” @ babi itu, dalam budaya Melayu, bila disebut babi, itu menunjukkan kemuncak kemarahan atau kebencian! Itu menunjukkan akar umbi Pas sangat2 benci kepada DAP. Bahkan ramai juga memanggil DAP @ DAPig ini sebagai KAFIR HARBI laknatullah. Kafir yang ‘sah’ dihalalkan darahnya! Semua ini kerana Pemimpin Pas sendiri yang ‘menghukum’ DAP sebagai MUSUH Islam. Dan pemimpin ini tidak pernah menegur atau menasihati ahlinya jangan ‘menghukum’ DAP sedemikian rupa.  

Perkara seperti ini tidak pernah berlaku di zaman Ustaz Fadhil Nor dan Tok Guru Nik Aziz.

Bermakna, kebencian Pas terhadap DAP itu mengatasi kebencian UMNO terhadap DAP.

Dengan kebencian menggunung itu, Amanah digelar sebagai ‘Barua dan Boneka’ DAP. ‘Barua dan Boneka’ ini ‘hukumnya’ ‘MUNAFIK’ bagi  Pas.

Kebencian kepada ‘Kaum Munafik’ itu mengatasi kebencian kepada ‘ Kaum Kafir’.

Tidak terkejut lah, di Muktamar lepas, wakil Dewan Ulama Perak, menyebut dari 10 peluru, 9 dihala kepada Munafik, hanya satu di hala kepada musuh.

Lengkap lah ‘hukuman’ “Tapisan Allah” sebagai golongan ‘Munafik’, maka ahli-ahli akar umbi   berterusan menyerang mereka.

Dengan itu, kebencian ke atas Amanah ini mengatasi kebencian ke atas DAP.

Kontradiksi kepada Kebencian ammarah ini, Ketua Pemuda Pas ‘mengistiharkan’ tamat sudah politik marah ke atas UMNO. UMNO perlu didekati dengan ilmu dan iman.

Tidak syak juga, Ketua Pemuda Pas ini antara ‘mastermind’ dalam strategis PAS hari ini.

Maka kesimpulannya, Pas membenci Amanah ini, mengatasi Pas membenci DAP dan UMNO.

Apakah kebencian ini berdasarkan Syariat atau nafsu ammarah?

Sedangkan Amanah ini HAKIKATNYA bagi Pas,  saling tidak tumpah sebagai satu titik hitam di tengah tengah kertas yang putih. Yang putih pengalaman berdekad dekad bersama itu dilupai, yang titik hitam itu juga yang diingati!

Wajar kah?

Posted by: langitbiru3 | December 20, 2015

Dari Amanat Kg Paradong ke Multaqa.

Surah Al-Anfal, Verse 61:

وَإِن جَنَحُوا لِلسَّلْمِ فَاجْنَحْ لَهَا وَتَوَكَّلْ عَلَى اللَّهِ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Dan jika mereka (pihak musuh) cenderung kepada perdamaian, maka engkau juga hendaklah cenderung kepadanya serta bertawakalah kepada Allah. Sesungguhnya Ia Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Surah Al-Anfal, Verse 62:

وَإِن يُرِيدُوا أَن يَخْدَعُوكَ فَإِنَّ حَسْبَكَ اللَّهُ هُوَ الَّذِي أَيَّدَكَ بِنَصْرِهِ وَبِالْمُؤْمِنِينَ

Dan jika mereka bertujuan hendak menipumu, maka sesungguhnya cukuplah Allah (menjaga dan memberikan perlindungan) kepadamu. Dia lah yang menguatkanmu dengan pertolonganNya dan dengan (sokongan) orang-orang yang beriman.

Pertama kali 2 ayat di atas “diperkenalkan secara rasmi” di Mimbar Khutbah Jumaat, Masjid Rusila, Marang, Terengganu Kite.

Sudah agak lama. Dan sejak itu jugalah, kedua2 ayat itu kerap dijadikan topik kuliah dan tazkirah. Juga dalam Usrah Haraki serta pelbagai program ilmiah parti.

Seperti biasa, sewaktu berkumandang di Mimbar Masjid Rusila, ia dilafazkan secara umum. Tidak spesifik ditujukan kepada mana2 pihak. Umum!

Dengan siapa untuk makmum Jumaat untuk berdamai, tidak dinyatakan dengan terang dan jelas. Pihak mana yang cenderung untuk berdamai tidak disebut dengan jelas. Dan pihak mana yang mahu menipu juga tidak dinyatakan dengan pasti.

Logik akal nya, siapa yang bermusuh selama ini dengan Pas? Siapa yang selalu menipu Pas? Itu seluruh seantaro Malaysia tahu, secara tradisi sekian lama hampir 6 dekad, tidak lain tidak bukan adalah Umno.    

Kenyataan terbuka secara umum, tidak spesifik kepada sesiapa, sudah jadi satu “trademark” Tok Guru.

Amanat Kg Paradong juga satu kenyataan terbuka secara umum.  Dengan siapa kita berjihad dan mati syahid kerananya tidak disebut dengan terang, jelas dan nyata. Ia secara umum. Akan tetapi, ianya diucapkan di kampong, sebuah kampong, bukan di bandaraya. Maka bahasa nya adalah bahasa yang paling mudah untuk difahami oleh orang kampong. Natijahnya,  orang kampong sendiri membuat “tafsir dan memahaminya”, maka berlakulah sembahyang 2 imam, perkahwinan  diakadnikahkan semula dan jatuh haram memakan sembelihan orang2 yang difahami itu.  

Sama jugalah dalam PRU13  isu Pil Kuda. Seantaro Malaysia melihat dan mendengar di kaca televisyen, Pas terpaksa bertanding di kerusi PKR kerana ada calun PKR terlibat dengan Pil Kuda. Juga tidak dinyatakan dengan jelas, terang dan nyata, siapa calun tersebut. Ia satu kenyataan umum yang terbuka. Wal hal, bagi orang Pantai Timur, pil kuda adalah satu gejala sosial yang sukar dibendung di Pantai Timur. Kerana kenyataan  umum yang tidak spesifik ini, Mahkamah bersetuju ia bukan satu fitnah.

Itulah “trademark” nya.

Maka pihak mana yang cenderung untuk berdamai, dan pihak mana yang ada kebarangkalian mahu menipu, tidak dinyatakan secara spesifik.

TAPI, majoriti faham, yang dimaksudkan adalah Umno.
MAKA, jika sesiapa yang menuduh Pas mahu berdamai dengan Umno, ia segera dipatahkan sebagai perbuatan FITNAH, kerana Mimbar Rusila tidak pernah menyebut sedemikian! Bolehjadi jika mereka saman sesiapa yang buat FITNAH, jatuh muflis orang tersebut!

Selepas sekian lama 2 ayat itu dikupas lagi dan lagi, baik di peringkat cawangan, kawasan, negeri mahupun pusat,  maka JALANNYA mula dibuka oleh UMNO di Perhimpunan Agong 2015.

Bagi menunjukkan Umno sangat sangat bersungguh sungguh, dibalas hantaran 2 ayat di atas dengan satu ayat perintah dari Surah Al-Baqarah, berpegang teguhlah kamu dengan Tali Allah. Ketua Kabilah Umno siap memberi TAFSIR ayat dengan lengkap dengan muka manis dan senyuman bibir yang anggun menawan. Ia berlaku di Multaqa Alumni Al-Azhar anjuran Jabatan Perdana Menteri.

Bagi ‘mengikat’ “berbalas hantaran” ayat ayat ini, dicatatkan dalam satu Resolusi Bersama, Pas dan Umno perlu bekerjasama demi Perpaduan Ummah khusus Di Malaysia.

Sudah tentu, di pihak sana YAKIN, inilah kejayaan Dakwah Pas kepada mad’u nya selama ini. Sebelum Umno, pihak sana juga berhujah, PERKASA yang perkasa juga berjaya menerima usaha DAKWAH pihak sana. Maka pihak sana menyambung hujah, inilah kehebatan dan kebijaksanaan ketua kabilah dalam berpolitik dan berdakwah. ……Umno & Perkasa sudah berubah!

Bahkan seawal pasca PRU2008 yang “gemilang” bagi Pembangkang, Ketua Kabilah berkata, Umno hari ini sudah berlaku anjakan paradigma yang tidak lagi menyatakan Politik Suku Agama Suku. Sekaligus, barangkali memadamkan Amanat Kg Paradong yang jatuh kafir jika mengatakan Politik Suku Agama Suku.

Oh… banyak lagi kenyataan umum yang terbuka yang menunjukkan ‘minat’ ke arah itu. Umno tidak seburuk Firuan. Apa guna kemenangan jika berlaku huru-hara. Dan banyak lagi “trademarks” nya yang “sukar” difahami.

Cuma, bila ahli “sukar” memahami, tindakan ahli tidak pula dipantau, ditegur, diperbetulkan sama seperti Pasca Amanat Kg Paradong. Bahkan tindakan keterlaluan “tiada akhlak” ahli ke atas ahli yang lain, langsung tidak dihiraukan. Seolah-olah direstui nya pula! Yang demikian itu, punca kepada perpecahan yang teruk.

Tapi di pihak sana tetap menyatakan, inilah Tapisan Allah!

Posted by: langitbiru3 | December 16, 2015

Pas-Pasma-Amanah wajar berdamai.

Pas-Pasma-Amanah Wajar Berdamai.

Satu Malaysia tahu, Pasma dan  Amanah adalah pecahan dari Pas. Ia satu rentetan perselisihan yang lama semasa dalam Pas. Anehnya,  perselisihan itu bermula Pasca Tsunami Politik 2008, kemenangan luar biasa parti-parti  pembangkang.

Mengapa selepas kemenangan besar,  bermula perselisihan dalaman @ politiking dalaman?

Pasma lahir ketika ‘kemuncak’ Krisis Menteri Besar Selangor. Pasma menjangkakan Pakatan Rakyat bakal berkubur ekoran pergolakan yang berlaku. Dan Pasma menyalahkan Kepimpinan Pas sebagai ‘punca’. Maka alasan kewujudan Pasma adalah mempertahan kan dan mengukuhkan Pakatan Rakyat.

Pasma lantang bersuara mengkritik Kepimpinan Pas. Pada masa yang sama, susulan Krisis MB Selangor,  pertembungan “Kumpulan G18” dengan “Kumpulan Presiden” kian memuncak.

Dan akhirnya,  Muktamar ke 61, diperlihatkan “Jalan Keluar” kepada politiking dalaman yang sangat sengit, Pasca Muktamar lahirlah Amanah.

Barisan Kepimpinan Pas baru @ Pasukan Presiden dilihat semakin intim dengan Umno. Lunak dan lembut dengan Umno, jauh berbeza dari kebiasaan Pas yang terkenal tegas ‘Nahi Mungkar’nya terhadap Umno. Pembaharuan Pendekatan  Kepimpinan ini mengeruhkan lagi keadaan perselisihan dengan Pasma-Amanah. 

Itu semua sudah menjadi sejarah.

Bagaimana pun, impaknya di kalangan ahli ahli di bawah sangat mendalam hingga menyebabkan keharmonian di kampung kampung yang selama ini berjuang bersama selama 3-4 dekad begitu tergugat dan terkesan. Masjid masjid tempat bersama juga menjadi ‘muram’. Tiada lagi bersalaman dengan penuh akrab dan kasih sayang, hanya sekadar bersalam. Lebih menyedihkan, mimbar mimbar masjid juga dijadikan tempat ‘menyerang’ lawan. Keharmonian selama ini ‘hilang’ begitu saja.

Sewajarnya,  pemimpin2 Pas-Pasma-Amanah perlu hentikan semua ini dan mengembalikan keharmonian suatu masa dulu. 

Untuk itu, Pas-Pasma-Amanah perlu cari jalan perdamaian. Buang yang keruh ambil yang jernih. Berlapang dada dengan pilihan masing2. Masing2 mempunyai matlamat yang sama,  mendaulatkan Islam ke dalam Sistem Pentadbiran Negara. Tapi jalur pemikiran dan pendekatan yang berbeza.

“Berpisah untuk Bersatu” mengembeling tenaga dan fikiran mencapai matlamat yang sama.

Yang sangat penting,  perpaduan dan keharmonian di kampung kampung akan kembali bertaut seperti sediakala. 

Jangan sesama saudara seagama ini berterusan bertelingkah hingga ‘yang menang jadi arang, yang kalah jadi abu’. Sesungguhnya, perbalahan ini tiada menguntungkan sesiapa, kecuali ‘musuh’ lama.

Kembalilah bersatu kerana Allah swt.

“Berpisah untuk Bersatu”.

Langitbiru
Rabu 16 Disember 2015.

Posted by: langitbiru3 | December 16, 2015

PEMBANGKANG PERLU BELAJAR DARI BN

Pembangkang perlu belajar dari BN.

‘Sistem 2 Parti’ atau 2 blok Politik adalah sesuatu yang wajar buat masa ini di Malaysia. Kesannya nampak agak ketara sejak PRU2008.

Bagi Blok Parti yang memerintah, ini sangat tidak disukai mereka.

Bagi Rakyat terbanyak,  ia sesuatu yang baik, terutama dalam konsep ‘check & balance’ terhadap pengurusan dan pentadbiran Negara.

BN yang terdiri dari 14 parti komponen, yang diterajui oleh Umno sentiasa teguh setiap pilihanraya umum. Namun,  sejak 2008, bila pembangkang berjaya mencapai konsensus bersama untuk meletakkan calun 1 lawan 1 menghadapi BN, ia membuahkan hasil yang sangat luar biasa,  diingati sebagai TSUNAMI POLITIK. Seterusnya wujud gabungan parti  pembangkang, Pakatan Rakyat.  BN mula tergugat. Dan sangat diimbangi oleh kepimpinan BN.

Pakatan Pembangkang bagaimanapun hanya dianggotai 3 parti. Kekuatan ketiga-tiga parti tersebut seimbang. Bermakna, jika salah satu parti menarik diri, atau jika 2 parti dalamnya bertelagah, kekuatan pakatan ini ‘sertamerta’ rapuh dan goyah.

Untuk pakatan pembangkang lebih stabil, ia perlu menambah keanggotaan pakatan ini dari 3 kepada sekurang2 5 parti komponen. Tidak boleh tidak,  sangat perlu pakatan ini mencari rakan baru di Sabah dan Sarawak.
Pendek kata, Pakatan pembangkang perlu mencontohi parti pemerintah BN yang sayapnya  mencakupi seluruh tanah air.

Persempadanan Semula Kawasan Pilihanraya, yang dijangka akan dibentangkan pada Mac 2016, menyaksikan pertambahan kerusi DUN dan Parlimen.

Kerusi Parlimen sekarang ini 222 kerusi, mungkin bertambah 25-30 kerusi baru.

Sewajarnya,  pertambahan kerusi2 baru, menjadikan kawasan2 semakin kecil tapi semakin banyak, maka jentera jentera parti parti juga perlu ditambah dan diperkuatkan. Ia lebih berkesan jika keanggotaan  parti pembangkang bertambah, kerana boleh dibuat lebih penumpuan dan pengkhususan kepada kawasan2 pilihanraya.

Pada teorinya, jika pakatan pembangkang bergabung, DAP, PAS, Amanah, PKR, PSRM serta disertai sekurang2nya satu parti dari Sabah dan Sarawak, ia kelihatan mampu menggugat Barisan Nasional.

Bagaimanapun,  parti parti ini perlu bijak mengurus keperbezaan ideologi perjuangan,  dan mewujudkan kestabilan gabungan pakatan sebagaimana dilakukan BN.

Pembangkang,  jika meletakkan Rakyat dan Negara sebagai satu keutamaan, perlu bertolak ansur dan berlapang dada satu sama lain.

Setakat hari ini, itu antara formula yang boleh dilihat mampu membuahkan hasil.

Jadikan lah harapan rakyat itu satu keutamaan , satu keperluan utama bagi menghadapi PRU14. Ketepikanlah ‘EGO’ masing2 demi kesejahteraan Rakyat Malaysia.

Langitbiru.
Rabu, 16 Disember 2015.

Posted by: langitbiru3 | November 11, 2015

PAS WAJAR IKTIRAF AMANAH

Lumrah, bila berpisah hidup akan dibawa bersama perasaan dan emosi. Barangkali, hanya berpisah mati manusia ‘redha’ kepada Qada & Qadar Allah swt.

Sesuatu yang amat sukar dilakukan manusia dalam  soal perpisahan hidup ini adalah mohon maaf dan/atau memaafkan! Di sana perlu muhasabah diri yang tinggi!

Sebahagian ahli Pas, meninggalkan Pas menubuh Parti baru, wadah baru kata mereka,  iaitu Parti Amanah Negara (Amanah). Apakah ahli Pas umumnya,  dan Kepimpinan Tertinggi Pas khususnya berfikir ia  satu keputusan yang sangat mudah bagi mereka?

Langitbiru berpendapat,  ia satu keputusan yang sangat sukar bagi mereka.  Sangat sukar untuk menyisih diri, menarik diri dan keluar parti yang sekian lama bersama berjuang!

Percayalah.  Ia keputusan yang sangat sukar!!!

Bagi Langitbiru,  masing2 ada saham kepada perpisahan ini. Tidak perlu rasanya kita ungkit perkara yang lepas.  Masing2 melihat dari sudut pandang yang berbeza, maka kesimpulannya juga berbeza.

Sebab itu di sana perlu muhasabah diri yang tinggi.
Perkara yang kritikal impaknya di bawah/masyarakat adalah  ketidakharmonian, maklumlah kita satu usrah, satu parti sebelumnya.

Ketidakharmonian ini sesungguhnya merugikan semua yang terlibat.

Wajar masing2 melihat perpisahan ini dari sudut yang positif.  Setidak tidaknya perlu melihat perpisahan ini mengurangkan politiking dalaman yang sangat kuat dalam Pas,  yang bukan menguatkan parti tetapi melemahkan parti.

Jalur pemikiran dan fikrah kedua2 kumpulan  ini jelas berbeza, tidak sama, terutama soal KEUTAMAAN politik  dan cara PENDEKATAN politik. Walaupun matlamat nya sama. Keperbezaan ini mewajarkan masing2 bergerak dalam wadah yang berasingan. Tetapi perlu mengekalkan sinergi dalam soal ‘Amar Maaruf Nahi Mungkar’ politik dan kepimpinan Negara.

Pas dan Amanah mempunyai 99.9% persamaan. Hanya 0.1% atau ibarat satu titik hitam di atas sehelai kertas putih, perbezaannya. Mengapa kita memilih 0.1% untuk tidak bersama?

Sepatutnya dan sewajarnya, Pas dan Amanah,  yang datang dari susur galur yang sama, pernah berjuang bersama, menjadikan ‘Perpisahan ini kerana Allah swt’, berlapang dada dan kembali bersinergi bersama menentang kezaliman UmnoBN.  Gunakan kekuatan dan pengaruh masing2 ,
bersinergi untuk membawa Malaysia yang lebih adil dan sejahtera.

Buang yang keruh, ambil yang jernih. Kembalilah kepada Al-Quran dan Rasul  bila berselisih pandangan sepertimana Quran nyatakan.

Posted by: langitbiru3 | November 10, 2015

KEUTAMAAN PAS & TGHH MENGISLAHKAN PM & UMNO

KEUTAMAAN PAS DAN TGHH MENGISLAHKAN PM DAN UMNO.

Keutamaan Pas dan Kepimpinan TGHH hari ini, yang dijadikan HALATUJU Parti Pas adalah mengislahkan PM dan UMNO, supaya mengubah Dasar dan Sistem Pemerintahan.

Itu kesimpulan yang boleh dibuat dari tulisan ‘Propagandis Zaman’,  Pak Subky Latif.

Langitbiru peminat setia tulisan ‘Propagandis Zaman’, Pak Subky. Dan amat menghormati Pak Subky sebagai seorang tersangat tinggi pengalamannya, ilmunya dan ketajaman tulisan kewartawanan nya.

Namun, saya memohon jutaan maaf kerana memilih untuk berbeza pandangan.

Apakah tulisan ini benar benar ikhlas datang dari lubuk hati dan naluri Pak Subky?

Atau tulisan ini benar benar datang dari  seorang  propagandis partisan, yang peranannya  mempertahankan Presiden dan Parti?

Membaca tulisan Pak Subky ini, seolah-olah tidak percaya datang dari Pak Subky yang saya kenali!

1. Tidak salah untuk Presiden meng-islah PM dan UMNO. Bahkan sangat dialu-alukan sebagai seorang Pendakwah.

Namun, kita fikir sangat sesuai jika dibuat atas kapasiti peribadi sebagai pendakwah,  bukan mewajibkan  seluruh ahli parti berbuat demikian!

Sangat sesuai jika dibuat atas kapasiti peribadi dan pendakwah, lebih lebih lagi atas kapasiti peribadi, Presiden pernah  mengeluarkan ‘Amanat HjHadi’ awal 80an.

Bagaimanapun, jika Presiden mahu ‘mewajibkan’ semua ahli wala’ dan tsiqah kepada Ijtihad nya, bawalah perkara ini, pendekatan nya di Muktamar.

Jelaskan sejelas-jelasnya sebagaimana jelasnya memberi Khutbah Jumaat kepada semua ahli. Penjelasan dan penerangan ‘once for all’ di Muktamar, sangat penting untuk mengelakkan salah faham, buruk sangka dan persepsi hingga membawa kepada perpecahan.

Adalah jelas, Keutamaan Pengislahan PM dan UMNO tidak dibincangkan di JK Pas Pusat (sebelum Muktamar Jun 2015) dan tak pernah di bentangkan di Muktamar.

Presiden mahu semua ahli FAHAM dan WALA’ serta TSIQAH dengan Ijtihad nya,  TETAPI tidak pernah menghuraikan dengan terperinci Ijtihad nya,  bagaimana ahli nak faham dan jelas?

Bila ahli tidak faham, jangan pula di-broker dan di-barua-kan!

Jangan di-jebon-kan.

Jangan juga di-tolol-kan.

Jangan dianalogikan ‘salakan anjing serigala’.

Dan sangat tidak adil di-munafik haraki, dibanggakan ‘Tapisan Allah’, kerana ahli tidak faham Ijtihad.

2. Kembali kepada tulisan Pak Subky,  saya tertarik analogi perbandingan Kisah Nabi Musa keliru dengan tindakan  Nabi Hidzir.

Seolah-olah sebahagian ahli keliru dengan tindakan Presiden.

Nabi Musa seorang Rasul yang besar. Kisah Baginda dengan Nabi Hidzir adalah proses menuntut ilmu,  satu pengajaran dan tarbiah untuk Baginda. Meskipun seorang Rasul yang besar dan utama,  ada lagi perkara atau ilmu yang Baginda tidak ketahui.

Perbandingan itu kurang tepat, kerana kekeliruan ahli terhadap Presiden bukan soal menuntut ilmu, pengajaran dan tarbiah, tetapi pendekatan politik mengislahkan PM dan Umno.  Tersasar perbandingan tersebut!

Pak Subky cuba memberitahu,  Presiden punyai ilmu yang sangat tinggi, hingga tidak tercapai oleh akal sekalian ahli untuk memahami tindakan Presiden.  Maka,  ahli wajib wala’ dan tsiqah ke atas Presiden,  jangan bertanya , jangan komplen sebagaimana seharusnya tindakan Nabi Musa ke atas Nabi Hidzir?

Sebaliknya kita berkata, kenapa (Presiden seorang Ulama’ besar)  tidak diambil pengajaran Nabi Musa, walaupun seorang Rasul yang besar dan utama, masih ada perkara dan ilmu yang tidak diketahui Baginda. Dan Baginda sedia belajar menuntut ilmu dari seorang Nabi.

3. Pak Subky menjelaskan pendekatan Presiden adalah lanjutan misi kenabian yang dibawa oleh para Rasul.

Nabi Ibrahim dengan Namrud.

Nabi Musa dengan Firaun.

Nabi Muhammad saw dengan Kabilah Quraisy dan Raja Najasyi.

Benar, Para Rasul di atas tidak berusaha menjatuhkan Raja atau menyuruh Raja turun takhta.

Misi para Rasul adalah berdakwah kepada Raja soal batasan IMAN dan KUFUR. Menyeru meninggalkan kesesatan kepada Akidah Tauhid, beriman kepada Allah swt.

Soal PAS dengan UMNO, bukan soal batasan IMAN dan KUFUR.

Status Presiden UMNO dan UMNO tidak sama dengan Status Raja Firaun,  Raja Namrud,  dan Raja Najasyi.

Sebagaimana tulisan Pak Subky, Pas dan UMNO,  hanya berbeza soal Dasar dan Sistem, yang mana Pas mendakwa ianya tidak mengikuti Syariat.

Jika demikian,  Misi Dakwah para Rasul ke atas Raja2 yang Kufur (kecuali Raja Najasyi), tidak sama dengan misi Islah Presiden ke atas PM dan UMNO!

Maka,  jika Tok Guru jumpa Najib,  tidak boleh dianggap sama Nabi Ibrahim jumpa Namrud dan Nabi Musa jumpa Firaun.

4. Pak Subky menyebut Presiden pernah berkata, menukar orang(pemimpin) tidak menjamin bertukar Dasar dan Sistem.

Sebaliknya kita berkata,  menukarkan Dasar dan Sistem juga tidak menjamin Pemimpin itu komited dan Istiqamah dengannya.

Bukankah Pas yang sekian lama membawa Politik Islam, sangat komited dan Istiqamah SOAL PEMIMPIN/KHALIFAH  dan Kepimpinan, mestilah dari mereka yang bertakwa.

Dan ini dipelupori dalam Pas Konsep Kepimpinan Ulama’, dan pernah dibuktikan di Kelantan di bawah arwah TGNA.

Maka kita berkata, KEUTAMAAN hari ini bagi Rakyat Malaysia dan Parti Politik adalah menggantikan Pemimpin dan Kepimpinan dari kalangan orang yang beriman dan bertaqwa serta bijaksana yang mampu mengubah Dasar dan Sistem Negara.

Tidak boleh salah satu, kedua2 nya,  yakni Pemimpin dan Dasar/Sistem perlu ditukar sekaligus serentak.

4. Dan Pakatan Rakyat sudah amat hampir mencapainya.  Hanya perlu sokongan undi  tambahan 5% kepada 52% yang telah dicapai.

Mengapa dihentikan momentum ini dan digantikan dengan strategi Pengislahan PM dan Umno?

5. Apapun, itu semua TAFSIRAN Pak Subky ke atas tindakan Presiden.

Bukan PENJELASAN dari lisan lidah Presiden sendiri.

Kita fikir,  jika Pengislahan kepada PM dan UMNO sudah nampak kejayaanya, sekurang kurangnya  tidak berlaku drama Derma 2.6bil dan 1MDB!

6. Kita berpandangan, bukan satu kecerdikan politik JIKA kita berusaha MENG-ISLAHKAN PM dan Umno,  menyebabkan  Puluhan Ribu ahli keluar Parti.

Bukan satu kebijaksanaan politik juga Peng-Islah-an PM dan UMNO ini dilakukan ketika mana majoriti rakyat menolak UmnoBN.

Dan bukan satu kebijaksanaan politik juga Peng-Islahan ini dilakukan ketika mana Umno nyawa-nyawa ikan, seperti telur di hujung tanduk.

Secara logiknya, PKR lah yang resah gelisah! Apatah lagi mereka meletakkan Ketua Umum nya ke dalam resiko politik yang sangat tinggi. Anwar MESTI mendapat undi majoriti yang jauh lebih tinggi berbanding dengan mantan ADUNnya. Jika Anwar menang dengan majoriti yang kecil dan lebih rendah dari sebelumnya, imejnya sebagai PEMIMPIN UTAMA PR akan tercalar. Yang tercalar sama, bukan sahaja PKR, tetapi PAS dan DAP sebagai rakan sekutu utama. BERMAKNA, N25 Kajang, PR umumnya dan PKR khususnya terasa resah gelisah.
 
Secara realitinya, UMNOBN mula senak perut, loya-loya dan resah gelisah. Najib, dari zaman teramat muda, menongkah hierarki Kepimpinan UMNO dengan sangat mudah, sentiasa mengambil pendekatan “playsafe”. Bagaimanapun, beliau sebenarnya mempunyai pemikiran politik yang biasa, bukan luar biasa sangat pun! Kerana laluannya ke puncak kepimpinan UMNO sangat mudah, beliau tidaklah “berguru” atau mendapat tunjuk ajar yang khusus daripada Presiden UMNO atau pemimpin lama UMNO. Adakah Najib anak didik Mahathir? Dari segi pendekatan politik yang diambilnya, tidak mencerminkan beliau bekas anak didik Mahathir!
 
Anwar, di zaman awalnya sangat rapat dengan Fadhil Noor, terutamanya semasa dalam ABIM. Keakraban itu memberi pengajaran dan pelajaran yang sangat bermakna kepada Anwar. Dalam UMNO, Anwar mendapat bimbingan yang cukup baik dari Mentornya, Mahathir. Fadhil Noor, satu-satunya pemimpin utama PAS yang berjaya membaca  pemikiran politik Mahathir. Fadhil Noor berjaya mewujudkan asas yang kuat kepada PAS, menjadi sebuah parti masa depan. 
 
Ramai yang berfikir, Anwar sudah nampak permainan politik Mahathir dalam era Najib. Mahathir “menyerang” Pak Lah dari segenap penjuru, menggunakan kekuatan dan pengalamannya sepenuhnya untuk menekan Pak Lah supaya berundur. Maka, tidak terperanjat, Muhyiddin secara jelas mahukan Pak Lah berundur. BAGAIMANAPUN, Mahathir sangat sedar dan arif, natijah serangannya bertali arus kepada Pak Lah, bukan sahaja Pak Lah “tersungkur”, bahkan UMNO juga turut “tersungkur”!
 
MAKA, berdasarkan pengalamannya itu, Mahathir tidak boleh “menyerang” Najib, sebagaimana beliau menyerang Pak Lah. KERANA, jika Mahathir berbuat sedemikian, akan melengkapkan 2 batu nesan untuk UMNO! Bagaimanapun, KELEMBIKKAN NAJIB dalam menerajui UMNO dan Negara, sangat sangat tidak disenangi oleh MAhathir. Mahathir juga ada agenda untuk Puteranya, Mukhriz. Nak tak nak, demi kelangsungan karier Politk puteranya, Mahathir tidak boleh membedal Najib secara keterlaluan!
 
Selain Mahathir, Daim dan Putera Raja dari Kelantan,  Tengku Razaliegh juga tidak bersetuju dengan langkah-langkah Kerajaan Najib, khususnya dalam bidang Ekonomi. Seperti Mahathir, DAIM juga tidak bertindak secara aggresif, KERANA itu sahaja (Najib), pemimpin yang layak dalam UMNO. Mahathir pernah menyebut sebelum PAU baru-baru ini, kita tiada pilihan lain, Najib sahaja yang ada!!  Jangan lupa juga, tekanan dari. Zainudin Maidin@zamkata 
 
Anwar memahami dan menyedari tekanan yang sangat kuat dari dalaman UMNO ke atas Najib. Najib berada pada posisi paling lemah dalam karier politiknya. Berkuasa, tetapi sokongan parti beransur-ansur longgar. Kerap kali, Najib sentiasa bersendirian dalam beberapa isu besar, pemimpin UMNO tidak mengeluarkan kenyataan intelek untuk menyokong Najib. 
 
Isu semasa, terutama soal kos sara hidup yang membebankan rakyat, kadar inflasi yang sentiasa naik, tidak pernah turun, tapi naik dan naik sejak Disember 2012 serta kemuncaknya soal “Kangkung”, membuatkan UMNOBN tersangat takut, resah gelisah untuk menghadapi PRK. 
 
CARA MUDAH BAGI UMNOBN adalah MEREMEHKAN PRK N25, KAJANG. Kerana UMNOBN berada pada posisi defensif !!!! UMNOBN tiba-tiba bersifat seperti tok lebai yang sangat alim. PRK satu pembaziran! Tiada yang membazirkan duit rakyat dalam PRK ini sebenarnya. Kerana yang bertanding adalah 2 parti politik. JANGAN AMBIL DUIT RAKYAT untuk menghadapi PRK! Itu yang sewajibnya. MEMBAZIR, bilamana UMNOBN ambil dan guna duit rakyat, untuk gula-gulakan pengundi!
 
YANG PALING RESAH GELISAH adalah UMNO. Mudah sahaja UMNO nak melepaskan diri, HANTAR MCA masuk bertanding. 
 
SEJARAH Perak 2008 masih segar. DEMI KUASA, UMNO sanggup lakukan apa saja, Prinsip Macheavelli sudah sebati dengan UMNO. Di Selangor, UMNO sangat bijak mengumpan pemimpin pertengahan PKR yang bertelagah. Mereka ini mendapat “inspirasi” untuk mensabotaj Kerajaan Selangor. Khir Toyo cuma tinggal RM600juta duit Kerajaan Selangor kepada Khalid. TAPI Khalid sudah berjaya mengumpul billion ringgit untuk rakyat Selangor. Selangor negeri terkaya di Malaysia. NAJIB PERLUKAN SELANGOR! Apa cara sekalipun,NAJIB MAHUKAN SELANGOR. 
 
Memahami senario ini, Anwar “Mengorbankan “Pawnnya””, untuk menyerang balas gerakan catur Najib. Seorang rakan memberi komen mudah, “Well planned and calculated move to checkmate Najib”.
 

APA LANGKAH NAJIB SETERUSNYA?  
 
 
 
SOALNYA, apa pendirian Kerajaan Malaysia dalam isu Kalimah Allah? Apa pendirian Perdana Menteri Malaysia?
 
Pendirian Kerajaan Malaysia dan Pendirian Perdana Menteri Malaysia sangat-sangat dinantikan oleh semua rakyat Malaysia. SUDAH TERLALU LAMA isu ini disajikan kepada seluruh rakyat Malaysia, sehinggakan menimbulkan KETEGANGAN AGAMA dan tak kurang juga KETEGANGAN KAUM. Adalah menjadi tanggungjawab utama kepada Perdana Menteri Malaysia menyelesaikan Isu Kalimah Allah dari terus menjadi bahan perbincangan dari pelbagai lapisan masyarakat dan ketua Agama.
 
 
MENGAPA PERDANA MENTERI MASIH MEMBISU “SUPERDUPER ELEGANT SILENCE”?
 
Perdana Menteri untuk rekod tidak pernah mengeluarkan SEPATAH PENDAPAT ATAU PENDIRIAN mengenai Isu Kalimah Allah. Mengapa? Sebaliknya, yang mengeluarkan kenyataan dan pendapat adalah Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang beragama Kristian, Idris Jala, yang berasal dari Sarawak. Tidak kurang juga pendapat dari Menteri-Menteri Sabah dan Sarawak yang beragama Kristian. 
 
AMAT JELAS, Menteri-menteri baik di JPM, mahupun di Negeri Sabah dan Sarawak, yang beragama Kristian, SUDAH MENJADI JURUCAKAP bagi pihak Putrajaya, Kerajaan Persekutuan Malaysia dalam isu Kalimah Allah.
 
TIDAK KITA LUPA, Penyelesaian 10 Perkara, yang ditandatangani oleh Perdana Menteri Malaysia SEJURUS PILIHANRAYA KE 10 NEGERI SARAWAK, memberi kemenangan besar kepada Parti BN di Sarawak. Mengapa PM menandatangani Penyelesaian 10 Perkara sejurus sebelum pilihanraya Negeri Sarawak??? Apakah itu menunjukkan ISU KALIMAH ini dimanipulasi untuk kepentingan survival Politik BN Sarawak???
 
TIDAK KITA LUPA, Penyelesaian 10 Perkara yang diumumkan Kerajaan pada April 2011 menyelesaikan penggunaan Kalimah Allah dalam Al-Kitab. Orang yang bertanggungjawab merangka dan menyediakan Penyelesaian 10 Perkara ini tidak lain adalah Idris Jala, seorang beragama Kristian. IANYA BUKAN DISEDIAKAN OLEH MAJLIS MUFTI KEBANGSAAN! Idris Jala sendiri MENYAKSIKAN perjanjian tersebut. HEBAT BUKAN?
 
Di bawah perjanjian yang disaksikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Idris Jala, MENETAPKAN BIBLE SEMUA BAHASA BOLEH DIIMPORT KE DALAM NEGARA TERMASUK BERBAHASA MELAYU DAN INDONESIA SERTA PERCETAKAN JUGA BOLEH DIBUAT DI SEMENANJUNG MALAYSIA, Sabah dan Sarawak.
 
 
“Putrajaya Komited kepada Penyelesaian 10 Perkara, kata Menteri”. ITU SATU tajuk dalam MalaysianInsider, yang memetik Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk NANCY SHUKRI berkata, ” Putrajaya tidak pernah berpaling daripada perjanjian berkenaan sejak 2011 iaitu sebelum pilihan raya negeri Sarawak”.
 
HARI INI, seorang Menteri beragama Kristian Sarawak, Tan Sri James Masing berkata bahawa, Titah Sultan Kedah, yang kini merupakan Yang di-Pertuan Agong, bahawa beberapa perkataan termasuk Allah hanya eksklusif untuk Muslim adalah petanda “AWAN HITAM MULA MENYELUBUNGI”.
 
Mana PERKASA??? MANA PEMUDA UMNO????
 
JELAS, yang menjadi jurucakap kepada PUTRAJAYA soal ISU KALIMAH ALLAH adalah Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang diketuai oleh Datuk Idris Jala dan Datuk Nancy Shukri, yang terus mempertahankan Penyelesaian 10 Perkara yang ditandatangani oleh Perdana Menteri Malaysia sejurus sebelum Pilihanraya Negeri Sarawak ke 10. 
 
MANA MENTERI-MENTERI BERAGAMA ISLAM DARI UMNO, YANG SANGAT LANTANG MENJADIKAN PAS SEBAGAI “PUNCHING BAG” DALAM MENDODOI ISU KALIMAH ALLAH?
 
SESUNGGUHNYA, Perdana Menteri Malaysia dan Presiden UMNO SUDAH BUAT SILAP di masa lepas. Kesilapan tersebut meyebabkan dia “terperangkap” dengan keputusannya. Kita tidak mahu PM kita terus terperangkap sedemikian. Kita juga tidak mahu PM terus membuat satu lagi kesilapan yang sama dan lebih memburukkan keadaan sekali lagi.
 
 
 
KEPADA pemimpin tertinggi UMNO,
 
Usah KAMU terus menerus menjadikan PAS sebagai “Punching Bag”.
Yang berkuasa adalah PM @ Presiden UMNO.
Yang berkuasa MELULUSKAN DAN MEMBATALKAN adalah PM @ Presiden UMNO.
Bukan PAS.
 
(Jika saya jadi PM, panggil Hadi, Anwar duduk semeja bincang betui-betui, jika benar-benar ikhlas nak selesaikan isu ini TANPA ELEMEN KEPENTINGAN POLITIK)
 
 
Renungan bersama, 
 
 
 “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpinpemimpin (mu); sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barang siapa di antara kamu mengambil mereka menjadipemimpin, maka sesungguhnya orang itu termasuk golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang lalim.”5:51 (Al-Maidah)
 

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu jadikan penolongmu kaum yang dimurkai Allah, sesungguhnya mereka telah putus asa terhadap negeri akhirat sebagaimana orang-orang kafir yang telah berada dalam kubur berputus asa. 60:13 (Mumtahinah)

Older Posts »

Categories

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: